Thursday, September 15, 2011

cikgu sejarah vs professor serba tahu

Kesian aku tengok kawan kawan sekolah sama batch dengan aku sakit kepala...

bukan sebab kena hujan asid, bukan
bukan sebab darah tinggi terlebih makan lemang, bukan
bukan sebab terlebih belanje masa hari raye hari tu, bukan

tapi sebab...
dia orang kata...dulu dulu masa kat sekolah... Cikgu Mahadi mengajar sejarah kata negara kite Tanah Melayu ni pernah di jajah, dek jepun, orang puteh Inggeris British.
Sekarang prof zainal kling plak kata, Malaysia tak pernah di jajah, tapi di naungi orang puteh Inggeris British.
Risau benar kawan kawan aku apa bile esok lusa tulat toyol, entah entah ada plak prof yang kata, Malaysia pernah menjajah British.

Kesian kan kawan kawan aku jadi mangsa keadaan...
kesian kan kat generasi sekarang yang tak amik subjek sejarah dan tak amik peduli pon fakta mana yang benar dan fakta mana yang telah di putar belitkan demi kepentingan peribadi...Apa nak jadi daa...

kepada yang tak berapa baca/minat sejarah, tak berapa nak peduli tentang Sejarah Tanah Melayu tapi baru hari ni nak amik tahu... sebab dah start sakit kepala dengan pendapat berbeza ilmuan negara...
pegi la rujuk bahan bacaan kajian sejarah yang sahih dan boleh di percayai ketulenannya. Kalau korang dah tak boleh jugak percaya tulisan fakta sejarah yang korang baca. Sekurang kurangnya korang hargai la pengorbanan mereka yang bersusah payah memerdekakan Tanah Melayu menjadikan  negara  ni milik orang Melayu.

Bangsa lain pon bole hidup aman damai selesa dengan BMW, berbanglow mewah, berseluar dan berskirt pendek tak ada sesiapa marah...kan.

Kalau ikut aku yang dok dengar kisah atuk aku susah payah bersabung nyawa kemain hanya nak makan ubi kayu masa zaman komunis tu , cukop la untuk aku mempercayai bahawa hidup di bawah pemerintahan komunis memang seksa. 

Bersyukur la kite ni anak anak yang di lahirkan pada zaman selepas kemerdekaan dapat duk bawah pemerintahan demokrasi yang aman damai ni, boleh pegi pasar malam tanpa sekatan jalan raye sebab nak kena check ko bangsa dan agama apa kan. Kalau ko mata sepet bole pegi pasar malam beli jagung sambil nyanyi2...tapi kalau ko melayu bertudung beragama islam, muka ko kena acu dengan muncung senapang.Selisih kau.

Bersyukur la banyak banyak anak anak oiii.

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu : sumber Arkib Negara Malaysia


ps : Zaman sekarang ni, aku akui sangat ramai benar manusia manusia terpelajar yang bijak bistari, tetapi sebab terlalu bijak bistari lah sehingga bijak memutar belitkan fakta sejarah.

No comments:

Post a Comment