Untuk renungan penulis sendiri
*****
Tak jadi...
Aku tak jadi ikot anak buah aku mendaki bukit Gasing pagi ni. Aktiviti yang di rancang sejak semalam lagi.
Aku tak jadi join.
Tibe tibe, ada urusan penting perlu di dahulukan dan di selesaikan subuh2 lagi.
Selesai semua urusan yang perlu di dahulukan,
aku singgah di beberapa blog tulisan bapak bapak tentang Hukum menutup Aurat wanita yang di kongsi bersama
di ruang legar laman sesawang.
Aku tak jumpa pulak tulisan dari ibu ibu tentang Hukum menutup Aurat Wanita yang di kongsi dalam dunia laman sesawang ni.
Tak ingat...
Aku dah tak ingat tarikh aku meninggalkan sekolah agamaku sewaktu menuntut di Johor mude mude dulu.
[ewah, macam sekarang ni dah nyanyuk sangat ayat ko ek Maimunahhh...:)) ]
Apa lagi ...nak ingat apa yang cikgu /ustaz ajar pasal Aurat wanita waktu belajar di sekolah agama dulu.
Zaman dulu dulu...di negeri Johor, selepas habis waktu sekolah kebangsaan....
sebelah petang pulak kami kena pegi sekolah agama...habis sekolah agama,
di sebelah malam selesai solat maghrib...kena mengaji Al Quran pulak.
Ada kala aku ngaji dengan arwah Abah...belajar ngaji dengan arwah Abah, aku selalu ngelat. Aku selalu larikan diri dapatkan emak...sebab Abah garang kalau ngajar ngaji.
kadang2 kalau boring belajar ngaji sorang2... aku ngaji dekat rumah Makcik Sara.
Dalam nyaman subuh pagi...tibe tibe hati aku jadi terang ...macam kena suluh dik spotlight.
Terdetik hati nak ulangkaji pelajaran yang dah lapuk dek pemikiran aku yang semakin meningkat usia ni ,
Hukum menutup aurat Wanita Islam.
Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut,
sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita,
disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,danjanganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,danjanganlah menampakkan perhiasannya,kecualikepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudaralaki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuanmereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budakyang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-lakiyang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Danjanganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".Surah An.Nuur (31)
&&&&&
Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.
Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.
Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.
Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.
Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).
Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.
Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te rsendiri.
Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.
Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.
Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.
Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.

Petikan dari : http://www.leewantam.com/
&&&&&
tibe tibe insaf sendiri..
Pakaian yang aku pakai sehari harian ke pejabat dan keluar rumah pon masih menonjolkan bahagaian susuk2 yang tak sepatutnya...
Hmmm..masih banyak yang aku perlu perbaiki lagi nih...
Tak pe ..tak pe ...tak pe...
yang penting aku dah mulakan dari yang paling atas sekali kan..
Kepala....
Chaiyok Lily.
Chaiyok!
Semuga di permudahkan segala niat yang terbuku dalam hati.
Dia kan maha MENGETAHUI :))
No comments:
Post a Comment