Tuesday, September 21, 2010

Ini kisah tentang KEHILANGAN


sejak jumaat lepas...hingga la hari ni....pukol 10 pagi aku di kejutkan oleh 1 BERITA sedih..

Inalillahiwainnailahiroji'un
(daripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan)...



"Macam mana ni ?" kakak dengan nada gelabah.
Ly!!! aku terdengar namaku di seru si G...teman sekerja sebelah tempat duduku.
Di bergenang air mata membaca sesuatu di laptopnya.

Staff yang dulunya di bawah penjagaanku hari ini kehilangan suami tercinta akibat jatoh dari katil.
Allahu Akbar.
Masih muda arwah baru berusia 33 tahon.

Aku jadik pening lihat kawan kawan menahan sebak.
Rase tak tahu nak buat apa.
Aku cuba bertindak waras.
Aku menarik nafas, memikirkan apa yang perlu di dahulukan.

Kakak senior yang mendapat berita pertama....kehulu ke hilir tahan kesedihan.
Aku paham, dia juga tak pasti apa yang perlu di buat dahulu.
Aku mintak dia bertenang.
Aku minta dia duduk ...berita sedih di utuskan kepada semua yang berada di peringkat atasan.

Kami perlu menemani N di hospital sendirian.
Aku cadangkan kutipan di buat dengan kadar segera.
Duit di hulur sebagai tanda simpati dan bantuan.
Alhamdulilah...selesai duit kutipan di tangan, yang perempuan teros ke hospital, yang lelaki akan menyusul selepas kami sampai di sana.


Buat Pertama kalinya aku memasuki bilik mayat.
N tak punya sapa sapa lagi di kota raye ini.
Aku dan kawan kawan office adalah yang paling rapat dengannya selain dari keluarga yang berada di utara tanahair.

Adus...nampak saje kami datang, meraung dia merangkuli kami melepaskan kesedihan terbuku dalam hati.
Sedihnya dalam hati aku waktu itu Allah sahaje yang tahu.
Aku peluk dia erat erat, aku kuatkan hati... bisikkan padanya dengan tabah dan sebak dalam dada

" N tabahkan hati yea...kuatkan semangat...banyakkan baca Al Fatihah...ini semua KEHENDAKNYA yea N...kite selesaikan jenazah dengan sempurna dulu"

Habis aku melafazkan apa yang terbuku dalam dada...air mata aku terhambur keluar semahunya.
sayunya hati ini...sebaknya tak tertanggung.

"ya Allah ya Tuhanku...Kau amponi dosa dosa kami...Al Fatihah..
semuga ruhnya di bawah peliharaan Mu Ya Allah."

Dia ceritakan pada kami dalam esak dan tangisnya " saya demam hari ni...so saya datang hospital lewat sikit, sampai dalam pukol 10...sampai sampai kat bilik doktor kata ...arwah dah tak de, "

Lagi sekali sedu dan sedannya tak tertahan.

Anak sedara N bawa anak kesayangan N balik dari sekolah..
Melihat si anak...air mata ini terus mengalir sendiri tak henti henti
mengalir dan terus mengalir.
Dari raut wajah dan pandangan si anak yang satu ini ...dia tidak mengerti.
Sayu mata anak memandang aku...dan kawan kawan penoh tanda tanye dalam fikirannya.

Anak kecil darjah 1 mendapatkan N.
N katakan padanya " Abi dah tak ada...Abi dah pergi sama dengan Atok"
Dan air mata ini.....arghhhhhhhhhhhh...

Si ibu membacakan Al fatihah dan si anak mengikot. sayu suara itu ku dengari dalam hening bilik jenazah.
Aku panggil si anak mendekati aku...aku pesankan padanya.

" Abang jangan nakal nakal yea...abang kena jaga ibu"
si anak menjawab " kalau abang nakal, ibu akan pergi jugak ikot abi yea?"
Aku " Abang kena belajar rajin rajin, bantu ibu, ikot cakap ibu, jangan buat ibu susah hati ok"
oh Tuhan...Air mata ini tak mahu berhenti mengalir...

Hati ini sayu dan terus sayu...aku teros keluar dan pergi meninggalkan N dengan si anak...
hampir semua anak saudara perempuan kini dah sampai di sisinya.

Alhamdulillah,
pihak hospital sudi menguruskan segala-galanya.
Jenazah selamat di sembahyang dan di kebumi kan di sisi arwah ayah di Gombak.

Al fatihah buat arwah semuga ruhnya berada di kalangan mereka yang beriman dan di redhai Allah swt.









No comments:

Post a Comment