Saturday, April 10, 2010

KeSabaran Maksima




Sejak kecil, aku memang tak pernah bayangkan diri aku menjahit.
Sabar orangnya...lagi la aku tak dapat nak bayangkan.

jarum halus, benang, dah habis benang, nak kena sumbat benang lagi...dah siap benang, nak kena buat susupan pulak, masa buat susupan silap style, tercucuk jarum.
Adeih!
Haaa...sabar nak sabar. Hikhik..
bukan SENANG nak SENANG kan


Apatah lagi jahit manik ...manik TABUR tau.
Bertabur otak nak gayakan jarum benang dan manik.
Hahaha

Memang mencabar, memang menduga tahap kesabaran aku secara optimum.
Bukan peloh jantan saje menitik, bapak peloh semua keluar lah nak siapkan baju yang 1 ini.
dari sudut kaca mata aku, Menjahit manik memang perlukan kesabaran tinggi, kegigihan dan tahap displlin yang dahsat untuk mendapatkan hasil yang memang berbaloi.
Cantek di pandang mata jua akhirnya.

Tapi bila dah siap baju si zana ni, aku rasa kepuasannya yang maha tak terperi gumbire.
Perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata kata. Perasaan puas menerjah bahawa aku BOLEH...menjahit manik :))
Now aku paham makna sebenar MALAYSIA BOLEH...eh apa kes plak...AKU BOLEH!
Siapa nak sangka, aku boleh menjahit kan.

Wakakakakaak
Gumbire dalam hati Tuhan saje yang tahu.



Saya budak baru belajar, itu pasal ini macam hasilnya.
Namun, aku Bangga dengan diriku sendiri. Tepok bahu tepok bahu.
Syabas beteh!
Hehe. :))

Anda nak tempah jahit manik?
dah boleh dah nie...;)

No comments:

Post a Comment