Friday, March 26, 2010

Cupcake Cute


...20 March 2010....
aku di Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan Ita. Kami sama sama pergi study di US dulu. Satu kapal.

"Ko nampak happy. Dah lama aku tak nampak wajah ko sehappy hari ni. Tahniah fren".




Semalam plak aku dengar berita...
Tasha ke guguran. ya Allah...mengucap panjang aku nab...Junior aku yang baru je berkahwin hari raye cine hari tu ke guguran...5 weeks. Dugaan datang Allah sahaje tahu akan hikmah di sebaliknya. Kasihan kat dia tau.
Aku cuba batalkan order kupkek yang aku order sebelom hari kejadian...tapi dia masih gigih nak hantar kupkek pada aku. Dalam hujan lebat , dengan berkain batik dan berstoking, dia masih nak hulurkan hasil air tangannya padaku.

Aku tak tahu macam mana perasaannya apabile si ibu ke guguran, sehinggalaaa pagi tadi dari cerita rakan rakan taulan yang pernah mengalaminya. Keguguran sebenarnya sedikit sebanyak menganggu emosi dan tahap kestabilan kesihatan Si ibu. Process D&C iaitu process pembersihan rahim akibat keguguran di katakan sangat menyakitkan. "Perot ko rasa bagai di pulas pulas sakitnya tau, aku bukan nak menakotkan" gitu la gambaran di berikan si ibu di office pagi tadi.
Aku nganga. otak jadi blank mendengarkan ekspressi si ibu.


16 ketol - $30/=

Jumaat - Aku rancang nak bawak ke office dan makan beramai ramai dengan kawan kawan sambil promote cupcake hasil kreativity Tasha. Lagi pun hari Jumaat, banyakkan bersedekah baik untuk kehidupan kan.

Aku mohon hari hari mendatang lebih indah dan baik baik saje. Amin.





Friday, March 19, 2010

Tak sampai Hati

Hari ni aku cuti...aku duduk lepak depan tee vee. Sahabat baru balik dari Alamanda makan tengahari bersama sahabat yang lain.

Sahabat teros masok ke bilik, aku masih di hadapan tee vee. Beberapa saat kemudian, sahabat keluar dari bilik sambil mengibas ngibas tee shirt di pakainya dan berkata " panasnya!".

Kipas melekat di siling ku lihat dah berputar ligat volume 4. "Everybody loves Raymond" yang aku sedang tontoni...tibe tibe tak dapat aku tumpukan perhatian lagi.

Oh come on!

Aku angkat ponggong, sambil berlalu ke balkoni mengangkat jemuran.
Sahabat : " eh ko tengok la tee vee"
Aku sambil berlalu masok ke bilik : "aku nak lipat baju..."

Di dalam bilik, aku nampak Linda on line...

