Nak ke mana tu Lola?
Cantek kemain ko posing haa..?CAntekkah? hahahahaha
Heee...
aku menghadiri jemputan majlis perkahwinan di kejiranan rumah aku.Kahkahkah..lawak je aku rasa.
Gini la kalau dah hidup kat rumah bertanah kan...jiran jemput makan, wajib hadir, berkenal kenalan. Tak gitu? ;)
[sebenornya..makan free punya pasal kan..hiks..muka tak malu betol. ]
Perghhh! perasaan yang aku rasai masa di majlis itu agak aneh.
Selama hayat di kandung badan ni, aku pergi majlis tak kenal tuan rumah pon sebab ikut arwah mak, or ikut kakak or majlis2 yang sekurang2nya ada la 1 wajah yang aku kenali contohnya, kawan punya kawan punya kawan kahwin. Haa gitu. Kire ada la yang kenal kan.
Tapi kali ni...
aku dan encik suami memang berada betul betul di dalam kenduri perkahwinan mereka yang tiada pertalian saudara/darah/kawan taulan senenek sebau bacang apatah lagi durian dengan kami.
Menerima hakikat bahawa kite manusia di muka bumi Allah ini bersaudara seagama.
Aku anggap saje makan kenduri kat umah pakcik Rani hari ni...macam kenduri pakcik sedara aku ber cousinkan Kapten la yek. Ha'aa iye...tadi ada upacara pengantin lalu bawah pedang kau.Encik suami aku suke bab bab pedang ni. Terus terasa diri dia pahlawan arab gitu katanya. Kah! Macam macam peel.
Anak perempuan pakcik sedara aku hari ni berpangkat KAPTEN. Kelas u...;)
Muka tuan rumah pun tak tahu yang mana satu sebenonya.
Sebagaimana adat istiadat majlis perkahwinan orang orang Melayu.
Tuan rumah selalunya berpakaian baju melayu sedondon sekayu dengan keluargakan.
Maka, Encik suami terjah sahaja pakcik berbaju melayu bersamping ungu.
Kire...Tuan rumah la tuh kan.. :))
Selesai encik suami perkenalkan diri...
envelope di hulur sebagai sumbangan dan tahniah.
Aku terus amik makanan nasi beriyani, acar buah, limau dan air anggur duduk diam diam layan alunan Maher Zain malaysia di dendangkan di sudut penjuru karoke di sediakan.
Kenyang perut, kami balik dengan buah tangan kuih baulu sebeg di tangan.
Tanpa membuang masa, ilham aku datang mencurah curah ...
Tadaaaaaaaaaa...
Manik hexa hitam berkilau dan gold jadi warna pilihan.
Baru la menonjollll ;)
No comments:
Post a Comment