Friday, September 30, 2011

Syria ARAB kami jual di gemari ramai

Sejak hari Rabu...
Dugaan ujian datang silih berganti.
Mungkin ramai yang melihat kami, seronok meniaga dapat duit tiap tiap hari.

Tapi

mungkin ramai juga yang TAK DAPAT melihat kami, tersedak2 masa makan nasi sebab terkejut kejut dengan berita yang kami terpaksa tempuhi.

1. stok baru yang aku tunggu tunggu, tak dapat aku genggam sebagaimana hajat di hati.

CEO " Petang ni amik, nanti hakak nak snap gambo siap siap dah boleh publish pada customer.
Sms akak bila dah sampai rumah yea.." atur cara aku berikan pada adik manis merangkap pegawai stok

Petang khamis...
"Kak, pembekal demam. Dia kata esok saje. " balas pegawai stok.

2. Jumaat...
CEO " Stok baru ko pi amik pkl bape?"
CEO 2 " Petang lepas habis kerja."
CEO " Ok, dah sampai rumah sms akak, akak pegi ambil"
CEO 2 "Kak, anak pembekal pulak demam hari ni. Dia kata minggu hadapan sahaje. " balas adik manis.

3. Jumaat , petang sikit
CEO 2 " Kak, customer kata tudung tak dapat lagi...mana copy tracking number pos laju?
CEO " Ada kat office..dalam drawer. Akak nak buat filing kunun pegi la check kat sana"
CEO 2 " dah amekkk ..patutnya sampai pada customer hari ni"
CEO " GLUP sorang sorang kat rumah sambil makan cekodok udang"

Well...
asas dalam menjalankan perniagaan...
Dalam apa apa perniagaan pon,
tak kire la..perniagaan nasi lemak bungkus ke,
perniagaan jualan langsung COACH tanpa butik ke..ehiks :))


pasti ada ribut taufan yang melanda.


Sebagai penjaja aku hanya mampu bersabar tahap dewa mengawal keterujaan dan risiko2 yang tak banyak, sedikit pasti ada melintas sekali lalu.

Dalam saat saat camni...aku setuju dengan kata kata ilmuan...
Sabarlah dalam BERSABAR. 
Banyak banyakkan berdoa.
Jangan gopoh, { kadang kala apa yang kite mahu lambat dapat, kadang kala cepat , kadang kala Allah jauhkan dari sebarang kemudaratan }
Jangan sombong. { banyakkan berdoa, usahlah sekali doa sahaje...pastu apa yang kite hajati tak dapat kite sombong tak mahu lagi berdoa memohon kepadanya...mana ada ubat mujarab sekelip mata kan.....kite tetap kena sapu dua tiga kali jua...baru mujarabkan..sama lah jugak dalam berdoa... }

Alhamdulillah...
dah dekat dekat nak senja..aku terima sms dari adik manis pegawai komunikasi dan stok

pegawai komunikasi melaporkan"Kak, customer dari Perlis kata Tudung sangat BEST!!! Fabric dia pon syok...sangat suke! "


Syukur sangat ke hadrat Illahi aku di berikan peluang menikmati kegembiraan di kurniakan hari ini.
Motto minggu ini  " Kepuasan pelangga adalah kepuasan JUMAA jugeeee" .

Bole gitu? :)

Hey u! jangan lupa LIKES JUMAA


Thursday, September 29, 2011

He makes his daddy CRY


bapak ikan lagikan sayang anak dia..
ini lagi la manusia.

***


Korang tengok Berita jam 8 pm tadi?

Sedihnya.
Aku pun naik sedih tengok pakcik sedih.

Anak dia...

Dia sebangsa dengan aku, seagama denganku jua agaknya.
Dia berasal dari pantai timur sanuun, orang belah belah sana kan cukop didikan agamanya aku rasa.
Dia sihat tubuh badan.
Dia ada degree in Marketing.
Dia jual dadah.
Dia buat ayah dia nangis

Dan


Ayah dia masih peluk dia.

Arghhh
hati aku sakit betol melihat aksi tadi.Rasa nak mencarut jek tengok muka dia.
Aku tak tahan lihat orang tua bernama IBU BAPA menangis, menahan kesakitan..fizikal atau jiwa.
Aku tak tahan & aku rasa nak PANGGG mahluk tu.
Nasib baik, dia bukan adik aku.

