Monday, May 31, 2010

Tahniah Qummy





Kuningggg....Qummy yang baru bertunang 29 Mei hari tu.

Selamat Bertunang & Tahniah.:))

Semuge berbahagia yek...tak lama lagi nak tawen kan -

jumpa di Kelab Darul Ehsan - July 2010 nanti ek.




Sunday, May 30, 2010

Berfikir dengan WARAS

Aku tak buat apa apa...terlentang berehat habis habisan, surfing internet sikit, makan, tengok teevee, baca magazine sahaje sampai malam...hahaha Almaklomla, hujong minggu hadapan ada lah minggu SIBUK buat aku dan ahli keluarga terbabit.




4th June - 6th June 2010 - Majlis perkahwinan niece aku ~ Hana & Farhan.

Eceh, macam la aku terbabit sangat, terbabit nak makan sedap ada la yer.Heee...kakak ipar aku memang tukang masak cop A. Tak sabar rasanya nak rasai menu gotong royong di sediakan. Masa kenduri kawen anak buahku si Hisham bulan Januari yang lepas, menu yang paling aku tak akan lupakan ialah...lemak daging masak merah eh merah ke? Masak asam pedas gitu laa...LEMAK Daging beb.

Anda pernah rase? Hee...aku pun sebenarnya tak pernah rasa, tapi makcik makcik bedah bergotong royong hari tu cakap...SEDAP gilos.


****************************************

Semalam aku dinner dengan encik Tunang....makan nasi ARAB dekat restaurant SUP ANI UTARA cawangan berdekatan playhouseku. Aku pilih menu nasi ARAB lauk ayam set $10 hengget dan encik tunang pulak pilih nasi ARAB lauk kambing set $12 hengget. Hamikkk.

Korang bayangkan je la size nasi ARAB tu yer...hikhik.

sambil tunggu makanan tibe..kami berburak dan berbincang tentang tempahan baju persandingan dan make up artist yang aku lakukan minggu lepas. Aku Lega dapat selesaikan 1 hal minggu nie...book pakar buat baju sanding untuk aku dan encik tunang serta make up artist. Sekarang nie aku dah bule tido lena untuk bab itu,

Encik tunang pulak menyuarakan hasrat untuk tambah bilangan tetamu pihaknya dari 50 orang kepada 100.Masok bab catering dan tetamu ni yang paling aku lemah, sebab aku malas nak buat guest list. Agak agak je bole tak?

Buat masa ni aku masih kekalkan jumlah tetamu seramai 800 orang sahaje. Bermakna 100 dari pihak encik tunang dan 700 dari pihak ku.

Tapi minggu ni aku dah tak bole tido lena balik sebab masih memikirkan PELAMIN dan FotoGrapher impian.

Kepala otak aku ni dah mula berpusing pusing ligat memikirkan setiap satu perkara untuk di selesaikan, kadang kala otak aku nie jadi jammed aka blur sebab banyak sangat bende nak pikir.
Oleh sebab itu, kalau aku tetiba burak burak dan ter keluar soalan budak darjah 3, harap maaf la yea. Sebab aku sekarang nie banyak sangat sangat berFIKIR.

Moral : bile diri sendiri yang nak kahwin baru tahu makna Cemas dan Gemuruh...Heeeee. Tarik nafasssss :)

Saturday, May 29, 2010

Anak Sape la nie




A Lot Like Love.
Sejak Movie tu...aku memang gilakkan dia.

kalau ada replica mamat nie di pasaran...aku BELI!
Cute + kacak nak mampos la dia nieeeeeeeeeeee.

berdansa

Hepi birthday zai, semuga hidup kamu di rahmati Allah.
sempena buday Zai 5th April hari tu...celebration di buat semalam...
dah lama giler aku tak datag kotak merah di Sogo K.L
Bangunan Commerce sebelah Sogo buat aku ternganga!

