Jumaat 2 April 2010...
aku terima message dari Zan
" Din beramboi dah meninggal dunia semalam...RADIO ERRA pasti x best lepas ni"
Dalam Sekelip mata dia PERGI...
aku baru sahaja berbual bual dengan encik tunang tentang dia...
DIN Beramboi
***
Aku terasa kehilangan...aku sedihla...aku rasa sunyi...aku bacakan Al Fatihah.
masih dalam ingatan... sewaktu aku menuntut di US tahon 1994 dulu...2 tahon menuntut di Amerika, kadang kala kehidupan di barat buat aku rasa mual untuk berbicara dan mendengar bahasa Inggeris setiap hari. 2 tahon tak dengar orang melayu cakap melayu...tak dengar bahasa pasar ...lawak pasar ..seksa gile rasa dalam dada waktu tu. Mungkin bagi sesetengah manusia...lawak seperti di persembahkan Din beramboi tiada makna, tapi bagi aku dan rakan rakan di selimuti musim salji di Michigan suatu waktu dahulu banyak KENANGANNYA.
Kalau korang tak caya...duduk la US 2 tahon, jgn balik balik tanah air...cube!
hujan emas dia negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri babe...
{{ eh betolkah pepatah melayu aku ni weh?Aku akui aku memang kurang cemerlang dengan pepatah melayu. Hrp maap atas kekurangan diri.}}
Salah sorang sahabat pernah kirimkan kaset pantun Din Beramboi buat kami di perantauan.
Waktu tu dapat kaset Din terasa macam ....hmmm... macam monyet dapat pisang la.Suke teruja terkinje kinje...
{{ macam pernah jadi monyet la plak ...hahaha}}
Aku sanggop mengadap mini compo kami beli di Walmart semata mata nak hilangkan rindu mendengar bahasa melayu, lawak melayu....
Kadang kadang sanggop bergadoh dengan kawan kawan sebab berebot nak guna mini compo..aku kalau dah rindukan Malaysia, aku kalau dah rindukan pantun Din Beramboi, aku kalau dah merindu....
Din beramboi menemani aku dan rakan rakan dengan panton dan sajak lawak selokanya.
Tak pernah ...tak pernah sekali pon aku gelak tak keluar air mata kalau mendengarkan lawak jenaka Din.
Ramai orang kata " Din kreatif orangnya" ,
Encik tunang aku kata " Din ni "crack" orangnya ".
Bagi aku " Din itu memang gila dan gila itu SENI"
Lawak jenaka Din buat aku happy...buat aku rasa dekat dengannya...buat aku ketawa. Peduli apa aku dengan "apa orang kata!"
Walaupon aku tak pernah bersua muka apatah lagi berbicara secara peribadi dengan Din ...Tapi bagi aku, dia memang Lawak...tak salah rasanya aku labelkan dia Pelawak Lagenda Tanahair. Dia layak. Bukan ramai orang macam Din.
Din di temani Aznil adalah teman seharian aku setiap pagi...setiap pagi.Saat ini Pak Aznil pasti merupakan sahabat yang paling sukar menerima pemergian ini...
"Semuga kamu juga tabah dan sabar yea Pak Aznil"
Kini, Din tiada lagi ...Al Fatihah...
semuga roh mu di cucuri Rahmat.
Amin
note : Mana perginya Kaset Din ek?
Dah tak ada baru nak cari...manusia manusia...
No comments:
Post a Comment