lilyjaafar: Nda...
lilyjaafar: aku nak tanye pendapat ko skit la
Nda: yes?
Nda: apa dia?
lilyjaafar: kes bau badan
lilyjaafar: kawan ko ada bau badan yg terok
lilyjaafar: and then
lilyjaafar: ko tahu kwn ko ni jenis yang tak boleh di tegor
lilyjaafar: tapi kesian la kat dia kan...
lilyjaafar: ramai org jauhkan diri sebab bau badan dia terok
lilyjaafar: apa ko buat?
Nda: kalau aku tegur aje dia
Nda: tegur cara diplomacy
lilyjaafar: ko kasi contoh ayat diplomasi ko
Nda: kalau dia tak suka tu lantak dia la...but at least kau bg tau...kata la kat dia yg ramai org jauh kan diri or tak nak kuar ngan dia sbb bau bdn dia yg busuk tu
Nda: mcm ni kau approach dia....
Nda: "i nak ckp ni u jgn marah yea...coz i know u tak suka kena tegur...tp for ur own good. u might not like me after this...but i'm being frank with u
Nda: then kau continue "i think u need to do something with ur BO...coz it seems due to that ramai ur frens yg tak brp selesa keluar ngan u"
Nda: then let say dia kata...biar la...i pun tak kisah org tak nak kuar ngan i...kau reply cam ni lak....they are just some of ur frens...
Nda: one day u might hv a partner in life....do u want to smell ur partner's BO? sure tak nak kan...same la...ur partner pun tak nak smell ur BO...
Nda: ada kes org cerai berai cam kat kelantan terengganu coz the partner smells like ikan (kepok) all the time
Nda: tak selera aje
Nda: kalau dia defensive gak lagi...kau ckp la...i hv nothing to lose...tak pun kau suggest kan kat dia how to ubat kan bau BO tu
Nda: bg suggestion la
Nda: heheheee...sudah nye aku cam tak diplomacy kan...tp straight to the point...dushhh kena muka kawan kau tu hehehee
lilyjaafar: hahahahaah
lilyjaafar: tulaaa aku dah bergenang air mata ni nda
lilyjaafar: hahahaha kelako plak aku baca skrip ko ni
Nda: heheheee
lilyjaafar: ko nak tau tak...byk2 masalah dlm hidup
lilyjaafar: nak nasihat kan kawan pasal bau badan busuk ni la aku paling gagal
lilyjaafar: macam macam aku dah kasi sign
lilyjaafar: dia x paham
Nda: tok sah kasi sign..kau ckp terus aje
lilyjaafar: ni last la ni aku sampai mintak khidmat nasihat COSULTANT IT dah ni
lilyjaafar: hahahahah
Nda: kalau dia jenis tak paham...buang karan aje ckp bertapis2 ni hehehee
Nda: heheheee
Nda: aku jenis direct
lilyjaafar: tu laa...jenis tapis2 ni x paham
lilyjaafar: kdg2 aku kasi direct pon dia buat buat x paham
Nda: ada org suka "bersihkan" gigi ngan lidah sampai bunyi cam tikus tu...aku direct aje ckp "hey i hv dental floss...do u need one"
lilyjaafar:
Nda: tak yah kasi direct...kau terus aje ckp...bau bdn u busuk la...mcm bau bawang putih or bau hangit tengit...
Nda: it's either u tak mandi or u mmg bdn jenis berbau...
Nda: u tak bau sendiri ke? coz ppl ard u...can smell u badly
Nda: cuba kau ckp cam tu terus...tgk muka dia camana...kalau tak paham jugak tu...mmg la sengal la kwn kao ni ly!
lilyjaafar: hahahahahaha
lilyjaafar: tula maksod ayat aku memula tu...jenis tak boleh di tegor
lilyjaafar: tapi aku kesian kat dia
lilyjaafar: hahahah beriye2 aku kesian kat dia..dia x kesian kat diri dia sendiri plak kan..
Nda: tau tak pe hehehee
lilyjaafar: aku pakai skrip ko lah
lilyjaafar: lantak la apa nak jadi jadi la
lilyjaafar: janji niat murni aku, aku sampaikan
Nda: cuba la...mana tau berhasil hehehee
Nda: kau selawat byk2 la sblm tu
Nda: moga2 dia dgr niat suci murni kau tu
lilyjaafar: ok ok...mencabar sunggoh ni
lilyjaafar: hahahah
lilyjaafar: thanks for u script
lilyjaafar: bile nak buat drama nda?
lilyjaafar: ahhahaha
Nda: hehehee

tips : sile google infomasi penjagaan kebersihan tinggalan orang tua tua di panggil PETUA SEJAGAT.

Wednesday, March 17, 2010

Murah Rezeki

oh! baru aku perasan...bed sheet dan kebaya aku sama color.
Kebayaku biru,
buat abang cemburu...

Aku amik baju ni kat tailor semalam, Abang segan silu tu dah tak segan silu dah dengan aku lepas 2nd time aku datang kedai dia...hahahaha kelakar la abang tu, memandangkan aku tak tahu nama kedai dia, aku panggil kedai tailor Abang segan silu la eh...Heeee.
Segan silu dia kalah pempuan wa tell u :))

************

Kuching tak ada dalam office hari ni...maka tikus tikus di office apa lagi...bertempiaran le ;))
Sape kuching? sape tikus ni? Hahaha...ye ye, di company ini aku masih sang tikus okay. Hahaha...

