Wednesday, June 30, 2010

RAJIN vs malas


Sekarang nie, boss baru aku ialah seorang budak lelaki berusia 29 tahon. Sejak di perkenalkan kepada staff...dia tidak berkata kata walau 1 perkataan pun dengan kami.

Hanya email yang kami terima berbunyik...
Dont send/cc any email to me.
Dont simply buy any software/hardware without my approval from SMARTbuy.
Dont this..Dont that.
APAKAH spesis boss begini???????
Ngeh ngeh ngeh...

Semua Dont...aku tunggu je dia bagi emel berbunyik....
Dont come to work tomorrow, ure allowed to work from Home. Woweeeeeeeeeeeeeeeeee
[ aku sedang bermimpi!]

Maka...
apa bila Boss tiada, staff ssure pikir...sape datang cepat, sape datang lambat...bukan boss nampak
apa bila Boss tiada, staff sure pikir...sape rajin sape malas...bukan boss nampak
kan.

Jadi hari nie, masa lengangku...aku isi dengan membuat bacaan ilmiah la sikit dari SOLUSI. :))
Aku temui tulisan yang bagi ku agak best hasil nukilan Ustaz Syed Mohd NorHisyam Tuan Padang.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
RAJIN


Buah kepada sifat IKHLAS ialah rajin melakukan segala usaha untuk mencapai matlamat.
Orang yang ikhlas melakukan sesuatu kerana minat terhadap sesuatu yang di usahakan.
Namun yang mendorongnya menjadi rajin dan ikhlas ialah IMAN yang tinggi terhadap Allah.
Rajin dalan bahasa Arah ialah NASYAT dan istiqamah.
Jadi sifat rajin termasok dalam sifat terpuji.

Ciri ciri kerajinan seseorang ialah.

1. melakukan ibadah secara istiqamah terutama perkara sunat.
Sabda rasullulah s.a.w yang bermaksud: " Lakukanlah kerja atau amal yang kamu mampu,
sesungguhnya sebaik baik pekerjaan atau amal adalah istiqamah walaupun sedikit."

[Riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah]

2. Membuat sesuatu yang di amanahkan dengan TEKUN.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka apabila sesorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan atau kerja dengan tekun."

[ Riwayat al-Baihaqi]

3. Tidak Terpengaruh dengan pujian atau penghinaan orang lain terhadap usahanya.
Usahanya tidak mengharapkan upah atau ganjaran, dan jika diberikan pun dia tidak mempertikaikannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

MALAS

Sifar Malas ialah kesan daripada sikap tidak ikhlas dalam apa yang di amanahkan kepadanya.
Umat islam diminta supaya menjauhkan diri daripada sifat itu malah Rasulullah mengajar kite berdoa : " Ya Allah, aku mohon perlindungan Engkau daripada sifat lemah dan malas."

Sifat malas dalam bahasa Arab ialah kasal.
Mereka yang malas termasuk dalam sifat riyak.
Sifat ini di keji oleh Allah dan Rasul malah manusia.

Ciri ciri sifat malas ialah :

Rajin bekerja ketika ramai tetapi malas ketika bersendirian.
Sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata, " Orang yang riyak memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang.

Semakin ghairah dalam beramal jika di puji dan semakin kurang jika di cela."

Kuat bekerja untuk kepentingan diri dan dunia tetapi malas untuk kepentingan orang lain.

Tidak ada matlamat dalam hidupnya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku, besar perut [kuat makan], banyak tidur, malas dan lemah keyakinan."

[Riwayat al-Daruqutni dan al-Dailami]

source : Solusi isu no 20

Tuesday, June 29, 2010

730 pm



12noon,
ber kejar ke Taman.
Diskus sikit lebih kurang dengan Azman,
Duit booking aku hulur,
Resit signed dan di serahkan kepada aku,
Survey tempat persalinan, survey ladies & gents.
Caterer team pakai baju apa nanti yek?
Siapa nak distribute goodies kepada tetamu.
Siapa DJ hari tu nanti.
Draft canopy chairs dan food arrangement tolong siapkan,
Pelamin location.
Fresh flower tau :))

tik tok tik tok.
Teng!!!
300pm
Lapo giler.

500pm
hujan.
balik kerja
aku redah hujan renyai renyai.

730pm
Aku masak untuk makan malam.
Simple dan sedap....hee
Eh! mana pegi botol kicap aku nie?

Hidup tanpa kicap, umpama
Siang tanpa matahari.

Login Buku Muka Dapat nie tak?




ini bukan kisah Login FB dapat $100.
Bukan bukan bukan yer.