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
"(Surah Luqman ayat: 14)

Favorite word of the week : PANGGG

Sekian.


Wordless Wed : Posted Thursday...Aci Tak?

Heee...





Colour Blocking by JUMAA

Wednesday, September 28, 2011

Telah di ciptakan kamu secantek canteknya


Ahaa...Masih tak percaya?
Akak terkejut lagi sekali petang tadi apa bila akak amik tudung syria ARAB dari tukang bekal..

berbual bual dengan tukang bekal...beliau berkongsi kisah ragam customer ..
ada yang tibe tibe tak kenal tak ada taufan..terus menghembur kata pahit peria pada dia...

" asyik tudung ni je..boring..jual la tudung  lain..." pengomen.
"dia tak pernah pon beli tudung dengan aku Ly..." sedih suara si pembekal yang sarat mengandong 3 bulan.

Ada pulak yang berkisar...

" Muka aku bulat tak cantek pakai Syria...makin bulat, muka aku dahi jendol...huduh pakai syria Arab,
jadi rupe Jawa jendol...muka aku..hidung aku...pipi aku..dagu aku...aku nak cucuk botox la kasi tirus..." pengomen...

"Tak baik cakap macam tu...badan dan wajah kite ni kan Amanah Allah...kena la jaga baru la cantek" balas pembekal tadi..

"Alaaa nak jual tudung tak payah la nak emosi, kalau nak emosi emosi baik tak payah menjual" balas si pengomen.

ERK!

Well...
manusia memang macam macam ragam, 
suke tak suke...memang kena hadap bahawa manusia juga memang...
macam macam cite rasa...macam macam tak puas hati...

bukan jugak hakak lola cube membongkak diri mengatakan diri sempurna berkeyakinan diri tahap tinggi..bukan..

Tapi...

Jauh di lubuk hati akak lola yang dalam...
Akak lola kesian....akak lola simpati...
kerana masih ramai lagi antara kite yang tak yakin,
tak percaya
ntah la...tak tahu nak cakap guna perkataan macam mana...

{ dulu dulu masa kak lola masih belum bertudung ini juga salah satu faktor kak lola tak  mahu bertudung sopan macam sekarang...rasa tak cantek...padahal.... }


MasyaAllah...

Apa bila dah bertudung...ntah tersedar dari leka ke ...hentah di simbah dik hidayah...

bahawa...
kalau kite pakai tudung apa jenis sekali pon,
tudung bulat...muka petak,
tudung bujur,  muka tirus,
tudung leper, muka bulat besar dulang
tudung Arab....muka kemek
tudung kerawang,
telekung...
bentuk wajah kite sebagai manusia memang maintain cantek.
.
Kite di ciptakan dengan sebaik baik dan secantek cantek kejadian
Wajah kite kan wajah ciptaan Allah yang maha penyayang ...
Masih tak mahu percaya kah?

mana mungkin bentuk muka bulat jadi huduh kerana  jenis tudung yang di reka ciptakan oleh manusia juga?
Isk...ada pulak sesetengah tu...dah cantek...tak puas hati jugak
Pegi cucuk cucuk botox pulak kasi bentok tirus.
Adesss
Seram sedih sadis lah hakak mengenangkan sikap manusia abad ini.

Kadang kala kite terlepas kata dalam sedar...ntah tak berapa nak sedar kut ke tak pikir masa berkata kata,

Astarghfirullah banyak banyakdulu adik adik...
kadang kadang kite tak perasaan bahawa kata kata yang keluar dari mulut kite secara tak sedari sebenarnya mengadili ciptaanNYA yang maha esa

Tanpa menghemburkan perkataan maki hamun pon...kite sebenarnya telah ....isk! Ampon kan aku Ya Allah.