Adegan benar minggu ini berkisar...

Semalam petang, aku ikot kawan kawan minom petang...aku nampak laksa...sedapnyeh. Aku ke kaunter bayaran, tibe tibe Yus yang ada kat kaunter tak semena mena, kata " kire sekali!'. Yus bukan la rakan kerja aku yang terkenal pemurah. "Macam dapat mukjizat" bak kata Ah Din.

time kasih Yus!

Pagi ni masa beli breakfast di Bartra, aku di kaunter nak bayar...Chip pon di kaunter nak bayar. Tibe tibe chip bole kata " kire sekali". Aku dengan mata terbeliak cam tak caya... "me kasih Chip!".Si shuhadah budak kaunter pembayaran pon ikot terbeliak bijik mata dengan kejadian yang berlaku pada ku minggu ini.

Bak kata Syuhadah " murah rezeki kak lily hari hari orang belanje makan...."
Akak lily " ye la Syuhadah, Alhamdulilahkan..."

Tengahari ni pulak tadi, sepatutnya kami bercadang ganti activity makan tengahari dengan karok 1 jam. Entah macam mana, abang gugup terkenal dengan kekemutan di office tibe tibe ajak Zan ke bulatan makanan berdekatan dengan office. Di situ agaknya la si Zan sms aku...

text zan "kak, nak kim apa apa? saya kat roundabout ni?"
Aku " ko dgn sape? bole gak...kim mushroom goreng sedap la"
Sampai di office aku lihat, mushroom goreng kegemaran ramai ada atas workstation aku.

Aku comm Zan...
Aku " ko pegi bulatan makanan dengan sape?
ZAn " dgn abang gugup"
Aku " abis mushroom ni sape beli?"
Zan " Abang gugup"

Terbeliak bijik mata aku lagi sekali...tak henti henti kawan kawan belanje aku makan. Makin hari makin hairan aku. Alhamdulilah....Murahnya rezeki Allah beri. Aku doakan rezeki korang melimpah ruah hendaknya lepas lepas ni yek.

So, bila boss tak ada...aku amik peluang...

Aku balik awal, seawal pukol 400 petang tadi. Hajat hati nak habiskan jahitan manik di baju Zan. Baru je nak mula...ke ting ting ting ting...


Awal awal masok kelas menjahit manik dulu, sifu dah pesan...kalau nak menjahit sile bentangkan kain supaya mudah memunggut manik yang bertaburan.

Degil!

moral : orang memberi, kite merasa kan....takan hari hari aku je merasa. Aku nak gak memberi...jadi aku dah order 16 pcs cupcakes dari Tasha untuk makan makan Jumaat 26th Mac nanti...Kite tunggu dan lihat hasilnya sama sama yek.



Monday, March 15, 2010

Hadiah perkahwinan buat Kamel


Minggu ni minggu coti sekolah...Isnin pagi yang aman damai

aku blur, tak tahu nak pakai baju apa ke office. Aku capai baju ni..tees company tempat aku mencari rezeki kasi untuk staff...aku dah pakai bukak balik....pakai, bukak balik. Isk!Tak lalu..rasa cam budak keje Cold Storage department non halal jek aku rasa.

Aku bukan la tak mahu menghargai tapi korang tengok la color tees ni kan. Hekhekhek...Selagi aku ada pilihan, aku pakai baju lain la yek.


Musim tahon baru cine, musim raya aidil adha, dan musim cuti sekolah...jalan raya kat KL, confirmed. Lengang. Best...aman damai perasaan menuju ke office. Suke.

Sampai office, ramai yang amik peluang cuti sekolah bercuti. Office pun lengang. Suke.

Tak banyak kerja yang perlu aku selesaikan di awal minggu. Aku habiskan waktu waktu yang ada dengan mengangat dan menghantar laptop milik sahabat yang perlu di baiki. Dah dekat 2 mi nggu dia anta kat kedai Mat repair tapi gagal di repair. Buang masa je. Kawan kawan yang kerja dengan kompeni bapak IT terkenal macam aku ni...eheks tak mo plak dia mintak tolong hantar repair ek? ...Aku mintak Faris tolong repairkan, tengahari aku bagi, petang pkl 530 dah siap. Nama pon specialist Hewlett Packard kan...;)) kerek kejap..hihi.

