Monday, April 25, 2011

Kesian Remy Ishak



senyum herot sipi2 tu yang manis tu ;)

Aku dah tonton movie CUN dah. HEEE....Memang CUN.Santai je. Senyuman dan lakonan selamba Manis pon CUN Korang dah?
Hero dia cun, heroin dia duduk atas belakang kerbau pon masih CUN.Overall enjoy la.

"Alaaaa, tak minat la aku nak tonton movie Melayu " cam gitu la lebih kurang suara2 sumbang aku dgr setiap kali aku ajak tonton cite melayu di GSC.
" Abis sape nak teman aku tengok cite CUN ni..aku nak tengok JUGAKKKK...jom la teman aku tengokkkkkkkkkkkk, dah tengok baru kite bole judge filem tu baguih ke tak woi ..pelakon dia lemau ke, rangup ke tidak..ok?"

Hajakan aku terjawab jua akhirnya. Yabedabedu. :))
Kuching besor tak ada, so tikus2 pon bertempiaran keriangan di GSC la kan.

Lepas tonton...aku rasa...
Fun, tonton lakonan Remy Ishak cakap Utara dalam movie ni, jadi...
senyum cenonet dia yang sweet tu apabila jatoh hati pada Maya pon, jadi.

Apa pasal la korang dengki sangat dengan pelakon etam manis yang berbakat dan sedang hangat hot hot ni ek?
Kasi chan la dia nak berlagak ke nak tunjuk lagak ke...dia kan pelakon baru naik....Standard la, pelakon baru yang baru nak adjust dunia glamer sistah. Kasi chan la eh. At least dia tak hipokrit kan.
Wahaks!

Lakonan pertama beliau yang buat aku teros meneros mengikuti perkembangan bakat lakonan beliau bermula dari drama Nur Kasih tayangan TV3....
Mula mula tonton, agak terpukau la dengan lakonan Aidil. Biasa la...pakwe warak. Warak dalam drama lakonan je la. Kat luar...adess.
Mamat etam manis berlagak si Adam ni plak...tibe tibe menonjol, bukan hanya sebab beliau tinggi, ada senyuman menawan, tetapi bagi aku la...dia memang boleh bawa watak dengan baik.
Memang nampak la beliau seorang pelakon yang memang bekerja.
bukan belakon untuk kejar glamer....macam sesetengah pelakon tu..kan?
Korang bole?


Walaupon ramai yang kata remy ni ala ala macam mamat " hijau ka, merah ka..kakak?" Jahatkan mulut manusia... Aku yakin bakat lakonan beliau memang tak dapat di ketepikan, memang pesaing bagi pelakon2 senior yang lebih lama dan masak dalam dunia lakonan drama dan filem...pasti tergugat punya lah.
nama pun bersaing dengan sihat kan?

Remy Ishak pasti mampu mewarnakan lagi calon2 bagi anugerah pelakon lelaki terbaik di masa hadapan berturut2 kalau kena dengan projeknya. Memula aku tonton drama Nur Kasih arahan Khabir, aku memang tak nafikan drama dari khabir lain macam sikit menariknya...tapi bila hayati betol betol.
Apa kurangnya bakat lakonan Remy kan.

Berbanding dengan Maya karin, aku pasti korang boleh nilaikan penghayatan watak Maya dalam CUN tidaklah se hebat mana. Tapi sebab Maya memang di senangi dengan ke hangatannya.. Apa salahnya dia jadi heroin jamban terbakar kan. Janji hangat.Ahaks..kelako!

Bagi aku, keberkesanan seseorang pelakon melakonkan watak dan jalan cerita sesebuah filem itu yang menjadikan sesuatu movie itu menarik & berjaya ,
mencuit hati,
mengeletek jiwa ,
melelehkan air mata,
meresap ke urat hitam atau tidak.
Cewah!




Ahaa..lagi 1 penyakit...
Ada sesetengah umat..suke sangat bagi statement
" ala movie melayu ni dah boleh agak dah ending dia camne"
" alaa movie melayu, balik balik kisah cinta...cube la ko tonton filem intelektual skit.."

kalauuuuuuuuuuuuuuu...
semua bende ko dah bole TAHU dan bole AGAK....alahai,
boringnya nak ajak ko tonton wayang lain kali.
Kalauuuuuuuuuuu...
semua filem melayu berkonsepkan kisah cinta dah tak ada nilai intelektual, at least masih ada message dan nilai moral yang tinggi ok.
kan dah emo! wahaks.

Nexttttttttt

Org tonton movie bukan takat nak tahu ending je OK!
Lengok dan jalan cerita yang menarik, teknik cinematography, soundtrack semua tu pon penting jugokkkkkkkkkkk.
Tak gitu?

Peminat tegar Remy Ishak senyum manis kepot2. ;)

No comments:

Post a Comment