di mana HAK pengguna dalam keadaan aku ini?
Tulisan ini berniat untuk berkongsi panduan dan tauladan buat pengguna MAXIS broadband Malaysia.
Yang tak bagus haruslah di perbaiki segera.
Yang bagus seharusnya di PUJI. Jangan kerana kamu dominasi Telco negara, buat keje ala kadar saje.
Kalau kes macam aku ni jadi pada diri korang? Apa korang buat?
Aku gunakan KUASA BLOG sebagai langkah pertama.
***
Hari rabu minggu lepas...
aku ke PKNS Bandar Baru Bangi...ada booth adik manis menjaja MAXIS broadband.
Aku yang menghadapi saat getir pengunaan internet di office sign up dengan pakej terbaru di tawarkan.
RM58 sebulan dengan 3G speed 7. berapa ntah aku tak ingat.
Bill akan di hantar pada setiap 14hb seperti tertera pada borang yang aku signed. Pakai dulu baru bayar. Activation dalam masa 24 jam.
Katanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Di Booth Penjaja MAXIS lokasi PKNS Bandar Baru Bangi
Akak "kalau akak nak guna pukol 3pm petang ni bole?
Adik penjaja "" boleh , tapi saya kena call ..call centre untuk activatekan la kak, akak kasi IC dan Company ID..sebab ni pakej koprat"
Akak yang kecewa "akak tak bawak IC, bole tak akak emailkan saje pada adik sekejap lagi. Nak pergi lunch dulu"
Adik penjaja MAXIS "boleh, ni email address saya, ni no telefon saya"
Aku dengan senang hati membawa balik MAXIS broadband ke office. Di office aku emailkan kepada beliau document yang di perlukan untuk process seterusnya.
Aku pon kerja kat Company Services...jadi aku paham makna PROCESS sangat2.
Kalau dia kata dia boleh activatekan pukol 3pm ...tepat jam 4pm aku cuba cucuk. Merah sahaja lampu yang terpamer di hujung broadband. Merah tu tandanya dah ACTIVATE kah?
Of course BELOM.
Bersangka baik...tanamkan rasa sabar dalam hati.
Aku anggap sahaja broadband aku belum di aktifkan sebab mereka sibuk....sebab mereka ada kerja yang LEBIH penting daripada activatekan aku punya broadband...sebab mereka belum makan sejak dari pagi tadi.
Hari Khamis,
Aku buat follow up apa bila pagi pagi lagi aku dapati broadband aku masih lagi menyala warna merah.
Aku sms adik penjaja " Maaf kak, terlalu banyak application yang kami terima. Borang akak sedang di process "
Tak mahu menyakitkan hati sendiri...tak mahu menyakitkan hati adik penjaja MAXIS.
aku sabar menerima jawapan dari adik penjaja MAXIS.
Hari Jumaat yang mulia.
Aku sms lagi adik penjaja MAXIS.
Aku | Dah nak masok 72 jam ni dik? Bape jam lagi akak nak kena tunggu? Tanye aku kepada adik penjaja MAXIS.
Adik penjaja MAXIS balas ''Akak tolong call call centre,
Boss saya kata dia dah activatekan. Orang lain punya dah ok je kak" balas adik penjaja.
Aku dengan kesabaran yang semakin menipis, "'adik tolong bagi akak no call centre...akak kena mengadu kat sana plak la yea? '
Adik penjaja MAXIS '1-800-82-2000, maaf yea kak saya tak tahu sangat bahagian teknikal ni sangat''
Dengan lancarnya aku mendial
1-800-82-2000,
di hujung telefon akan kedengaran suara robot perempuan berkata kata...
Sile tekan 1 untuk Bahasa Malaysia,
Perbualan anda mungkin akan di rekodkan untuk tujuan training dan bla bla bla...
di hujung telefon akan kedengaran suara manusia ...betol betol manusia kali ni.
Magen 'Hellow, Saya MAGEN , apa yang saya bole bantu? suara call centre support menjawab.
Akak 'Nama saya bla bla anak bla bla...akak beli broadband
hari rabu 12 october 2011, adik tu kata dalam masa 24 jam boleh activate,
hari semlm khamis 13 october 2011akak dah buat follow up, dia cakap BOSS dia kata dah activatekan, akak try try masih tak activate jugak,
hari ni
dah masok hari JUMAAT 14 october 2011 budak tu tipu ke BOSS dia tipu dia ke...akak kena tipu ni? macam mana ni MAGEN?
Magen 'Bole akak bagi account no?
Akak yang dah mula naik HIJAU '' Account no? Kat mana nak tengok?''
Magen 'Akak cube bagi serial number? Saya checkkan''
Akak yang dah mula naik HIJAU 'Akak 98973075957575 apa lagi number u nak? Dah nak masok 72 jam ni macam mana?
Magen 'Saya dapati tiada account akak di sini. Akak cume ada 1 account saje yea''
Akak yang dah mula naik HIJAU ' Jadi betolla BOSS dia tipu saya...kata dah activate. Kalau tiada account saya dalam system kamu....macam mana dah activate?
Magen "Akak bagi no telefon akak pada saya, saya check dan activatekan. Saya akan call akak sekejap lagi...saya akan call akak sekejap je lagi
Dua kali ok repeat kata nak call aku balik.
Hari ni Sunday ...16 October 2011.
Telefon tak berdering pon dari mana mana call centre MAXIS.
Nak kena buat aduan kat Balai Polis pulak ke?
Tulisan ini berdasarkan pengalaman di lalui penulis sendiri.
Sebelum tindakan lanjut yang lebih berat aku nak buat.
Cepat2 la ACTIVATE kan broadband aku yea MAXIS.