Aku nie awal awal lagi dah umumkan pada semua, aku tak pandai menyanyi, suara aku memang tak sedap.
Tapi Ejal nakkk jugak aku nyanyi betol betol..Ejal ajar aku teknik teknik menyanyi dengan betol. Tapi aku memang tak pandai. Aku rasa tak jadi diri aku sendiri. Aku tibetibe bertukar jadi robot.

Rasa macam suruh Julia Robert jadi pandai makan belacan gitu.Ngehhhhh

zai boleh nyanyikan lagu Kris Ellen ...Live like we dying dengan jayanya. Zai jugak ada Kotak merah members card dengan redeem point terkumpol 2967 okayyyy.
Kagum gitew.



...aku ke MAC store. Kedai kegemaran!
Kali terakhir aku pergi SOGO, MAC berada di hadapan lif,
semalam aku pergi, aik! sudah alihla tempat dan lebih besar la pulak kedai nie.

Selain M.A.C, muka aku allergik dengan compact powder brand lain....jerawats

Selepas berdansa dan melalak di kotak merah, aku singgah M.A.C beli Studio Fix dan
lipstik - Fast Play. ;)
Happy, dah mampu beli M.A.C setelah beberapa bulan menderita pakai compact powder jenama lain.
Kalau tak pakai powder and lipstik terasa muka pucat macam pocohong la pulok.


Lagipun, aku memang suke berada di dalam M.A.C store.
Sales girl di sana peramah dan sangat baik.
Terasa macam masa aku kat US masa zaman mude mude dulu.
Aku suke tengok warna warna make up..cantek.
Aku juge suke tengok make up tools yang mereka pakai di badan mereka. Macam toolsman, tapi penoh dengan brushes.
Aku nak beli bloat powder yang selalu aku pakai, tapi dah kehabisan stok plak semalam. Salesgirl tu recommend aku guna Studio Fix .... powder plus foundation. .
Dia sapukan ke wajahku sikit pakai brush.
Rasa selesa dan kemas.

Muka aku sejak menjak ni oily....Tak oily ke ek pakai powder + foundation nie?
Hmmm....
ter lupa pulak nak tanye kat dia semalam...Dah beli baru terpikir nak tanye. Adeih



Sepatutnya kami mula beronggeng jam 3 petang tapi sebab semalam coti umumkan, maka bilik penoh.
Activity berdansa di tunda hingga pukol 5 petang.
Sambil nak tunggu masa berlalu, aku dan rakan rakan lepak di Mekdi, tingkat LG Sogo.

Aku ternampak ini...color Hijau.
Aku adalah pengumpul glass sexy TEGAR.


Mekdi memang bijak...
Selain dari musim prosperity burger. Mekdi juga menawan hati aku dengan...
1. Spicy Chicken Deluxe set...kalau beli set L dapat,
2. Contour glass.
Aku tiada alasan untuk menolak glass yang cantek nie.


Friday, May 28, 2010

Poket Penoh


Hari ni dapat gaji...yeay!

Berseri seri wajah masing masing bile gaji dah masok dalam account.
Macam pakai blusher gitu ...merah merah pipi yek.

Yang pendiam tibe tibe bersuara gelak ketawa.
Yang datang kerja macam dah hampir hampir nak di seret kaki di hujong hujong bulan,
dah mula melangkah dengan gaya mutu dan keunggulan gitu. Ehiks.

Hari sebelum dapat gaji, muka masing masing yang dah kehabisan duit gaji
masam mencuka.
Bukak mata pun suku je bile datang kerja.
kalau buat kerja, kemain kuat hentakkan stapler.
yang ada assignment bukan main perlahan mengetuk keyboard di meja kerja.
tapi berlonggok Makan kerepek laju....hahaha

Langkah aku dan rakan rakan pun agak panjang hari nie.
Dah dapat gaji, kena la reward diri sendiri dulukan.
Eh bukan aku memang reward diri aku hari hari ke. Ehiks.