Ini kisah tentang masok bank, keluarkan duit banyak banyak, dapat duit koyak.
nampak tak?
Tak?
Sile pegi kedai spek...eheh..macam aku la plak yang kena buat spek ni.
Tadi masa kat bank tak mo check betol betol, dah sampai umah baru ternampak.

haih!camne la leh tak nampak duit nie koyak tadi.

sakit hati tau bank kasi duit camnie.
sakit hati betol dengan orang terakhir pegang duit tu yang tangan dia gatai, gentel gentel sampai rabakk...atau
aku sakit hati sebab bank tak control kualiti kertas...
Kalau aku tukar kat kedai, kedai pon reject tau.
Macam la duit tu koyak angkara aku.
banyak kerja lain nak buat.


Lagi satu yang aku sakit hati, kalau duit tu datang dari toll LDP aku leh terima lagi.
Ni betol betol keluar dari bank.
Pfft.

Oh! tadi aku dah bayar duit booking untuk tempat persandingan aku...OOOoooops!
duit tu dah termasok dalam timbunan duit aku serahkan kat Azman.
Masok ke bank semula la ye si koyak.

Saturday, June 26, 2010

2 dan separuh LELAKI



Ada orang kata cite Dexter best.
Ada pulak yang kata cite GLEE best giler.
Ada jugak yang gilerkan Benci Bilang Cinta...[cite indon ni tiru cite Korea tau...Princess Hour]
tapiiiiiiii....

Aku suke giler Two and Half men.
Lawak nak mampos.

Two and half Men.

Tadi kan,aku tengok satu siri nie....gelak tak habis habis lagi nie...

Abang si Alan pegi jumpa pakar terapi tau.
Alan kan duduk serumah dengan Abang dia.
Alan ni kan macam freak giler orangnya...nampak macam baik, padahal perangai irritating dan poyos giler.

ada sekali tu...
Alan pernah curik girlfren abang dia.
Alan pernah suruh dia berhenti kat tengah2 highway sebab dia di serang klaustrofobia. lepas dah bersusah payahh berhenti, Alan cakap dia OK. hahahahaa
Alan pernah pasang lilin, sampai terbakar langsir rumah, pastu Alan call bomba la kan. Abang Alan mengamok la..sebab girlfren dia tetiba suke kat Abang Bomba..wakakak melepas.

Adik beradik pun ada issue dalam kehidupan seharian...Standard la tu..

Yang kelakarnya...

Well, semua manusia kan perlukan support system, atau pun tempat untuk meluahkan perasaan.
Masing masing kan ada karakter tersendiri, so..
Kelako la...hahahaha gelak dulu.

Pakar terapi abang si Alan dalam siri tadi ialah si Cikgu pompom kejam dalam GLEE tu...apa eh nama dia SUE. wakakakakaa

So, pakar terapi tu tanye la Abang Alan, kenapa dan apa sebab dia datang jumpa pakar terapi.
Issue apa nak mintak di selesaikan?

So Doktor pakar pon tanye laa...
"Ko ada masalah dengan sape?"
Abang Alan buat muka pellik " everything fine!"
"Ko ada masalah gurlfren ke? "
Abang Alan jawab "Tak"
"Ko ada masalah sex ke?"
Abang Alan jawab lagi dengan muka yakin "Tak."

of kos la, bende bende ni dah jadi life style dia, mana ada issue.Tiap tiap hari hidup dia tentang perempuan dan sex saje kan. Mana ada issue...so aku pun pikir, apa masalah mamat nie kan. hikhik

So, bile dah dengar sepenoh perhatian kisah kisah Abang Alan cerita tadi nie...pakar terapi pon pelik la kan, kalau semua perkara tak de masalah, apa kes?
aku pun turut pelik gak la masa tu..wakakkaka

Abang Alan pun jelaskan kat pakar terapi...rahsia kite berdua tau, rahsia pesakit dan doktor.....
Abang Alan bisik " aku ni suke pikir untuk masa depan tau, so aku datang sini sebab nak bagitau yang aku sebenarnya nak ko tahu la..mana la tahu satu hari nanti, kalau kalau aku ada rasa nak bunuh Alan"

wakakakakaak
Now Doktor Terapi pulak kena soal siasat dengan Abang Alan.

Sakitttttttttttttttttttttttttttt.
kelako giler la weh.

