Thursday, July 7, 2011

Dua Sebab Aku Menyampah Dengan Klinik Panel






Salam ...ly, lama cuti.
Tak sihat ke?
Sakit apa?

Dengan bengkak di wajah,
bengkak di leher...aku capai handphone kokak aku membalas.

Salam Joyah,
"Ha'a Tak. Asalnya demam aje. Then ada ulser kat TEKAK kut. Aku tak bole menelan ar.
Aku nak pi DSH ni."

Teeeeeeeeeetrrrrrrrrret teeeeeeeeeeeeeeeetreeeet. Tak sempat aku nak angkat punggung dari katil, textku di balas Joyah.
"Owhhhhhhhhhhhhh alahai ok.
Take care noooo.
Try kumoq air garam kut. {{ erk! kawan aku ni tahu dak tekak dgn molot berbeza????}}
Btw, DSH tu apa? Ehiks "

sambil tersenyum keput, aku membalas
" Dah dua hari tak baik pun, air garam tak jalan.
Damansara Specialist Hospital"

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Hari ni hari ke 3 aku menahan kesakitan.
Aku bangun ke tandas setiap 1 jam meludah malam tadi. Sakit tekak ku alami tak surut2 seperti yang aku harapkan. Merah menyala lagi ada.
Letih siot.
Sakit kepala otak...layan batuk dengan tekak bengkak ni.Otak rasa nak meletop di buatnya.
Seksanya ...hanya Tuhan saje yang tahu.

2 Hari lepas aku ke klinik panel.
Memang tak payah bayar.
Hulur kad Campumed, masok jumpa doktor. Doktor usik belakang skit. Usik tekak skit.
Doktor bagi ubat.
1. PANADOL
2. Multivitamin.
3. Ubat kumur kaler brown
4. Antibiotik.
Doktor cakap kat aku "ada demam SIKIT, dan tekak ada MERAH sikit"

Melihat ubat yang doktor bagi, aku macam dapat rasakan...doktor ni bagi aku ubat budget berbanding kesakitan yang aku tanggung.
Berbekalkan ubat diberikan aku terdampar di rumah 2 hari.
Tekak sakit semakin mengila. Nak telan air pon susah.
Macam mana nak telan Ubat?

Air mata je la yang mengalir berdesup2 sebagai teman menahan sakit.

Setiap kali aku makan antibotik yang doktor bagi. Muka aku naik bengkak ketol2 dan gatal bagai nak rak.
Doktor aku di DSH pernah bagitau aku, kalau keluar gegate di badan maknanya aku ALLERGIC dengan antibiotik tu.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Dah la sakit, makan ubat yang body aku allegik pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Tak tahan menangung derita lagi,
aku ajak encik suami pergi jumpa Dr Fazlina. Hospital Berbayar. berbayar pon berbayarlah.
Janji aku sihat.

Aku ceritakan sinopsis kejadian kepada doktor.
Doktor check telinga aku dengan alat detect demam.
Demam ku dah hilang.
Kemudian doktor suruh aku bukak mulut.

"Uik!
merahnya tekak awak.
Ini infeksi tekak ni" { nada terperanjat kronik ok }
"Awak makan apa yea sebelum demam?
Saya bagi awak antibiotik."
"hari isnin saya buka puasa dengan air sirap bandung ICE beli kat luar Dok...esok teros demam.Tapi antibiotik yang klinik panel ada lagi ni Dok, masalahnya setiap kali saya makan keluar ni gate2 macam ni Dok" aku menyingsing lengan baju dan tunjukkan doktor kegatalan yang melanda.

"Jangan makan dah, awak allegikkkkkkkkkkk antibiotik ni lah.
Macam mana doktor ni bole bagi awak antibiotik yang kamu alah?"
"Sile amik antibiotik baru dan ubat kumor di kaunter yea."doktor jelaskan padaku tegas.

"RM50 kak". kata budak kaunter.
"Mintak resit dik " balas encik suami sambil menghulurkan rm50

Sampai di rumah, aku cepat2 kumur dengan ubat gaggle yang Dok Faz kasi.
Ubat kumor warna merah memang sesuai dengan aku.
Tak sampai 1 jam selepas, tekak aku dah tak berapa sakit, merah dan bengkak di tekak pon dah beransur pulih.

Peringatan penting:
Sile jaga dan prihatin dengan kebersihan makanan, diri dan persekitaran anda.
Jangan amalkan perangai sambil lewa saje tentang kebersihan....Faham?
Bile tekak dah sihat, kurang-kurangkan la melalak yea.;)

No comments:

Post a Comment