Aku hulurkan dahulu duit upah RM35 pada Faris petang tadi selesai dia repair semua masalah laptop si sahabat. Faris suruh aku mark up harge, tapi aku tak sampai hati. Aku tolong se ikhlas hati je...atas dasar sahabat.

tepat alarm berdenting pukol 5:30pm aku beransur balik. Aku singgah Alamanda beli hadiah perkahwinan Ita di JB hujong minggu ni. Si ita pun satu, pilih tarikh perkahwinan baekkkkkkkkkk punya timing, 20 March 2010....waktu macam ni kewangan aku dah berada pada tahap asma, maka aku bungkuskan ala kadar sahaja tanda ingatan dan ucap tahniah.

Kalau tak bawak adiah, aku rasa segan ar datang makan je.


tadaaaa dah siap bungkos...reben tu jek RM4 hehe..Comel!
berangan nak pi JB dah ni..excited.

teringat dulu dulu - masa lepas putus cinta, sahabat penah ucap kat aku.... " aku dah tutop buku, takan bercinta lagi...". Tuptup 20 March 2010... sahabat tabur kad kawen. Apo nak di kato?

Jodoh pertemuan ajal maut...Rahsia Allah...bukan manusia.






Sunday, March 14, 2010

Lepaskan, Maafkan

Aku telah kongsi cerita kepedihan dan kelukaan yang aku rasai dengan teman teman.
Aku rasa lega.



"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

Thursday, March 11, 2010

Perempuan mesti cantik sampai Mati

Wajahku sebelum experimen di jalankan
- Nak jadi duta Cocoa collagen Power Plus layak? -



Rasa macam dah lama tak menulis kat sini. Heee...Aku bukan la sibuk sangat dan bukan la tak sibuk langsong. Tapiiii sejak balik bercoti makan sea food di Bagan lalang dengan teman teman hujung minggu lalu mengingatkan aku kembali supaya lebih banyak menikmati keindahan kurniaan Ilahi daripada terperap dalam bilik menjahit manik mengejar wang ringgit hasil jahitan manik semata mata.

Best giler lepak tepi pantai...oh kulit pun sudah mulai TAN. haha

Angin sepoi sepoi meraba pipi aku petang itu masih aku rasai...gelak ketawa bersama teman teman masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Gambar-gambar aku belum sempat nak collect dari juru foto juru foto amatur untuk di kongsi bersama.

Pesta belon panas 20 march nanti bakal jadi activity seterusnya...gitula kata teman teman, tapi aku terpaksa tarik diri. Ada kenuri perkahwinan sahabat semasa di university dulu harus aku hadiri 20 Mac nanti di JB.

Berbahagia la korang yek di pesta belon panas. Aku nak pegi jugakkk. Uhuks...

Ha'ah, hari ni aku rasa Mood aku Elek.Lepas masokkan baju baju kotor ke dalam washing machine tibe tibe...macam ada mood sikit baik la terasa nak berkarya...karya taik....terasa nak menulis.

Actually, hidup aku lately terasa macam pelik...
apabila hidup ini terlalu aman, aku rasa bosan.
apabila hidup ini terlalu chaos, aku rasa macam nak pengsan.
Pelik pelik...
Bersyukur la nakkkk....Beduk! bunyi kotak terhempas di meja kerja office ku petang semalam.Produk kecantikan yang aku tunggu tunggu sampai jua. Yeay!



Di usia mencecah 40 tahun tak lama lagi nie...Halamakmk! woweeee rasa risau la dengan masalah seperti masalah kekenduran kulit,kedot kedot, kemantapan, ke anjalan dan kemontokkan semua nie... :)). Lepas minum camporan biji kopi dan koko ni harap harap kulit aku lebih bergebu gebu.