Moral of the story : Aku luahkan perasaan melalui blog...kalau tak menulis kat blog kang aku plak yang pi carik pakar terapi macam si SUE...haru biru la donia ini.

macam macam perangai manusia kan :))

Friday, June 25, 2010

Minum Berries anda jadi sihat dan cantek



aku tunggu di tepi jalan, aku nampak sebuah Gen 2 oren parking di hadapanku.awek pemandu di dalamnya..dia nampak tersenyum...
Aku berlari menuju ke arahnya, seorang jejaka memberhentikan keretanya untukku...aku melompat dan teruja.
lalu menjerit " Bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeh"
Aku naik MAZDA 3 baruuuuuuuuuuuuuuuu...

tekan skit AUTO, tekan skit jadi MANUAL.tekan punat skit masok Gear 3.
interior lebih kurang macam mitshubishi Ah Mon aku naiki berbulan yang lalu.
dua kali aku pandang ke tempat meter, dah macam console mainframe gitu.
sesuai sangat dengan karakter empunye kereta.
Teknikal sunggoh citerasa
Overall, interior best, leather seat dan keluasan tempat duduk belakang dan depan.
puashati.
MAZDA 3 bukan milik aku.
Abud punye.

Best best!
[sori gen2 ladeyh, im not looking for u..wakakakaka]
Noty sunggoh ai..hiks..

************

Aku juga shopping barang barang menjaga kecantekan & kesihatan dalaman
Kinohimitsu Detox Juice, kali ni perisa Cranberry ...
kali terakhir aku minom 6 days program detox juice ialah januari lalu.
dah 6 bulan eh..cepat betol



oh yea, kerana aku beli Kinohimitsu di SASA tadi, aku dapat FirmUP - instant beauty essence
dengan harga Rm8 sahaje.
Kollagen gitu. FIRM up!:))

Perempuan sanggop telan apa sahaje untuk CANTEK.
terkentut2 la malam ni nampaknye..hahaha
detox day 1.




Blog kau buat air liur ku bertakong






Tahniah Catz....
sape plak catz nie yek? akak x kenal ko, ko pon x kenal akak.Bole gitu?
Yang pasti kite suke bende yang same.
suke makannnnnnnnnn! hahaha.

Ko dah Glam sekarang.

Akak dah sebarkan blog ko pada semua office mate akak. Akak pening nak pikir tempat makan setiap kali masok waktu lunch...dan opis mate akak akan bagi soklan macam nie " ke mana kite?" dan mereka akan duduk diam expect akak fikir.

So now ko dah ada follower paling senyap bawah selimut. Ramai giler ok. 1 data centre gitu.
wahaks!

Ampon maaf sebab tak mintak izin ko dulu sebarkan blog sedap ko nie &
terima kasih banyak banyak sebab create directory makanan kawasan Bangi dan sewaktu dengannya.

Catz FAN CLUB.
[ lantak ko la kakkkk]

Masok Mulut dan Senyum



...6:30 pagi dah bangon. Solat. On notebook.
Oh so sweet gamba gamba mereka.

sape la yang tak suke tengok gamba cantek cantek kan?

****

Favor Box..hmmm semua cantek cantek.Tulunnnn :))


Saye suke favor gift camnie.

or camnie..cream color. eee gerammnyehhh

Image from : ole ole manis
Yang mana satu anda lebih suke :-

  1. Bunga telur / telur yang dibungkus dengan cantik.
  2. Manisan (spt; gula-gula, coklat, kismis dsb.)
  3. Makanan ringan (spt; cupcake, muffin, fruit cake, kerepek, kuih-muih dsb.)
  4. Makanan berat/berkat (spt; nasi & lauk pauk)
  5. Hiasan rumah (spt; gelas kaca, frame dsb)
  6. Wangian (spt; potpuri, lilin wangi dsb)
  7. Hadiah yang boleh digunakan (spt; kipas, sapu tangan, towel, mug dsb)
  8. Hadiah yang boleh dibaca (spt; buku, yaasin, hadith 40 dsb.)
  9. Hadiah yang unik ~ cantik untuk disimpan sbg kenangan (spt; bunga telur yang pelik tapi cantik dsb)
  10. CD cetak rompak (spt; video cerita pengantin, buku digital dsb.)
  11. Bukan yang di atas. Sila nyatakan ………………………..
Aku yakin rata rata suke makanan. Jadi coklat la paling sesuai, masok molot dan senyum!
Nak jugak coklat dalam kotak...hahahaha


Thursday, June 24, 2010

Semoga Abadi

* image di VC tiada kena mengena dgn penulis *
Lagu ni best by misha omar...tapi Misha tak de VC yang cool utk lagu nie. Sayang!

