Thursday, September 16, 2010

Coklat, Cookies & Coti Coti

Aku tak kemana mana pon...kat playhouse jer
mengadap tv layan DVD movie The proposal lakonan Sandra Bullock buat yang ke seribu kali dannn layan kuih raye.

:))


dari hari isnin aku bawak kuih2 ni ke office, sampai hari nie...ada lagiii. eh! ni kuih raye ke...? ngigau ke ape? Hee

Su-G - biskut kegemaran sejak aku kecik kecik lagi. Aku mula kenal Su-G dari uncle Babu-G yang jual roti paun untuk keluargaku.

Almond Cookies...sedapppp Seriusss. KLCC mari


karipap kecik ni kakak kasi...Inti banyak

$$$$$

Petang ....

tadi aku tonton satu program TV3 bertajok Madrasah di hujung Syurga - madrasah tu di dirikan oleh seorang ustaz demi kebajikan. Kini Madrasah tu kini di usahakan oleh seorang isteri, ustazah dan anak ke empat beliau menyambong kebajikan anak anak yatim dan memberi didikan agama dan tahfiz di situ .

Ustazah aka pengetua Madrasah kata
" Saya sedihla, negara kite yang maju membangun ni tetapi masih ada orang kite beragama islam yang MISKIN ilmu agamanya "

Erk! terdengar kata kata itu...aku teros terasa...Rase halus sehalus hama diri ini...budak budak di Madrasah tu kecik2 lagi, masih muda...anak2 yatim, anak cine...saudara baru pon dah hafaz al quran. ..

&&&&&

Malam pulak lepas berita jam 800 ...

Kejam & TIDAK berperkemanusiaan.

TV3 - rancangan 999 masih memaparkan kes berprofile tinggi tu.
tak habis lagi rasa penat dek tekanan dengan berita pasal buang bayi....
bersambong pulak dengan tekanan dengan berita bunuh2 macam ni hari hari...
semalam malam terdengar pulak kes jiran bunuh jiran selepas di rompak...rompak satu kesalahan, rogol pulak anak jiran tu...lagi satu lagi kesalahan, tak puas di BUNUH pulak...3 kesalahan jenayah dalam sekelip mata.

penat tau...penat tahan sedih, tahan sebak...penat otak ni pikirkan masalah Negara.

Adakah masyarakat negara kite ni kini bertindak di luar batas kemanusiaan kerana desakan kewangan di sebabkan keadaan ekonomi negara kite yang jugak SAKIT
atau...
masyarakat negara ini memang semakin SAKIT jiwa dan mentalnya


tekanan ...tekanan...jom mkaan lagi .






No comments:

Post a Comment