Bile belek belek balik sebuah buku tulisan Dr HM Tuah iskandar...aku teringat ayat tulisan Doktor, bak kata Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj..."orang perempuan ni suke sangat risaukan bende bende yang dia ada..belum lagi risaukan bende bende yang dia belum ada...contohnya, BMW 7 series, 18 billion dalam akaun la, banglow mewah di South Beach la".

Haahaahaa...aku kalau verangan memang A.

Dr ada berpesan dalam sebuah buku bertajok, kalau nak jadi, JADI..."dalam hidup ni kite tak perlu risau kan apa apa...semua kejadian Allah itu di ciptakan cantek seadanya, cantek di mata orang ini, tak semestinya cantik di mata orang itu...so buat apa la nak risau risau. Tenang tenang saje"



Monday, March 8, 2010

ke Bagan Lalang



sepanjang perjalanan ke Bagan Lalang ada banyak nyonya jual buah naga...
singgah rase...manis!

buah kegemaran aku tahon nie

pokok buah naga

buah naga di baja dengan baja organik...nyonya yang kata

buah cinta aka passion fruit

orkid - tak jual punya -

Semalam, malam...

Sahabat tegur aku di YM. Sahabat meluahkan perasaan tak puashati tentang sikap seorang teman...tak pasal pasal, aku yang menjadi pendengar...aku aku sekali sahabat "tembak"
Tak pasti pulak aku kalau kalau niat sebenar sahabat mengungkit tentang sikap sahabat yang satu itu ... sekaligus mahu meluahkan perasaan ketidakpuasan hati yang terpendam terhadap sikap aku.

Dalam masa yang sama sahabat "tembak" kat aku jugak. Aku terasa dengan kata kata dan bidalan di hamburkan sahabat pada ku ...Argh!!sakit giler luka dalam hati ini. Aku tarik nafas dalam dalam...terketar ketar jemari ini menahan kemarahan, tak pe...sekali sekala nak tembak aku, aku terima. Aku kecewa ...kisah lama diungkit semula...Haih!

Hati aku pedih dilukai. Harap maklom.

SeLepas dah luahkan segala yang terpendam agaknya selama ini, sahabat mungkin terasa bersalah kerana terlalu berkasar denganku. Sahabat tibe tibe ajak aku ke Bagan lalang esok tengahari..."jalan jalan, makan makan dan amik gambar" kata sahabat.

Dalam hati..." dia ni pujuk aku ke hape...?" Aku cuba amik yang jernih saje.

Memandangkan aku pun suke berjalan jalan, aku sahut ajakan sahabat.

Aku nampak Zana online...aku terjah.
Aku : "zana jom pi Bagan lalang esok. Jalan jalan, makan makan posing2."
Zana : "bole jugak, pagi saya mop rumah, kalau pergi tengahari then balik petang...saya ok"

Semalam...
pagi pagi lagi aku dah hantar sms pada Zek, pastu kat Ejols pastu kat Ayom. Kawan kawan yang aku boleh bawak bicara apa saje...

Z balas : "malas nak keluar ari ni, kereta ayah pakai, korang henjoy la yek"
Aku : ok
{{{Aku memang tak suke orang guna perkataan MALAS. hahahahahaah Aku jadi MALAS nak layan.}}}

E balas : " kezen aku kawen kat Gombak, aku kena jadi pengapit...sape lagi pergi?"
Aku : "so far, aku zana, ayom ..isk malas plak si z ni. nyampah haku"
E balas : "ko suruh je zana ayat, sure cair punya"
Aku : "yea sudah"
{{{zana adalah bahan pencair Z}}}

Ayom balas : "ada wedding beb"
Aku : "Ala kite pegi makan seafood,ketam, udang, ikan bakar, sotong... posing2 amik gambar"
Ayom balas lagi : "Alamak teruja aku, makan seafood lagi best dari pada makan lauk kenuri kawen....IKOTTTT!!!"