Selesai print out semua borang borang penting dari JAIS.
Nak kawen, ada procedure dan permohonan perlu di penuhi ye adik adik. Hakak yang baru nak menikah ni pon baru baca tadi.
begitu la kalau dah sampai seru...dulu masa mude rumaje, x terpikir pon nak baca dengan tekun procedure2 ni. Hee..nampak sangat seru sudah mariii :))

Nasib baik JAIS dah ada laman web.Canggih. Download saje borang borang di perlukan.Mudah.
Sediakan surat surat sokongan.
Begitu juga saksi.
Checklist pon dah ada. Tak payah pening pening.
Layanz


******
Selesai sudah aku laksanakan solat sunat Istikharah 2 rakaat tadi...solat sunat ni di lakukan bukan hanya untuk memilih antara 2 jodoh yang terbaik saje kan.

Solat sunat Istikaharah sebenarnya merangkumi skop yang sangat luas dalam kehidupan seharian. Kite ni manusia...bukan semua keputusan yang kite ambil elok untuk kite. Kite tak tahu apa yang bakal menanti kite dengan keputusan yang kite ambil. Maka...sebagai manusia wajar lah kite tunaikan solat sunat mohon agar keputusan yang kite ambil di beri petunjuk, yang baik di rahmati, yang payah di permudahkan dan di hujongnya segalanya diri kite meredhakan apa yang terjadi...

Allah itu maha Mengetahui sifatnya.

Kepada DIA la kite mohon kebaikan dalam segala hal...

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,

kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

***************
Lega sikit rasa dalam dada lepas solat tadi...rasa gemuruh yang kadang kala menerjah dalam diri ni semakin rock sejak dua tiga hari nie...

Setiap kali ada yang bertanye...

" bile ko nikah weh?"
"hows ur wedd preparation?"
" ko buat majlis kat mana Ly?"

Hadoiiiii
Jantong aku berdegup kencang macam terserempak hantu kalau di tanye tanye sebegitu tau. Hahahaha
Pesal ek? Semua pengantin akan mengalami sebegitu ke..atau aku je yang over.
Heeeeee.

Masa terasa berlalu begitu pantas ok. Now dah nak masok bulan July.
Tarik nafas dalam dalam...lepas :))


Tuesday, June 22, 2010

Ram ram ramlah ram




Dah jumpa boss baru - Raja Ram nama dia...nie yang rasa nak nyanyi lagu...Lady GAGA nie.
Ram ram raja ram...hiks.

Usia 29 tahon...nak jadi Boss, Operation team? ngehhh..Ye betol! usia hanye nombor saje kan.
Welcome pieace for u....dengan wajah ketat kami ... yang brutal psycho ni...mampu kah kamu bertahan?
Jeng jeng jengggggg..jibam jibam.

Masing masing pamerkan wajah tembok.Expression less.
Hamik.

***************************************************************

Dah terima Quo from Encik Pakar Perkahwinan A-z. Banyak item missing dari Quo yang di emelkan kepada ku. Haih!

Nak kena update semula yer Encik Pakar Perkahwinan. Grand total ....ni no ni no...
salah, salah, salah.
Kad jempotan berapa pieces?...ni no ni no...
salah salah salah.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Dah listkan senarai tetamu tetamu di hari majlis persandingan nanti
Encik Tunang, sile sambong isi untuk tetamu di pihak anda yerk.

Sekian terima kasih.

Tido awal...kepla sakit :((

Monday, June 21, 2010

Sedapnyeeeee



Hari ni aku ke bosanan, boss perempuan tu kasi aku new assignment. Verify something bla bla bla...
Kalau dah aku yang verify work korang, sah sah la nama aku gak yang pasti UP tak lama lagi.
Aku tahu, staff2 yang bakal bekerja sama dengan aku...bukan la jenis RAJIN yang aku harapkan.
Ngeh.

Suke tak suke...
Aku dah mintak boss perempuan tu pilih orang lain untuk assignment tu, tapi dah tak ada sape yang layak kecuali aku. Kerna aku ni accurate orangnya...begitula katanya.

Perghhhhhhh!
Aku ni accurate orangnya?
Sejak tahon bile ?
Huwaaaaaaaaaaaaaaaa.

Demi tugas, amanah dan tanggongjawab di berikan, aku terima jugak dengan agak berat hati.


Jadi balik kerja seawal mungkin hari ni, aku terus renung muffin pemberian di hari perkahwinan jijah Sabtu lepas.
Sayang sebenarnya nak makan, tapi muffin Jijah ni nampak lembut dan gebu.
Aku ngap sekali..
dan sekali lagi...

Sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Nak mintak kat Jijah lagi lah.Hiks.