Biasa la kan, dah ada duit, keyakinan melambong lebih tinggi untuk mencuba dan mengexplore tempat tempat riadah baru.
Edi bawak aku dan kawan2 ke satu tempat makan baru.
Ada tempat riadah untuk pengemar pancing memancing ikan di kolam
Sambil tunggu makanan di hidangkan
{set nasi puteh sayur ikan merah asam pedas dan air sirap hanya $8 sajerrrr}
kami melayan persembahan memancing seorang brother BAJU merah yang sedang memancing, pancing dia asyik di makan ikan jer tau.
Baru melekat sekor, umpan pancing lagi sebelah mengena
Lepas pancing sebelah di lepaskan, yang baru saje di letak dah tergoyang goyang
Beso beso plak tu ikan yang makan umpan dia...

"macam Ada baca baca brother nie nampaknya"...kata si jiha
"Yela kan, ikan ikan macam que jek nak tunggu makan umpan pancing dia"...tambah si edy budak baik.

Aku perhatikan keadaan sekeliling, orang ramai semakin beransur balik.
aku dan kawan kawan datang pun selepas pukol 130 kan.
Aku nampak di satu sudut ada ruangan menjual kek yang sedap sedap, macam cafe concept pun ada.
Tapai ubi dan pulut pun ada. Makan plak sejuk sejuk. Best habis!





Coffee village, boleh tahan la untuk rehat kan minda dan makan makan beramai ramai.
Yang tak boleh tahannya, kuah asam pedas yang aku order sikit. Maybe sebab dah habis kut.
Ngehhhhhhhhh.
Nasib baik panorama cantek dan aman, di sertai persembahan free abang pancing ikan tak henti henti sorang tu
Teruja tiba tiba rasa nak memancing.
Macam bole dapat ikan...cet!

Kalau tak dapat ikan lebih 2 jam menunggu...boleh naik hantu aku mengamok tahan kebosanan.
Aku masih tak paham nikmat memancing yang di rasai kaki pancing...aku masih rasa hobi memancing membosankan dan membuang masa.

Maap ye abang abang pancing dengan pendapat 1 sen adik nie.
Selamat hari raye!!!

Overall, semuanya...not BAD.

Note : when customer is happy, they keep coming back.



Thursday, May 27, 2010

Kemaruk


Seriusly...minggu nie aku sedang kemaruk dengan notebook baru ku. Ehiks.
Selepas 7 tahun berkhidmat dengan kompeni.
Baru hari ni laa aku nak dapat notebook baru...kini aku sudah ada 2 ketol notebook.
wink wink.
eh!sampai 2 ketol nak buat apa pulok ek...?

Perasaan ku gumbire tahap no.9 :)

notebook baru.auw!
250GB external hardisk.
Hmm...Apa aku nak sumbat dalam store besor ni ek?
Tinted aka display privacy filter.
korang sure tak nampak punya activity yang aku lakukan dari sudut sisi...
heheheh {gelak evil skit}
Extended battery.
mana la tahu aku lupa bawak adapter kan...bole la bertahan lebih 2 3 jam nak online
dannn...adapter tambahan

Aku saje mengusik kawan kawan sekeliling...
Akhirnya aku dapat jugak notebook color merah nie.
Ada la plak umat nie sanggop bangon datang kat aku dan check kotak notebook ku ...ada code merah ke tak. Wahakssssssssssssss

Aku saje bikin gempak, nak lihat sape paling BB di kalangan kami.
Kalau aku dapat notebook merah, apa lah perasaan mereka dalam jiwa agaknya yer.
Hikhik...

Sure cemburu tahap dewa.
Sebenarnya aku tak fancy sangat bende bende teknologi ni.
Aku cuma rasa lebih bersemangat bekerja dengan notebook baru ni sebab isi belom banyak dan ianya boleh berlari pantas, sepantas pantasnya.

Tak macam notebooklama ku yang masih pantas, tapi dah membosankan.
Hee...

Oh yea, kerana kemaruk dengan mouse baru jugak. Best ar mouse baru aku ni. Kecil dan sedap di klik.
Sama macam key board aku sekarang nie. Rasa lebih SOLID.
dan
Aku asyik gatai tangan nak tukar templates blog aku nie.
Korang bersabar la yek, aku akan kerap menukarnya kerana aku belom menemui template yang aku benar benar suke.

