19th Mei hari terakhir bersama ...
Aku memang sentiasa...sentiasa mengagumi manusia yang
bijak tapi tak berlagak...
Kaya raye tapi pemurah dan rendah diri...
berilmu tapi tak kedekut ilmu...
Tapi aku selalu rasakan...manusia manusia yang aku suke...yang aku sayang...yang aku kagumi
selalunya akan pergi meninggalkan aku dengan cepatnya....
atau
aku kah yang masih tidak berganjak?
Walau bagaimana pun, apa pun yang bakal berlaku selepas hari ini
pasti ada HIKMAHNYA...
aku perlu buka mata, buka minda
Boss kata
work on the results NOT on the activity - K.C.G
"Apabila kite mahukan sesuatu, kite fokus kepada apa yang kite mahukan.
Matlamat hidup kite.
Pendek kata fokus kepada matlamat kite...
kenala fikir cara cara bagaimana untuk mencapainya...kite ada otakkan...
perlu pulak berfikir di luar kotak....
Untuk berpikir di luar kotak, kite kenala pulak jadi kreatif.
Kalau cara A tidak berjaya mendapatkan apa yang kite mahukan,
kite kena la memikirkan cara B,
atau mungkin kite perlu memikirkan cara C sehingga la
kite mencapai matlamat kite sasarkan.
Aku bukan tak tahu semua tu...cuma manusia ni mudah lupa, leka.
Sekali sekala dengar motivasi, kena pulak dengan orangnya.
Melekat terus dalam hati ini...:))
Boss,
Terima kasih kerana menjadi model dan inspirasi yang baik untuk saya hari ini.
Terima kasih kerana belanje makan tengahari masa mula mula join team kami,
Terima kasih kerana belanje kami semua makan pizza hari ni,
Terima kasih kerana tunjuk ajar menyediakan report report yang berkualiti,
Terima kasih atas kata kata motivasi di beri,
Terima kasih kerna memberi peluang dan sedikit masa ini berkongsi gelak ketawa bersama,
Saya amat amat menghargai kerana ....
saya tak pernah temui BOSS baik hati seperti kamu sebelum sebelum ini.