Friday, October 14, 2011

Me & My Favourite Shawl


Salam Jumaat semua,

masa aku belum bertudung dulu...aku suke perhatikan orang pakai selendang. Aku rasa mereka tu manusia yang elegen. Percaya pada keayuan diri.

Suke lah.

Kemudian...masa mula mula aku bertudung dulu...aku suke sangat pakai Shawl. Banyak aku beli shawl. Macam macam jenis, macam macam color. Ada studded la, ada kupu2 la, ada yang plain hitam saje.
Macam macam jenis kain, ada jenis cotton, ada jenis cotton guni, ada jenis satin.
Ada jugak yang aku simpan je. Sayang nak pakai.

Dalam banyak banyak jenis...
Aku suke shawl cotton, kain cotton kan sedap di pakai. Selesa di pakai untuk keadaan cuaca negara kite khatulistiwa ni. 
Pakai shawl duduk dalam office yang berair cond pon lagi la selesa.

Kadang kadang tu..

Ada jugak orang yang tak biasa bershawl/selendang  kata kat aku "ëiii panas nya, rimas nya tengok ko belit belit...serabut!"

Tapi, 

bagi aku yang baru bertudung waktu tu...Alhamdulillah, aku tak rasa seperti yang di bayangkan oleh mereka.
Mungkin sebab keyakinan aku terhadap apa yang di perintahkan oleh Allah itu banyak kelebihannya. 
Aku tak berapa nak endah dengan kata kata sebegitu.

Tak pe la, masing masing memang ada cite rasa dan pendapat tersendiri.
Lama lama paham la nanti. :)
kerana minat yang mendalam terhadap shawl dan tudung, aku rasa bahagia sangat kalau dapat share kan minat aku ni bersama mereka yang mempunyai minat yang sama dengan aku.
Sharing is Sedekah jugak kan.

So dari situ, aku mula berjinak jinak dengan mengambil beberapa helai shawl dan tudung untuk aku kongsikan minat aku bersama yang lain. Ada ilmu ada ide sikit2 lebih bermakna kalau dapat di kongsi dan di terima yang lain.
Serius happy bile apa yang kite cadangkan, kongsikan di terima..kan.

Alhamdulillah, yang aku rancangkan di izinkan olehNYA.
Aku kini bahagia kerana aku berjaya berKONGSI apa yang aku minati dengan kamu kamu dan kamu di sanun.
hikhik.
Cantek cantek dah kawan kawan aku.
Terima kasih korang :)

****

The best SHAWL on earth become one of my collection now. 

:)

Dengan harga RM35 sahaje. Dapatkan di JUMAA


Nak pakai pegi Big Bad WOLF kejap lagi.
Korang dah pergi? 

Jum beli buku plak :)





No comments:

Post a Comment