Tadaaa



Moncong


Semua manusia dalam dunia nie ada masalah...tak boleh di nafikan.

Di office, aku ada 3 orang sahabat se department.
Makan pagi kami bersama, makan tengahari bersama....walaupon kami bersama, kami bukan serupa.
Kadang kala ada jugak pendapat di antara kami yang bercanggah...standard la kan.

Apa yang aku cuba luahkan yang terbuku di dada nie tentang sahabat aku no 4....
Aku tahu, tak ada manusia sempurna dalam dunia nie, tapi aku tetap tak puashati.

Bagi aku dia nie moody orangnya...aku nie pulak, jenis menyampas layan spesis spesis moody nie.
Nak moody biar la kena pada tempat dan orangnya.
Ko moody dengan laki ko, ko tak bertegor dengan kami...tak pasal pasal kami jadi mangsa...contohhhhhhhhhhh.
nampak tak?
Contoh lebih jelas la...ko benci anjing, ko pi pukol kuching...haaaa nampak tak ke tidak relevantnya di sini.
Nampak?

hish!
Cuba bayangkan, dengan kami dia bukan main moncong. Dengan kawan kawan dari company lain yang jauh dari mata dia tu...berbual gelak ketawa macam biasa. Kami ni yang menemani dia makan pagi tengahari buat kerja sama sama dia pandang sebelah kening dia jer. Kelakuan dia seolah olah kami ni yang menjadi penyebab UTAMA masalah di hadapinya.

Kalau kata la kami ni ada buat silap dengan dia...bagitahu jelah.
Kalau kata la kami ni tak sama standard dengan dia...ok fine.


kemudian, apa bila mood dia dah terbang ke angkasa, dia akan datang semula pada kami sesuka hati dia, sengih sengih, usik mengusik....seolah olah tiada apa yang terjadi.

Waktu macam nie lah aku selalu rasa macam nak mencarot.

Malas nak pikir, tapi aku TAK BERKENAN giler spesis macam nie...sebab
kami satu office dan kena mengadap muka masing masing setiap hari.

kami tak tahu apa salah kami....itu pon kalau kami yang bersalah la.

NOTA : hasil tulisan penulis sewaktu hati rasa sangat menjengkelkan. Harap maap.


Wednesday, May 26, 2010

Cantik sampai Nangis


Nangis kau kalau aku dapat pakai camnie

@@@@@@@@@@@

Tengahari tadi...aku lari keluar kejap dari office.
Nasib baik boss perempuan tak ada hari nie.
Aku dah buat appointment dengan Abg MAN untuk diskus pasal baju persandinganku sejak hari Isnin.

@@@@@@@@@@

Pukol 1230 tengahari aku dah terpacak depan butik.
Berkunci?
Aku call..."abg MAN, ly kat depan pintu nie"
bagi Abg MAN ..10 minit yer.
Aku jalan jalan ke kedai yang ada sticker HOTLINK...carik prepaid Hotlink nak topup...
"Ada Maxis Top up?" tanye aku pada amoi di kaunter menjual handphone
"Tak ade " balas amoi tanpa pandang ke wajahku.
"Mana ada jual ha?" tanye ku lagi tak puas hati
"Sana kiri belakang" jawab dia dengan muka seposen

Sticker Hotlink kemain bertepek, product Hotlink haram tak jual.
Apakah?

10 minit berlalu...
alaa laa laa laa long
alaa laa laa laa long
ring tone hp ku bernyanyi..:))

Aku terus naik ke butik.
Abg MAN teros hulur albom2 dengan baju baju koleksi beliau.
sambil belek belek, Abg MAN sebot harga tempahan untuk sepasang baju persandingan
Nangis kau!!!!

