Monday, September 12, 2011

Resepi Kak lola hari ini ialah...Beras Puluit susu Kukuih

Setiap kali aku online,
ada 59 orang lain online jugak menjenguk blog Abang kite yang rajin kongsi resepi lauk pauk belah belah Selatan nih.... ;)  Kagum ai.

Femes sunggoh chef tersohor sambal goreng JAWA nih kan.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa ...teros perasaan rindu sambal goreng Jawa rumah tok wan zaman aku mudo mudo dulu menerjah.
Zaman dah tak berapa nak mudo ni, aku dah tak nampak bayang dalam keluarga yang ada skill buat sambal goreng Jawa
Macam mana nih?
Oh yea! Anak buah aku yang ada sikit giler  memasak disanun tu, pernah la try buat sekali. Lain beno rupernya. Apa lagi rasanya.
Kah!
Tapi tak pe la, at least semangat untuk mencuba dah ada..tak gitu?

Aha!
Kebetulan pulak hari ni Abg rajin memasak tu buat pengumuman suruh LIKE FAN page beliau di buku muka...memang keje aku la mengLIKE kan diri kan. Hee...
Tengok saje resepi di kongsi,
semangat dalam jiwa memang melonjak2 nak cuba buat kat rumah.
Sampai rumah melonjak atas katil terus jadinya. Hahahahaha
Tapi tak pe, at least semangat melonjak ada walaupon bukan resepi Abg rajin ke dapur yang jadi pilihan hati aku hari ni.

Aku dah mula berjinak2 ke dapur tau....ala malunya nak ngaku..kahkahkah
Almaklom la...dapur pengantin baru...Baru ke? Uwekkkkkkkkkkkkk. hahahaha
Almaklom la...dapur dah mula nak menyala, walaupon kadang kala masih segan silu dan milu apinya :))

Balik dari Perlis hari tu..,
Kak lola bawak balik 5 kilo beras pulut Susu....kacang pistacio skit, jeruk buah bidara masam masam manis skit, kacang gajus goreng skit, bole la nak buat sedekah kat kawan kawan sedara mara kan.
Kat KL, kawan kawan kak lola yang memang kaki masak kata " tak dak beras puluit susu ni kat KL wei". Yang ada beras pulut biasa.Ntah , kak lola jarang check bab bab beras pulut kat kedai. Yang kak lola tahu, nak makan pulut2...beli je yang dah siap. Kah! kronik kan...

Tapi sejak kak lola dah bersuami ni, pandai pulak beli beras bagai...alaaa rasa pulut sama je. Sodap lemak berkrim dengan santan bercawan dan sedikit garam.
Cicah pulak dengan rendang ayam, daging dan suke la ikot tekak memasing kan. Sedap belake.

 Meh kak lola nak share skit skill kak lola kukus puluiit yang kak lola buat demi anak buah tercinta dan rakan rakannya di open hoouse Sabtu lalu.

Zusssssssssssss..
Bahan bahannya ialah....Hee
{orang masok masok, dia pon nak jugokkkk..} hikhik

Beras pulut SUSU

Beras puluit susu hendakla di rendam selama 2 jam sebelum di kukus ye adik adik ;)


Santan secukop lemak,  


daun pandan buat lapik kukus..
kang beras bobos terus ke bawah plak x lapik dengan daun pandan yang wangi ni kan.
Selain mewangikan lagi pulut anda yang bakal dimasokkan kedalam molot itew.



Selepas 2 jam beras di rendam...Masokkan  beras yang telah di rendam ke dalam kukus.


bekas kukus kak lola yang baru beli...kilat kan? Kahkahkah


Selepas di kukus dan beras nampak dah mulai kembang...
Masukkan pula...
santan pekat, ibu mertuo den kato...kalau 3 cawan beras, kena buh 3 cawan santan.
baru berkilattttt cantek puluit hang tu :))
Buh garam sesedap rasa yea.
Kang tawar hebey plak, x best!
Kacau punya kacau...agak2 santan dah sebati. Bau pun dah harum.

Tadaaa...pulut kukus berkilat dah siap!



Alamak! gambar blur plak..salah focus.
Kahkahkah.
dah...jom masak rendang pulak..;)
Aummmmmmmmmmmmm 

Selamat Mengukus Yall :)



PS : sapa sapa nak kirim beras pulut susu nih..emel la kak lola. Kalau kak lola balik lagi, kak lola bawakkan bang sekilo dua...kak lola caj duit tol skit la.Kah!


No comments:

Post a Comment