Nak sambon tonton u tube - Grey Anatomy season 6. Chalo! ;)

Sunday, June 20, 2010

Merci beaucoup Mek




Aku baru sampai dari kampong petang tadi.
Aku lihat playhousemate aku melayan Waka waka eh eh..This time is Africa.
Aku kacau dia...heee

"bape ribu ko habis pegi Paris, mek? tanye ku pada mek.
"Arghhh jangan tanye aku pasal duit..wakakak nasib baik aku tumpang tido rumah adik kakak ipar aku kat sana..aku pokai dah nie" balas Mek selamba dengan ramai kusut masainya..hikhik...
Bape ribu weh flight?" aku masih tak dapat jawapan.
"Aku amik tiket masa Matta Fair...MAS direct flight return about RM3900" balas Mek dengan malasnya
"Cite la wei ko pi mana...bape ribu dah habis ko bawak jalan naik train dan food?" tanye ku lagi kepochi..hik
"Dalam RM5000 jer aku bawak, aku tak beli apa pun, tees Paris ko ada ler" jawab Mek masih blur blur.

Mek bercerita tentang perjalanan kegemarannya ke Venice Italy... dan masalah bahasa di hadapinya di sana. Mek beriya iya cerita tentang Kota Cinta dan pasangan serindit yang berciuman di padang indah di bawah Eiffel Tower....

Antara dengar dengan tidak kisah excitednya Mek mengskodeng couple bercium di Eifel tower,
aku plak dah berimaginasi macam mana la rupa tees di belikan Mek...hahahaha

satu helai saje pon tak pe...
Merci!!!!


O laa laaalaaa...wei Paris Jum!


Saturday, June 19, 2010

Tahniah Jijah


19th June 2010 - Sabtu
Tepat pukol 11am, aku pegi Serdang Komuter station...amik sahabat si Zai.
Kami terus menuju ke rumah Jijah di Seremban Dua....

Tema...Maroon Gold.
walauweeeiii...

Jah, aku tengok ko la Pengantin paling lincah abad ini.
Cool bebeh.
Tahniah!!!




Ops! tangan encik pengantin..kenapa begitu dong.
Penangan Gabra ke hape nie.
hikhik
Pemalu la sunggoh encik Pengantin nie yerk.Tunduk kemain lagi..macam carik duit syiling jatoh.



Selamat pengantin baru Jijah.
Semoga kamu berdua bahagia selama lamanya dan di rahmatiNYA sentiasa.
Amin.


Friday, June 18, 2010

Minyak Muka


bole buat Bush berhenti serang Iraq lah....
Cenggitu sekali kawan aku perli aku tau.Uhuks...

Sejak menjak nie, aku rasa minyak di muka aku bole membekalkan secukupnya minyak dunia.
Hahahahaahaha.
Siot betol..tapi memang Betol.

Aku tahu punca keperluan minyak berlebihan di wajah muka aku ni kerana....
1. aku pakai makan jer...masakan melayu kan serba goreng2. Semua aku tibai. adakah Aku stress?
2. aku kurang bersenam dan prihatin dengan kawalan makanan.

Hari Rabu yang lalu, aku bertemu Encik Pakar Nutrisi...muka dia bersih ok, puteh bersih tak de tinta tinta kotoran dan minyak....dia nasihatkan aku supaya makan makanan berebus sahaje bagi mengawal berat badan aku nie, mulai hari ini...dannnnnnnnnnnnnn bagi
mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka bumi ini...muka aku ok. Bukan MUKA BUMI nie.

Apa bile aku di tegur oleh pakar, terasa la seperti terhantok kat batu bata kan...maka otak aku pun seolah olah baru berfungsi selepas di sapu minyak pelincir.
Baru aku teringat, zaman dulu dulu muka aku tak la berminyak macam hari ni sebab,
aku suke makan ikan bakar...ikan kerisi aku paling aku suke sekali bakar.
Makan dengan kicap di tenyeh dengan cili padi.

Dan lagi satu...
Arwah mak suke masak ikan selar kuning masak pindang...x de tumis tumis nie.
Air asam, rebus dalam periuk...bile dah mendidih, masokkan ikan, serbuk kunyit, bawang di potong 4, lada hijau, sedikit garam. Kautim.
Lauk orang pantang. Itu pasal body aku slim giler zaman mude2 dulu.

Dan dan dan seterusnya,aku jugak aktif aerobic....makan macam biasa, tapi berat badan maintain.
Tapi itu DULU
Uhuks...
Nampak gaya nya tak boleh jadik nie..nak kena masok kelas aerobik balik nih

menu untuk hari ini...

Ikan selar kuning masak PINDANG
{orang Pantai timoq panggey Masak Singgang.}
Sile jangan sekali kali ajak saye makan
nasi goreng ikan goreng ayam goreng sotong goreng ketam goreng.

Amaran keras : JANGAN!