"Ko plan nak pakai camne?" tanye Abg MAN
Aku tanye balik " body shape cam saya ni mana yang sesuai?"
"Gown bole" abg MAN hulur albom sambil tunjuk kepadaku baju yang sesuai dengan shape ku miliki kini.
"ko pakai lace cantek, dari kepala ke tumit Abg siapkan.... ko tak yah pikir pikir"
Nanti kite pi Euro Moda sesama pilih kain.

"Make up artis plak camne?" sambong ku
"Boleh... Abg rekemen kat ko krew Abg , ko cakap la Abg rekemen...dah la mata ko ni sepet kan,
tak ada kelopak, mencabar sunggoh la si anu tu nak kerjakan muka ko nanti..."

Wakakaakak
Hampeh betol Abg MAN ni tau...usikan menusuk tersusuk teros ke rusuk dan kalbu.
wakakaakaka
Nasib baik Abg pakar kan...kasi chan je lah.
suke tak suke, aku gelak dan hamik jer ... tak sempat nak tepis dia dah attack.
hahahaha

Pastu dia senyum sengih....Lucu!
Abg terus contact make up artist di maksodkan.
Geli hati aku dengar perbualan mereka.
Ternganga pon ada... Hikhik...

Abg MAN ada jugak rekemen kan aku fotographer yang menarik dengan harga yang memang MENARIK.
Namon aku perlu pikir dua kali untuk cameraman.

"Baju nikah ko dah ada?" abg tanye... memancing lagi nih
"belom..." jawab ku ringkas
"ko buat sekali dengan Abg la....Abg buatkan ko chiffon full beads warna purple..merelip lip...
meletop ko nanti tau....Baju nikah ko bole amik dan simpan" jelas dia senafas.


Aiseyman, this man really know whats in my mind la wey.

"Nangisssss kau" - ayat Abg MAN terngiang ngiang di gegendangku.

Note : nangis nangis gak Bang...jangan nangis kemudian hari sudah...Budget lariiii...ngehngeh ;)


Tuesday, May 25, 2010

Fikir Besar...Besar Punye


“The biggest obstacle to wealth is fear.
People are afraid to think big, but if you think small, you’ll only achieve small things.”


But many modern millionaires live in middle-class neighborhoods, work full-time and shop in discount stores like the rest of us. What motivates them isn’t material possessions but the choices that money can bring:

“For the rich, it’s not about getting more stuff. It’s about having the freedom to make almost any decision you want,” says T. Harv Eker, author of Secrets of the Millionaire Mind.

Wealth means you can send your child to any school or quit a job you don’t like.

;)

Monday, May 24, 2010

Warna warni wajah


Baru terima email balas dari EmmaPesona.
Date nikah ku ...Emma dah TAK free. Tiada rezekiku nak rasa sentuhan warna warni ajaib dari Emma di hari nikah nanti.
Uhuks :(


Kerana itu...aku telah makan tomato sebijik, cereal susu dan milo serta nasi lauk kari ayam malam tadi.

*****************************************************************************

Lunch tadi aku ada singgah 1 kedai makan...OMG! service dan food dia sucks giler.
Aku banned sudah kedai makan itew.
Tak hormat customer langsong satu hal, ada ke kasi aku bihun sup dengan ayam seketol gedebuk untuk makan nasi ayam dalam bihun sup aku.
Malas ke hape ?
Nak meniaga meniaga la betol betol kan..owner kedai sile check la pekerja kamu.
Tolong la tutup segera kedai kamu, buat sakit hati orang je makan tempat kamu kalau tak reti hormat tetamu aka customer tahu?

Hmmm...Aku nie...
Nampak macam over acting, nampak macam tak serius kan

seriously...
i do my research HOW TO before approach people, restaurant, boutique and stuff ok.
So, kepada peniaga peniaga berjaya di luar sana...tolong la treat potential customer, regular customer anda dengan baik..supaya hubungan terjalin indah dan berterusan.

Apa la susah sangat oiii.

Sayangi la DIA

Mereka anak kawan aku...Lyn @Stirling
Comel sangatttt kan. Geram!

