Monday, March 8, 2010

ke Bagan Lalang



sepanjang perjalanan ke Bagan Lalang ada banyak nyonya jual buah naga...
singgah rase...manis!

buah kegemaran aku tahon nie

pokok buah naga

buah naga di baja dengan baja organik...nyonya yang kata

buah cinta aka passion fruit

orkid - tak jual punya -

Semalam, malam...

Sahabat tegur aku di YM. Sahabat meluahkan perasaan tak puashati tentang sikap seorang teman...tak pasal pasal, aku yang menjadi pendengar...aku aku sekali sahabat "tembak"
Tak pasti pulak aku kalau kalau niat sebenar sahabat mengungkit tentang sikap sahabat yang satu itu ... sekaligus mahu meluahkan perasaan ketidakpuasan hati yang terpendam terhadap sikap aku.

Dalam masa yang sama sahabat "tembak" kat aku jugak. Aku terasa dengan kata kata dan bidalan di hamburkan sahabat pada ku ...Argh!!sakit giler luka dalam hati ini. Aku tarik nafas dalam dalam...terketar ketar jemari ini menahan kemarahan, tak pe...sekali sekala nak tembak aku, aku terima. Aku kecewa ...kisah lama diungkit semula...Haih!

Hati aku pedih dilukai. Harap maklom.

SeLepas dah luahkan segala yang terpendam agaknya selama ini, sahabat mungkin terasa bersalah kerana terlalu berkasar denganku. Sahabat tibe tibe ajak aku ke Bagan lalang esok tengahari..."jalan jalan, makan makan dan amik gambar" kata sahabat.

Dalam hati..." dia ni pujuk aku ke hape...?" Aku cuba amik yang jernih saje.

Memandangkan aku pun suke berjalan jalan, aku sahut ajakan sahabat.

Aku nampak Zana online...aku terjah.
Aku : "zana jom pi Bagan lalang esok. Jalan jalan, makan makan posing2."
Zana : "bole jugak, pagi saya mop rumah, kalau pergi tengahari then balik petang...saya ok"

Semalam...
pagi pagi lagi aku dah hantar sms pada Zek, pastu kat Ejols pastu kat Ayom. Kawan kawan yang aku boleh bawak bicara apa saje...

Z balas : "malas nak keluar ari ni, kereta ayah pakai, korang henjoy la yek"
Aku : ok
{{{Aku memang tak suke orang guna perkataan MALAS. hahahahahaah Aku jadi MALAS nak layan.}}}

E balas : " kezen aku kawen kat Gombak, aku kena jadi pengapit...sape lagi pergi?"
Aku : "so far, aku zana, ayom ..isk malas plak si z ni. nyampah haku"
E balas : "ko suruh je zana ayat, sure cair punya"
Aku : "yea sudah"
{{{zana adalah bahan pencair Z}}}

Ayom balas : "ada wedding beb"
Aku : "Ala kite pegi makan seafood,ketam, udang, ikan bakar, sotong... posing2 amik gambar"
Ayom balas lagi : "Alamak teruja aku, makan seafood lagi best dari pada makan lauk kenuri kawen....IKOTTTT!!!"


Kawan kawan sudah termakan umpan...yahoo.Ehekz;))

Tepat jam 1 tgh, aku dan sahabat2 dah di jemput si pemilik Livina Lavida Loca...usik mengusik, gelak ketawa macam biasa. {ha'ah macam biasa...luka semalam masih berdarah lagi oh Tuhanku hanya kau Maha Mengetahui...}

Aku sangka kami teros ke Bagan lalang, tapi kami tersidai di food court percint 9 makan tengahari. Kenyang perot baru best suke suke hati kan.Belom habis nasi masok ke molot, si zana dan sahabat suruh aku beli apam balik garing. Bole? Nafsu kalah gajah...hahaha.






No comments:

Post a Comment