Wednesday, June 30, 2010

RAJIN vs malas


Sekarang nie, boss baru aku ialah seorang budak lelaki berusia 29 tahon. Sejak di perkenalkan kepada staff...dia tidak berkata kata walau 1 perkataan pun dengan kami.

Hanya email yang kami terima berbunyik...
Dont send/cc any email to me.
Dont simply buy any software/hardware without my approval from SMARTbuy.
Dont this..Dont that.
APAKAH spesis boss begini???????
Ngeh ngeh ngeh...

Semua Dont...aku tunggu je dia bagi emel berbunyik....
Dont come to work tomorrow, ure allowed to work from Home. Woweeeeeeeeeeeeeeeeee
[ aku sedang bermimpi!]

Maka...
apa bila Boss tiada, staff ssure pikir...sape datang cepat, sape datang lambat...bukan boss nampak
apa bila Boss tiada, staff sure pikir...sape rajin sape malas...bukan boss nampak
kan.

Jadi hari nie, masa lengangku...aku isi dengan membuat bacaan ilmiah la sikit dari SOLUSI. :))
Aku temui tulisan yang bagi ku agak best hasil nukilan Ustaz Syed Mohd NorHisyam Tuan Padang.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
RAJIN


Buah kepada sifat IKHLAS ialah rajin melakukan segala usaha untuk mencapai matlamat.
Orang yang ikhlas melakukan sesuatu kerana minat terhadap sesuatu yang di usahakan.
Namun yang mendorongnya menjadi rajin dan ikhlas ialah IMAN yang tinggi terhadap Allah.
Rajin dalan bahasa Arah ialah NASYAT dan istiqamah.
Jadi sifat rajin termasok dalam sifat terpuji.

Ciri ciri kerajinan seseorang ialah.

1. melakukan ibadah secara istiqamah terutama perkara sunat.
Sabda rasullulah s.a.w yang bermaksud: " Lakukanlah kerja atau amal yang kamu mampu,
sesungguhnya sebaik baik pekerjaan atau amal adalah istiqamah walaupun sedikit."

[Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah]

2. Membuat sesuatu yang di amanahkan dengan TEKUN.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka apabila sesorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan atau kerja dengan tekun."

[ Riwayat al-Baihaqi]

3. Tidak Terpengaruh dengan pujian atau penghinaan orang lain terhadap usahanya.
Usahanya tidak mengharapkan upah atau ganjaran, dan jika diberikan pun dia tidak mempertikaikannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

MALAS

Sifar Malas ialah kesan daripada sikap tidak ikhlas dalam apa yang di amanahkan kepadanya.
Umat islam diminta supaya menjauhkan diri daripada sifat itu malah Rasulullah mengajar kite berdoa : " Ya Allah, aku mohon perlindungan Engkau daripada sifat lemah dan malas."

Sifat malas dalam bahasa Arab ialah kasal.
Mereka yang malas termasuk dalam sifat riyak.
Sifat ini di keji oleh Allah dan Rasul malah manusia.

Ciri ciri sifat malas ialah :

Rajin bekerja ketika ramai tetapi malas ketika bersendirian.
Sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata, " Orang yang riyak memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang.

Semakin ghairah dalam beramal jika di puji dan semakin kurang jika di cela."

Kuat bekerja untuk kepentingan diri dan dunia tetapi malas untuk kepentingan orang lain.

Tidak ada matlamat dalam hidupnya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku, besar perut [kuat makan], banyak tidur, malas dan lemah keyakinan."

[Riwayat al-Daruqutni dan al-Dailami]

source : Solusi isu no 20

No comments:

Post a Comment