Anugerah Allah maha Penyayang...di kurniakan kepada hambaNya yang terpilih sekali dua.
mewarisi kedua wajah dan karakter ibu dan ayahnya...mereka serupa tapi tak sama.
Seorang Bim seorang Bam.
Bijak bistari nampak gayanya.
Geramnya aku...Tuhan aje yang tahu.

eh !macam pantun berjela la plak ...

Bercerita tentang BABY lagi malam ini...bukan lagu si Justin Beiber yer..baby baby ooo baby baby ooo tu yer.
Malas tau nak dengar lagu tu...tapi dok terngiang2 dalam gegendang telinga aku nie. How ley?

baby itu Anugerah dan Amanah Allah buat hambaNYA
baby itu pengikat kasih dan hubungan antara dua insan
baby itu penyeri rumah tangga
Kelahirannya perlukan pengorbanan, bukan hanya dari ibu jua dari bapa.
Tanggongjawab menjelma...kasih sayang berganda.

Sayangila mereka ye ibu ibu dan bapa bapa.

Baby

Sahabat 1 - sedang berusaha buat treatment sebab sukar nak lekat baby ke 2...sahabat aku yang sorang ni setiap kali buat treatment, wajah bertukar rupa. Muka serius keras macam bata, molot moncong sedepa.
Dengar dengar cerita, ibu dan kakak ipar dah bising suruh tambah zuriat, anak lelaki sulong dah besar panjang.Sahabat pulak ligat orangnya...nak kata gile kerja pon boleh juga. Hidupnya sampai ke malam di office...depan laptop.Memang tak ada gaya nak ada baby no 2...
Si Ibu bersuara "adik ko dah nak masok 3 dah anak dia..ko bile lagi nak menambah?"
Berdesing agaknya telinga sahabat, cuba menurut perintah dan luahan orang tua tercinta...pergi la dia buat treatment...tapi di wajahnya setiap kali datang kerja, muka stress giler.

Sahabat pernah katakan padaku " Aku dah malas nak beranak"

Minda kata mahu, hati kata tak mahu.

Sahabat 2 - baru berumah tangga bulan lalu. Tak berapa tahon lagi dah terpaksa menempoh usia 40 tahon.
Di perkatakan oleh sains, perempuan tak elok beranak lepas usia 40. Takot2 anak terkena down syndrome kerana faktor usia...mengandong lewat.
Berkahwin sahabat dihujong usia, sahabat berkata padaku "takan nak main hari hari beb, tak de tenaga "
Apa yang mampu aku katakan selain " pelbagaikan teknik dan gaya kawan...berusaha hingga berjaya"

Hahaaha
Gile ke hape cite dengan aku yang baru nak bernikah nie.
Macam macam la manusia kan.

Sahabat 3 - Di takdirkan sahabat tak mampu untuk mengandongkan baby demi keselamatan dan kesihatan dirinya.
Si ibu mertua meminta si anak mengambil anak angkat. Di turuti perintah si ibu mertua,demi menjaga maruah suami dan kasih sayang tak terhingga kepada harapan keluarga mertua.
sahabat pula wanita lincah bercareer, si anak angkat di bela di jaga setiap hari oleh si ibu mertua.
sahabat katakan padaku " aku sedih dan sunyi la Ly"
Kenapa? tanye ku penoh simpati.
sahabat menahan gelora dalam jiwa " Adam panggil mak mertua aku ....EMAK!"

Semuga semua pengorbanan mu di hargai ibu ibu semua.



Sunday, May 23, 2010

Kini misi BERMULA



Sabtu 530 petang...

aku pegi Subang amik Encik Tunang. Al maklom la, dia bekerja hari sabtu...aku tak.Hiks
Penat bekerja tak lalu dia datang nak amik aku katanya. Uhuks...baru jadi tunang dah tak lalu.
Nanti kalau aku dah jadi Nenek, tak lalu nak pandang aku plak. Huwaaaaaaa
Kena makan kolejen banyak banyak kasi tegang ni?
hihi...