Astargfirullahalazim...
kepada yang baru cube cube nak pakai tudung, MYJUMAA ada yang anda cari.
Sekali sarung...simple dan anda masih tetap nampak sweet.
Percaya lah ...Lillahi taala






Sunday, September 25, 2011

Nasi Lemak sambal Udang Arwah Mak Teh

Sebelum ke kenduri kahwin anak sepupu aku di Ampang semalam.
Aku carik sarapan buat alas perut

Aku pergi kedai kakak biasa masak sedap tu..Allahhhh. Tutop pulak.
Dah kaya gitu la orang kite...tak bukak kedai. Hari sabtu pagi kedai tutop. Apakah?

Aku kehadapan taman perumahan...
terpandang adik manis menjual di sisi jalan raye. Bagi signal tepi...zassssssss aku parking kete ku ke tepi.

Di celah celah keenakan warga taman masih di ulit tidur...
aku dah di ulit lapar nasi lemak...HEEE

"Nasi lemak berapa, mee hoon berapa dik?" tanye aku sambil mengorek duit kecik dari wristlet tergantong di lengan tangan.

"Mee hoon biasa...Rm singgit...Nasi lemak Kosong RM seringgit...Nasi lemak berlauk RM 3 ringgit kak" detail adik manis menjelaskan satu persatu

"Terima kasih" balas ku sambil menghulur note merah sepuluh ringgit padanya.

"Tige 3 dengan seringgit ...7 ringgit kak.Terima kasih ye kak" balas adik manis sambil memulangkan baki tanpa melihat kewajah sayu ku pagi itu.



Mee hoon kosong RM 1/= {ada sambal..macam mana dia kire kosong ek? ..hmm}
Aik!Telor rebus ?
sendiri rebus kat rumah.hahaha..
Mee hoon sedap. 


Nasi lemak berlauk katanya...sebab ada daging goreng.
Nasi lemak tak rasa lemak,
sambal tak rasa sambal,
daging goreng rasa manis.
Kacang dan ikan bilis memang aku tak mahu...sebab aku allergik.

RM 3 ringgit.

Hidangkan tersedia atas meja buat encik suami.
"Sedap bang nasi lemak?" tanye ku pada encik suami yang memang tak makan pedas.
"Sedap" balas encik suami yang aku percaya lapar selepas bangon pagi.
"Orang rasa rak sedap...tawar hebey...sambal manis, daging goreng manis, nasi lemak rasa nasi kosongjek..RM 3 ringgit " balas ku separuh tak puas hati 
" Bersyukur la Ly" balas encik suami melayan kerenah bebelan ku.

Erk!
Aku terus insaf...sekejap
adakah nasi lemak bungkus di tepi jalan di jual sewaktu aku menuntut di Amarika?
Tak ada.
Terkenang anak buahku yang sedang menuntut di New Zealand saat ini. Dapat kah dia nikmati nasi lemak bungkus di sana? Rindukah dia pada negara sendiri?


Hanya Tuhan saje yang tahu.

Mengenangkannya...memang aku menangis kerinduan nak makan nasi lemak tepi jalan di sana dulu.
Dah ada depan mata, aku komplen pulak tak puas hati sana sini.
Adoilaaa manusia...

Tapi aku tetap...

Teringat nasi lemak bungkus sambal udang berharga 50 sen Arwah mak teh. 
Walaupon hanya 50 sen tapi rasa nasi lemak di bungkus daun pisang...di sertkan sedikit hirisan timun dan keenakan sambal udang
tanpa kacang dan ikan bilis goreng itu masih dalam ingatan aku ini.

Kenapa la tak boleh jual nasi lemak tu biar la rasa nasi lemak betol betol..
Kasihan saya ...dah la tak rasa nasi lemak, rasa tertipu pun ada. Uhuks!







Saturday, September 24, 2011

Bekerja Kerana Allah

Semalam..


kasihan aku melihat anak anak muda berlepakkan di tepi parit tak tahu nak buat apa selesai waktu kerja,
kasihan aku melihat anak anak dara jelitawan sekarang cukop harta benda wang ringgit tapi masih mengeluh kesah menanggung rasa bosan tak terhingga dalam dada...
kasihan aku melihat ibu ibu yang tak cukop masa bekejaran sana dan sini mengejar waktu mengambil anak, membeli ikan di pasar, balik ke rumah menukar tanggungjawab menjadi isteri nak kena memasak pulak.


Tu apa yang aku lihat...


Hari ni...


