Monday, September 27, 2010

Hantu Cookies


tak tahu la nak cakap macam mana...

Sedap la...

Sedap giler...

Kalau aku cakap sedap...Seriuuuuuuuuuuuus sedap.

Start aku sebot perkataan sedap kat office...cookies ni habis sekelip mata.
Jumaat minggu lepas, aku dah beli 2 tong, kununnya nak buat bersedekah masa open house umah Zakee 3 October nanti. Tak sempat sampai rumah, 1 tong kena pau dengan si zanos....1 tong lagi aku belasah dekat rumah.

Hari ni aku beli lagi 2 tong sebab aku fikir nak sedekah aka buat buah tangan buat mak zakeeboo masa open house nanti kan...kan dan

1 tong lagi sebagai buah tangan buat kak ct N kat Damansara, 2 October nanti
setong hanya RM10.... Ok kan.


{{{pause...tengah ngap ngap cookies nih}}}




Chocolate Chip cookies ni sedap giler.
Ringan, Rangup dan ROCK!!!!!!

Senang ke nak buat dia ek?

jom usha resepi dari My Resipi jom.
Kalau dah ada oven sendiri kan best!

*********************************************

bahan-bahan ( 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit


No comments:

Post a Comment