Maka aku la yang pegi pick up dia untuk misi petang nie ke Sungai Choh, Rawang.
Ada apa kat Sungai choh Rawang yer?
ada ini...

{balik dari butik..muka sengih memanjang cam kerang busuk...hahaha.
Aku sudah jatoh hati..dum dum dum}

Seperti ku pesan semalam, aku perlu 2 perkara penting untuk meneruskan perjalanan hidup ini.
Ewah!
Penting la sangat...
aku perlukan baju Melayu dia untuk sample buat baju Nikah nanti dannn
charger camera aku yang di pinjamnya bulan lalu. Bosan siot hidup ini tak bole main main dengan camera cenonetku.

dari Subang berdesup ke Rawang.
Sepanjang perjalanan encik Tunang menyanyi nyanyi dengan gaya penyanyi Itali.
Gaya Pavaroti gitu.
Melihat dia menyanyi aku hanya gelak dan terus gelak.
{encik tunang ni happy ke..cemas ?}
Aku tak pernah tengok penyanyi di kaca tv atau di konsert menyanyi seteruk dia.
Menyanyi sampai macam nak kena kancing gigi je rupa dia.
Wakakakakakaakak
Aku penat gelak.

Selepas Tol Rawang...Agh!!! Rawang dari dulu sampai sekarang..tetap Rawang.
Hentah zaman bile TAK JAMMED.
Jalan sempit berpuloh tahon lampau tetap begitu.
Tiada penambahan
Tiada pembaharuan menuju ke pekan Rawang.
Tak dapat ku bayangkan kegigihan warga tua mengharungi hidup di Rawang yang yang serba keserabutan.
Salute.

7:00 malam, akhirnya destinasi yang ku cari ku temui...
Kilauan lampu menerangi Butik membuatkan keletihan meneroboskan diri dalam jammed tadi bertukar gumbira.
Aku dah nampak!
Aku dah nampak dahhhhh!
Aku suke, aku jadi teruja. Siapa tak sukekan KECANTEKAN dan KILAUAN.
Bukan petir yer.

Aku bagi salam...empunya Butik sambut salamku depan pintu.
Empunya Butik mesra alam orangnya..hiks
aku rasa selesa...begitu juga encik Tunang dengan mereka.
Ramai jua tetamu melawat nampaknya lewat petang semalam.
Aku tak berkelip memandang yang di hadapanku.
Kali pertama aku melihatnya...aku telah membayangkan aku berada di atasnya.

Yang ku idamkan kini di hadapan mataku.
MasyaAllah...canteknya.
Aku mahu.
woweeeeeeeeeeeeee :))

Jatoh cinta pandang pertama.

berjumpa Atie





Oh! semalam perjumpaan dengan Junior ku - Atie -
Febeles!
Atie belanje aku makan mekdi...Fish of filet set saje yer.Bukan senang nak mintak budak nie belanje...berjaya jua akhirnya. Ahaks.

Atie bukak cerita macam macam tentang kisah kehidupannya kini dan masa lalu.
Ha'a masa kami sama sama bekerja di bawah 1 bumbung..lebih kurang 7 tahon yang lampau!
Hamik kau...kisah masa lampau gitu.

Alhamdulilah..cerita demi cerita...
Atie cakap dia pon bakal melangsongkan perkahwinannya tahon ini.

11 November 2010 nikah - Kelantan
12 November 2010 Sanding - Kelantan
"Tak jempot kak nun ke Tie? " tanye ku selamba.
Wajahnya ku lihat berubah
{Tak jempot aku ke hape budak nie ???}

"Ko macam tak mo jempot akak je Tie" tambah ku lagi...mendesak giler haku kan. Wahaks!
"Eh! mana la tahu kak Nun rasa jauh, nanti Atie buat kat KL juga untuk kawan kawan, tapi tak de la bersanding pon di KL ni...nak datang kelantan ke??..kalau nak datang Atie bagitahu awal awal bole Atie sediakan tempat penginapan?" katanya menjelaskan padaku

"Lepas datang wedding Atie pi shopping eh" sambong Atie padaku.
{Ces! tahu aje niat sebenar aku.wakakakaa}

dannn aku dapat seketol handbag dari USA okay. ;)
Terima kasih Atie. Muahsk!

