Bangun subuh subuh pagi...sebaik lepas solat Subuh.
terus terkam jahitan manik di baju kurung oren Wein yang tak siap lagi.
Dalam hati,
Ada yang tak kena dengan pandangan mata kasarku.
Aku tak berkenan dengan design, gabungan color manik yang aku hasilkan malam tadi.
Ntahlah...macam ada yang tak kena lah.Hmmm....
Hati ini rasa nak remove saje separuh jahitan yang telah aku siapkan semalam.
Hati ini jugak rasa nak bukak semula semuanya, buat design baru...ikut sesedap mata aku memandangnya.
Walaupon design semalam, tak ada buat apa apa dosa kat aku.
Walaupon aku yakin insyaAllah Wein akan sukekannya.
Tapi hati aku tetap tak berkenan.
Haih! hati oh hati...kalau dah tak berkenan. Macam macam cara di buat nak puaskan hati.
Bile di renung renungkan semula...
Begitulah jugak sikap hidup manusia sesama manusia yang lain.
Tak berkenan dik hati, remove kan sahaje dari kehidupan seharian.
Tak berkenan dik hati, tak mahu kawan dah.Unfren bak kata kawan kawan kat office.
Tak berkenan dik hati, tak buat dosa apa apa pun kat diri tu, bawak diri/ jauhkan diri.
Dan ada kalanya manusia lupa,
bile kite tak berkenan kat sesuatu / seseorang.
Orang lain pun boleh tak berkenan kat kite jugak.
Orang tua tua selalu pesan ...
ko buat perangai tak elok / niat tak baik kat orang,
esok lusa orang buat balik kat kite.
Manusia mudah lupa kan.
Jadi, dalam hidup ni.
elok la kite bersederhana dalam segala hal yea adik adik.;)
Lesson no 1.
Tak usah la nak berlagak bagus/ kepala otak ko je yang betol all the time.
Lesson no 2.
Maafkan je lah apa apa pun yang menyakitkan hati ko tu...supaya hatiko tak busuk sama macam hati orang yang ko tak berkenan tu.
Lesson no 3
Teruskan hidup.
Sebaik baiknya, selalu la amik yang positif buangkan yang negative. Yang negative-negative tu..Setan belake.
Erk!
Setan rupenya yang kacau aku nak menjahit dengan aman ni! Haishhhhhhhhhhh!
Astarghfirullahalazim.
Astarghfirullahalazim.
Astarghfirullahalazim.
No comments:
Post a Comment