Wednesday, April 21, 2010

Begitu baru Lelaki Sejati


...Pengalaman hidup yang membuatnya menjadi Lelaki Sejati...

Filem aksi Indonesia mantap!

Sejak menjak nie...aku tibe tibe jadi pencinta filem Indonesia....
Habis aku kerah junior aku di office download filem dari u tube.
hari hari ada saje filem baru yang aku teringin sangat nak tonton...macam ngidam pon ada.
Dah macam mangga la plak filem indonesia dalam hidup aku sekarang nie...Heeeeeeeee.

Bagi aku Quality filem mereka bagos, sedap je mata aku memandang, kemas.
message yang cuba di sampaikan jelas dan mudah aku nak fahami.
Tak meleret, tak merapu.

Perjalanan cerita padat ,tradisi dan budaya bangsa tak pernah miss, bertenaga, teliti...
Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari filem ini...kata pesanan orang tua, kesan kehidupan dan masalah sosial, masalah kemasyarakatan, negara , dunia dan macam macam lagi...bole kite jadikan tauladan,
yang busuk kite jadikan sempadan....atau kite jadi kan pengajaran la kan.

Aku ni penonton..mudah tersentuh dengan skrip yang bagos, jalan cerita yang tak merapu, penghayatan dan ekspresi ...itu yang aku mahukan..kepuasan menonton dan di debatkan di akhir tontonan.

Skrip yang dalam, tepat, padat menusuk ke tulang hitam gitu yang aku perlukan dengan filem kite.

Sukar sangat ke menghasilkan filem sebegini pengarah filem negaraku? tapi ada ke orang kata hasilkan filem itu MUDAH? tak ada kan...
Adakah negaraku ini kurang pelakon dan pengarah filem berbakat? tapi pelakon berbakat asyik sibuk berlakon drama bersiri la pulak...

Frust tau tonton filem Malaysia, bagi aku...pelakon kite ni berlakon ala kadar la...
setakat nak glamor je..kurang mantappp, tak bersunggoh sunggoh..penghayatan hancus, baca skirp macam baca kamus..expressi keras cam belakon teater sekolah tadika...

aku bukan la pandai berlakon, dan aku bukan penah berlakon pun...aku pandai kasi komen je...untuk kebaikan jugak...hmmm aku penah jadi penari...menang plak tu..tarian ulik mayang lagi kau...aku pon macam tak percaya aku bole menari selembuts waktu itu,...apa kena mengena dengan tajok asal plak ni?....ok la...tapi aku nak la jadi penonton yang puashati dengan mutu filem negara aku sendiri...
Aku memang nak macam macam...

berilah peluang kepada mereka yang betol betol mahu berlakon,
betol betol mahu meninggikan taraf dan tahap mutu filem negara.
bukan mereka yang giler glamor.bukan anak sedara atau anak sulong director...Adeih!

jangan la balik balik sumbat muka hero anak si Pak Usup Haslam yang muka keras tu...bosan tau!
Tonjolkan pelakon yang berbakat & betol betol segar
macam sharifah amani..dalam sepet,
macam Remy...dalam nur kasih,
macam rosyam Noor ... KL menjerit
macam alaa..ramai la pelakon kite berbakat..pehal tak ketengahkan dan garapkan filem dengan baik wei??

Kalau minda aku ni masih bole rewind balik jalan cerita Kuch kuch hota hai..kenapa tidak pada filem Malaysia?
Movie terkini aku belum habis tonton ni bertajok MERANTAU...belom habis tonton aku tahu filem ni mantap.

No comments:

Post a Comment