Saturday, September 4, 2010

Aku suke Cookies



Aku memang peminat Choc Cookies tegar.
Masa kat uni dulu, aku lah penghangkut cookies dari cafeteria ke Dorm sampai yelek.Hikhik
Aku suke sangat dengan cookies ni sebab ianya teramatlah rangup, lembap2 tak kering, sedap dan yang paling penting sekali.

Besor.
Dap sangat sangat wa tell you. :))

Kalau kat Malaysia negaraku yang permai ni, kalau nak cookies camgitu...
aku suke beli dekat Subway.
Yummeyyyyyyyyyh.

************************************
Suke atau tidak, cerita tentang cookies, cookies jugak...


Ramadhan dah semakin hampir ke pengujungnya.
Hati ini kadang kala rasa sayu, kadang kala rasa pilu.
Rasenya hati ini seperti mahu terus sahaja berpuasa hingga ke akhir hayat.

Aku rase tahap keinsafan aku dah semakin menebal la dari tahun lalu...Hmmm...

Seluar yang dulu tak lagi mampu ku sarung, hari ni dah boleh ku sarung semula.
Oh! aku belum ada baju raye untuk menyambot Syawal kali ini.
Perasaan untuk menraikan hari raya tahun ini tak seperti yang ku rasai seperti tahun tahun terdahulu.
tahon ini aku lebih senang SERBA SEDERHANA.
Aku tidak lagi ghairah untuk mendapatkan baju kurung paling GLAM untuk sambutan aidil fitri.

Tadi aku temankan juniorku mencari cari baju raye. Aku amik kesempatan mencari kuih muih yang sedap2 untuk ku tambah2 kuih muih di rumah nanti.
Kakak call pagi tadi " Kuih raya apa tahon nie?"
Aku selamba menjawab " mestilah Homemade..."
Kakak " wahhh ko buat yea..."
Aku selamba menjawab " Homemade tapi not at my Home..haahahaha"
Kakak " Haa jangan banyak banyak nanti Abang marah.."
Aku selamba menjawab " samprit, oat, kacang peas dan kek kukus jerrrrrrrrrrrrrrr"

Lamunan ku terhenti tibe tibe, apabila aku terpandang tanda harga dari Butik Daun.
"HARGA MENJERIT"
Aku, Ah Leen, Mek dan Noryn bantai gelak sepanjang jalan.

Canggih tak canggih.
Kalau anda berminat nak lihat tanda harga tersebut, sile sile ye pergi menjeling di WARTA BANGI.
Manusia ramai giler la weh...bile korang nak balik kampung nieeeeee.
Hikhik.

Aku dengan Ah Leen rancak mencari baju kurung biru..eh bukan bukan..baju kurung yang di idamkan, tapi nampaknya fesyen baju kurung tahun ni tak mantap langsung kat sini.
Ada ke...
Kain dah la berbunga bunge, di tambah lagi dengan beading berat setan.... Sarat ok bijik mata aku melihatnya.
Kain chiffon plain pulak, di tambah dengan beads...CANTEK memang cantek tapi harga.
Makkkk aiiii!..Ah Long bukit beruntung pon tak kutip untung banyak tu tau. Melampau maut.
Ke Butik Zaida pulak...mata aku serta merta jadi letih. Susun atur di Butik Zaida tak sekemas musim2 perayaan lalu. Aku rimas, aku lemas.
Fening den.Aku bla tanpa sebarang tangkapan.

Gagal dapatkan di WARTA. Aku heret adik adik ke PKNS pulak, lagipun Ah Leen kata dia nak bayar zakat fitrah.
Korang dah bayau lum? Sudi sudikan la..RM 7 sahaje.
Kalau nak bayar lebih dari RM 7 pun bagos jugak.

Di PKNS pulak, keadaan di dalam lagi la sarat barat dengan manusia dan booth2 menjual.
Aku hanya berjaya menangkap kuih raya 2 bekas dengan harga selepas pujuk rayu selama 1 jam dengan harga RM 22 sebekas.
Nama kuih " D FANTASTIC CHRUNCY"
hebak tak hebaq nama kuih mung tahon nie.
HEEE...
Harga asal sebekas ialah RM28.
Penjual kuih kat negara ni memang mudah sangat jadi kaya raya lah.
Untung sebekas sahaje RM 6.
Cuba bayangkan...tadi je aku dah borong 5 bekas..bukan semua untuk aku la, ada jugak untuk Ah leen 2 bekas,
untuk Mek 1 bekas dan
untuk kakak aku 2 bekas.

Tapi mengikut sok sek sok sek cookies di pejabat aku...biskut biskut jenama Cookies Talk memang SEDAP. Aku dah rayakan kuih tu tadi.
Biskut jenama nie sedang GLAM terkenal sekarang nie.
" PRODUCT BUMIPUTERA, STANDARD LUAR NEGARA"

I loikeeee mendengarnya.

Lagipun, aku sebenarnya tak kisah pun bayar mahal sikit dari biasa, asalkan kuih muih yang aku beli tu betol betol sedap. Pendek cerita, ada quality.

yang buat aku kecewa gaban ialah apabila kuih yang aku beli tu di jual dengan harga 3 bekas RM60 tolak bahagi campor, kire kire RM 20 sebekas kan....

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii rasa kuih sama macam rasa batu bata potong dadu celup coklat. Perghhhh...
Aku memang Frust giler ar...tiada maaf bagimu gitew.

pening kepala dengan gelagat manusia yang dah mula hilang akal berbelanje.
Aku ajak kawan kawan balik, cari air.
Haus la weh.

Kami lepak sekejap dekat Borak Bistro...cafe berdekatan dengan playhouse kami.

Ah Leen " tembikai laici satu bang"
Aku " Teh Goyang tu macam mana?"
Abang waiter " teh goyang tu macam teh tarik tapiiiii...teh dengan susu tak menyatu"

Fuyooo ...ayat antarabangsa banget kamu yeah.

Aku lihat Ah Leen dah tunduk2 tahan gelak.

pst : kalau korang jual/meniaga cookies dalam blog/online tanpa gambar = BORING




No comments:

Post a Comment