Nak letak atas dulang hantaran...molek dok?

Saturday, May 22, 2010

manje manjekan diri

Erk!
Anak buah ku yang kecil sudah besar ...
lebih Tinggi & Besar dariku.

Terasa MASA berlalu begitu pantas.

Hari sabtu lepas...Good Hair Day.
Selepas balik dari SAM hairstylist di Ampunk Park.
Niat hati nak potong rambut lebih pendek...batal. Aku tak jadi potong rambut pendek atas bahu sebab...
takot nampak lebih Mok.
Tak mau tak mau { nada manje Amani dalam AdaMaya }
Cas diri sendiri manje la plak!Ahaks.

Sekejap lagi nak jumpe Atie.
Junior aku baru polang dari States.
Dia bawa ole ole untukku.
Double Yahoooo!


Friday, May 21, 2010

bertemu Kak Aya


Tengahari tadi aku baru berkesempatan pegi jumpa tailor kegemaranku - kak Aya.
Ada sepasang baju kurung moden ku tempah bulan lalu yang perlu di ambil.

Aku hulur 2 pasang kain sutera berkainkan songket sulaman tangan.
Harap harap Kak Rohaya sempat siapkan baju untuk majlis anak buah ku Hana, 4th June nanti.
Kalau tak sempat macam mana la dey? Aku yakin dan percaya kak Aya sempat siapkan.
Chaiyok kak Aya!

Sambil menanti Kak aya menulis resit baju yang ku ambil...
Aku ternampak satu baju pengantin warna kelabu yang sangat sangat cantek tergantong di deretan baju pelanggan kak Aya.
"Baju anak Datin...1 meter 1 ribu tu" kata kak Aya padaku yang tak berkelip memandang baju tersebut.
"oh!patut la lawa lain macam...Nanti baju nikah Ly, kak Aya je lah jahitkan bole?" luahku pada kak Aya dengan nada ala ala Boleh la yek...nak jugak ...tak kire!
Nada paksa gitew.
hahahaahah
Kak Aya kata " Boleh jerrrr"
Hati ni gumbire giler bile dengar kak Aya kata boleh... Impian jadi kenyataan weh.
Lega!...berjaya jugak selesaikan misi no 1 untuk minggu nie.

*** Kak Aya adalah tailor Tun Rahah ibunda kepada Perdana Menteri Malaysia yer adik adik ;)) ***

Thursday, May 20, 2010

Sana cantek sini cantek


"Flowers are heaven's masterpiece"

***********

Arghhhhhhhhhhhhhhhh
Fenin sudah


Buat ke sekian kalinya...aku mintak kakak buat pelamin nikah ubah bunga segar yang aku mahukan.
Hari tu aku mahu Lilies menonggeng dan di gantong pada block.
Hari ni aku mahu daisy atay Gerbera ungu di lantai.
Aku tak mahu Ros.

Kakak tu kata " apa sal la ko je yang tak suke Ros"
Aku jawab " sebab semua orang suke Ros"

Aku bukan semua orang.
Macam Kimora Lee la plak bunyinya kan aku hari ni
hikhik

Nikah kan sekali seumor hidup.
Sokong la aku untuk rasa gumbire yer :)

Hari ni saya dah suarakan kepada Encik Tunang, saya mahu ke sini
untuk honeymoon kami.
Dug dag dug dag
Harap harap encik Tunang approvekan kemahuan saye.




Wednesday, May 19, 2010

Menyakitkan Tapi Benar



"golek2 dari dapor sampai bilik tanpa gangguan bau2an eh"
- Dz -

Hahahaaha
Ayat ini mungkin menyakitkan buat sesetengah manusia yang mendengarnya...
tapi bagi aku kata kata itu sunggoh tepat, benar dan jitu.

Oksigen bersih dan segar seminggu nie.
Hiks.