Sunday, September 5, 2010

Sepuloh Akhir Ramadhan


Zikir terakhir sebelum ramadhan pergi meninggalkan aku lagi...
tabahkah hati ini meneruskan liku liku kehidupan yang serba mencabar ini, sama dan serupa ketika aku menjalaninya
dalam bulan Ramadhan?

Playhousemate ku dah berkemas kemas nak balik ke kampong berhari raye dengan ibu ayah sekeluarga.
Beruntungnya mereka yang masih memiliki ke dua dua orang tua.

hatiku ini hanya mampu menumpang kasih sayang kakak dan abang di Syawal yang bakal tibe tak lama lagi.
tak mahu sedih sedih, tak mahu sayu pilu...aku lafazkan zikir tak henti2...


*******************************

Allahumma A’atiqni minan-naar, wa-adkhilni jannataka yaa rabbal ‘alamiin,
birahmatika yaa arhamar-rohimiin

Ertinya: Ya Allah bebaskanlah aku dari api neraka, dan
masukkanlah aku ke-dalam SyurgaMu,
Wahai Tuhan semesta Alam, dengan sepenuh RahmatMu,
Wahai yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihani.

Aku mohon ketabahan, kekuatan dan keberanian ya Allah agar aku mampu melawan hawa nafsu ini.

Amin.

No comments:

Post a Comment