Thursday, June 24, 2010

Semoga Abadi

* image di VC tiada kena mengena dgn penulis *
Lagu ni best by misha omar...tapi Misha tak de VC yang cool utk lagu nie. Sayang!

Selesai print out semua borang borang penting dari JAIS.
Nak kawen, ada procedure dan permohonan perlu di penuhi ye adik adik. Hakak yang baru nak menikah ni pon baru baca tadi.
begitu la kalau dah sampai seru...dulu masa mude rumaje, x terpikir pon nak baca dengan tekun procedure2 ni. Hee..nampak sangat seru sudah mariii :))

Nasib baik JAIS dah ada laman web.Canggih. Download saje borang borang di perlukan.Mudah.
Sediakan surat surat sokongan.
Begitu juga saksi.
Checklist pon dah ada. Tak payah pening pening.
Layanz


******
Selesai sudah aku laksanakan solat sunat Istikharah 2 rakaat tadi...solat sunat ni di lakukan bukan hanya untuk memilih antara 2 jodoh yang terbaik saje kan.

Solat sunat Istikaharah sebenarnya merangkumi skop yang sangat luas dalam kehidupan seharian. Kite ni manusia...bukan semua keputusan yang kite ambil elok untuk kite. Kite tak tahu apa yang bakal menanti kite dengan keputusan yang kite ambil. Maka...sebagai manusia wajar lah kite tunaikan solat sunat mohon agar keputusan yang kite ambil di beri petunjuk, yang baik di rahmati, yang payah di permudahkan dan di hujongnya segalanya diri kite meredhakan apa yang terjadi...

Allah itu maha Mengetahui sifatnya.

Kepada DIA la kite mohon kebaikan dalam segala hal...

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,

kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

***************
Lega sikit rasa dalam dada lepas solat tadi...rasa gemuruh yang kadang kala menerjah dalam diri ni semakin rock sejak dua tiga hari nie...

Setiap kali ada yang bertanye...

" bile ko nikah weh?"
"hows ur wedd preparation?"
" ko buat majlis kat mana Ly?"

Hadoiiiii
Jantong aku berdegup kencang macam terserempak hantu kalau di tanye tanye sebegitu tau. Hahahaha
Pesal ek? Semua pengantin akan mengalami sebegitu ke..atau aku je yang over.
Heeeeee.

Masa terasa berlalu begitu pantas ok. Now dah nak masok bulan July.
Tarik nafas dalam dalam...lepas :))


No comments:

Post a Comment