Saturday, March 6, 2010

DIA maha mengetahui



Setiap bulan, pasti perasaan ini hadir. Perasaan di mana jiwa ini kacau. Kacau dik macam macam perkara dunia...Lagu Separuh Jiwaku Hilang oleh Anang seolah olah lagu terbaik saat saat begini.

Walaupon sebenar benarnya tiada sangkut paut pon. Peliknya perasaan ini...Ini bukan drama ini realiti manusia bernama Lily.

Aku ada siapkan beberapa kerja kecil buat "orang kuat" di office. Atas pertolongan itu sebenarnya aku tidak mengharapkan apa apa balasan. Aku hanya suke melakukannya kerana aku suke nak buat.

Tiba tiba "orang kuat" menghampiri aku dan menunjukkan harga bantuan ku hulurkan buat dirinya. Aku happy tak terkata. Terima kasih "orang kuat". Kamu sunggoh pemurah.

Kadang kadang, apa bile kite tidak terlalu mengharapkan sesuatu...perkara itu datang tibe tibe pada kite.

Aku plan nak balik Selayang bertemu kakak, anak buah, pergi jalan jalan hujong minggu dan makan makan sedap. Tapiiii

Encik Tunang pula ke sibukan dan kebetulan kereta dia belum renew road tax, maka aku sebagai tulang belakang, harus sentiasa menjadi tulang bagi dirinya. Genie kesayangan menjadi mangsa mengikut encik Tunang menjalankan tanggungjawab kerja di hari sabtu ...yang rata rata ramai yang bercuti daripada bekerja.

Tak jadi nak balik, tak jadi semua yang aku angankan.

Kadang kadang, apa bile kite TERLALU mengharapkan sesuatu...perkara itu tak muncul muncul tibe pada kite.

Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.

No comments:

Post a Comment