Kawan kawan sudah termakan umpan...yahoo.Ehekz;))

Tepat jam 1 tgh, aku dan sahabat2 dah di jemput si pemilik Livina Lavida Loca...usik mengusik, gelak ketawa macam biasa. {ha'ah macam biasa...luka semalam masih berdarah lagi oh Tuhanku hanya kau Maha Mengetahui...}

Aku sangka kami teros ke Bagan lalang, tapi kami tersidai di food court percint 9 makan tengahari. Kenyang perot baru best suke suke hati kan.Belom habis nasi masok ke molot, si zana dan sahabat suruh aku beli apam balik garing. Bole? Nafsu kalah gajah...hahaha.






Sunday, March 7, 2010

Tahniah Diana

6th March 2010 Bertunang sudah...
14 Jan 2011 - nikah
15 Jan 2011 - sanding.

- Semabok bertemu Selayang -

Tahniah buat Diana & Zaidi.

Bagai pinang di belah dua gitew.




Saturday, March 6, 2010

Kata kata kamu Bisa

orang selalu kata...
Yang benar itu bisa...Yang benar itu pahit.
Pahit cam peria.
Tak sedap langsong rasanya!



adat berkawan...biasa le.

Hati ini tertusuk pedih oleh kata kata kamu malam tadi.
Kamu perlu tahu, kamu perlu fikir ....bahwa sebelum kamu berkata kata...

bukan kamu sahaje dalam dunia ini sensitif...aku pun apa kurangnya.
bukan kamu sorang saje dalam dunia ini punya hati...aku jua ada perasaan.
{{{{{Ada sesetengah perkara tak sesuai di bawak bicara dalam YM brother.}}}}

Nasib baik...nasib baik
Aku ini di lahirkan penyabar, tidak mudah melenting.
Sifat arwah ibu aku warisi rupanya.
Sabar itu Iman & Amarah itu Syaitonnnn.
Mungkin kini aku semakin dewasa.
Mungkin kini hati ini lebih tabah menerima tegoran dan kritikan.
{{{{Lantak kamu la nak kata apa...aku dah mintak maaf beribu kali, kalau ko tak reti nak maafkan...apa la guna mohon maaf sejuta kali pon kan.}}}}

Aku terima, aku bersyukur Allah curahkan padaku ke tabahan ini.

Tiada siapa yang kata hidup ini Mudah.
hari ini aku kenali kamu...sebagai...
bukan kamu yang biasa...kamu yang luar biasa.

kamu yang keras hatinya....
kamu yang sensitif rupanya...
kamu yang agak complicated dan kritikal dalam pemikirannya
kamu yang mengungkit kisah lama
kamu yang masih belum mampu melimpahkan kasih sayang,
menerima kekurangan diri sesama manusia.
{{{{ kroniknya la hati kamu yea }}}}}

Nasihat aku,
MAAFKANLAH...
Andai kamu memaafkan
Hatiku ini tak perlu rasa sakit tertusuk duri oleh kata kata kamu.
LUPAKANLAH...
Andai kamu melupakan
Minda ini tak perlu tahu bahawa pemikiran kamu sekritikal itu rupanya.

Aku tidak salahkan kamu meluahkan perasaan terbuku dalam hati kamu,
minda kamu,
tangan kamu,
hati kamu jua terluka sewaktu aku berjanji pegi ke rumahmu suatu waktu dulu...
dah lama la wehh....

aku tahu...
ye aku akui, aku pernah melakukan kesilapan dan kesalahan membatalkan niat asalku di saat2 akhir.
kadang kala perkara berlaku padaku bukan ku pinta waktu dan saat nya menimpa.
Aku harus memilih antara 2. Kadang kala aku terpaksa...

Aku manusia biasa... aku tak berdaya, untuk kamu... aku tak mungkin berada di 2 tempat dalam 1 masa yang sama.
Aku manusia biasa...aku tekad , demi keluarga, orang orang yang aku cinta...aku mungkin gagah berada di 2 tempat dalam 1 masa.


Aku hanya mampu mohon maaf atas ketidak mampuan aku,
aku tak bisa jadi manusia lain kecuali diri ku sendiri.
Terima kasih kerana masih sudi bersuara dengan ku semula.


"Aku mungkin akan lupa kata kata kamu tadi, tapi kamu mesti INGAT...
aku tak mungkin lupa rasa BISA yang kamu lemparkan malam ini"