Wednesday, September 15, 2010

Kejotkan Saya pabile September berlalu



Pagi


tadi aku terima berita terkini dari informer di pejabatku ...

Al-senior, " Boss baru dah datang tadi, now dia pegi reporting kat Cyber office"
Aku curios "Amacam ...kerek ?....Kacak?"
Al-senior " kulit sawo matang macam si ANU...nampak gaya bengis ar...betol ar macam kata si Bobby"
Aku "Erk!"
Al-senior sambung lagi " tadi dia call Bobby tanye kenapa dia tak bole masok DC"
Aku " pehal dia tak perkenalkan diri dengan Pak Guard dan mintak pass...teros call Bobby?"...PFFT!!!
Al-senior " nasib baik dia tak mintak red carpet ok...tapi dari gaya dia cakap dgn I ...nampak ketegak orangnya"
Aku " ptg nanti dia balik DC semula ke?"
Al-Senior " mungkin kot, dia bawak 1 beg je tadi"
Aku " Ingat yea...Jacob dah pesan JANGAN BULI DIA"

Ouch!

Hari nie Boss Baru aku melaporkan diri dengan the Company ...Beliau adalah manager aku NO. 3 untuk tahon 2010.
Boss boss terdahulu...TERSINGKIR...TERSUNGKUR ...TERSEMBAM dalam permainan duniawi.

Eh, dahi aku ada chop KAKI BULI ke wei?.
Sunggoh memalukan siot.

********************

tengahari...

Aku terima berita...suami kepada salah sorang staff aku di minta di bawa balik ke rumah
selepas beberapa minggu di hospital kerana kerosakan saraf otak.
Beliau di katakan tidak lagi mampu ke gents sendiri dan kadang kala tak ingat langsung wajah isteri dan anak lelaki.
Kesihatan beliau semakin menurun...menurut kata doktor bertugas.
Mendengar berita seperti itu..hati aku jadi Sayu.

Demi kasih sayang terhadap suami tercinta, kisah cinta sebenar manusia yang satu ini menuntut PENGORBANAN.

Kite kadang kadang lupa...leka. Cinta realiti sebenarnya bukan hanya tentang kasih sayang, kebahagiaan, keindahan pelangi setiap masa, setiap hari.
Bukan.

Cinta sesama manusia dalam dunia realiti ini sesungguhnya menuntut ketabahan, kecekalan dan kekuatan.
Waktu kite sihat, ianya bahagia kite mampu gelak ketawa.
Waktu kite sakit, hanya derita terseksa air mata yang mampu kite kongsikan.

Aku taipkan kata kata sokongan untuk N...Semoga N tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah,
Semoga N tidak berputus harap, sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa.
sama sama la kite mendoakan yang terbaik buat suami N.

Aku sebak....G sedih. Begitu katanya pada ku masa mula mula mendengar berita.
Aku cadangkan seorang wakil dari team kami pergi melawat N di hospital, sekurang kurang ada seorang dua teman buat menemani saat saat dirinya dalam kesukaran.

Apa lagi yang mampu aku bantu?

Berat mata memandang,
berat telinge mendengar,
berat lagi bahu yang memikul.

Oh Tuhanku...

********************
petang...

Boss baru menghampiriku...mintak aku uruskan beberapa perkara untuknya.
dah jadi tanggungjawab aku beraksi kadang kala kalah secretary.
Tapi yang buat aku ternganga ialah
Boss baru "Jacob ada mentioned nama u pada I"
Aku ... Ternganga dan terbeliak bijik mata

********************

Dah hampir 30 tahon lebih, aku dah biasa sambot hari MERDEKA pada 31 Ogos setiap tahon.


Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku melaungkan

Salam SATU Malaysia yall




No comments:

Post a Comment