Lepas sarapan pagi...hari sabtu macam hari ni, 
aku memang banyak habiskan masa dengan membaca. Terlentang atas katil bertaburan buku sana sini.
Tak kire la apa pun bahannya..


Dari baca buku cerita, 
baca wikipedia kejap, 
baca news paper lama,
bacaan buku2 motivasi dan buku masak2..
gossip2 online semasa artist pon aku baca.
Itu pun sebab tibe tibe aku rasa mood membaca aku memuncak tinggi pagi pagi bute ni.


Almaklomla, lepas lepas hari raye...lama sunggoh aku jauhkan diri dari bahan bacaan.


Antara yang membuatkan aku ternganga membacanya pagi tadi...Kisah Hati seorang pemandu Teksi.

*******************************************

“Tanda ikhlas itu…, kata Sayidina Ali, 

“ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal. 

Dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkannya. 

Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah mu tetap sama.”



***********************************************************************



HATI SEORANG PEMANDU TEKSI…
Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.
“Kenapa masih bekerja Pak cik?”
“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.
Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.
“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.
“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.
“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.
“Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek.
Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya. Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.
“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”
“Gembira. Pak Cik tak ada kepandaian lain. Inilah sahaja kepandaian Pak Cik. Bawa teksi. Dengan cara inilah sahaja Pak cik memberi khidmat kepada manusia lain,” akuinya terus-terang. Hebat, inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. yang selalu disampaikan oleh para ustaz,  sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.
“Awal Pak Cik dah keluar? Lepas Subuh terus bekerja?”
“Pagi-pagi ni murah rezeki. Pak Cik suka mula awal tetapi habis awal. Malam boleh tumpukan kerja lain.”
“Malam pun Pak Cik kerja juga?”
“Bukan kerja… Pak cik ikut kuliah-kuliah agama, belajar tajwid semula dan kadangkala ikut dalam majlis zikir. Itulah kerja Pak Cik yang dah berumur ni.”
Subhanallah, sekali lagi Pak Cik ini mengamalkan apa yang disebut dalam Al Quran fa iza faraghta fan sab’ – maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain), maksudnya selesai satu ibadah, kita sambung terus dengan ibadah yang lain pula. Tidak ada istilah rehat yang hakiki di dunia. Kita beribadah ‘around the clock’ – sepanjang waktu. Rehat hanya di syurga.
“Pak Cik dulu mengaji agama di mana?” aku terus mencungkil.
“Pak cik tak pernah mengaji agama secara rasmi. Dulu sekolah kebangsaan sahaja. Apa yang Pak cik dapat hasil mendengar sahaja. Mengaji dengar-dengar, kata orang. Kadangkala di masjid, di surau, dalam radio atau melalui perbualan-perbualan biasa.”
“Apa yang Pak Cik cari  semasa mengaji secara dengar-dengar tu?”
“Pak Cik pegang satu sahaja, bila dapat kita terus amal. Baru ilmu tu berkat.”
Aku senyum. Memang luar biasa Pak Cik yang kelihatan biasa-biasa ini. Aku mendapat berita Pak Cik ini pernah memulangkan wang berjumlah RM 5 ribu yang tertinggal oleh penumpang dalam teksinya. Pernah juga dia bergelut dengan lelaki yang cuba merompak teksinya. Keberanian, kejujuran dan istiqamahnya menjaga solat jemaah sangat aku kagumi.
“Sekarang ni mudah dapat pelanggan?”
“Ada kala mudah, ada kalanya payah. Tak menentu. Sekarang ni susah nak jangka.”
“Kalau pelanggan tidak da bagaimana?”
“Tu, CD kuliah-kuliah agama. Pak Cik habiskan masa dengan dengar kuliah agama. Kalau letih mendengar Pak Cik cubalah zikir sedikit-sedikit. Rezeki tetap ada. Tidak dalam bentuk duit, kita dapat dalam bentuk ilmu.”
“Pak Cik sihat? Tak da sakit-sakit?”
“Sakit tu mesti ada. Badan dah tua. Lenguh-lenguh, sakit urat. Tetapi yang berat-berat tu tak adalah. Alhamdulillah.”
“Pak Cik makan makanan tambahan? Food supplement?” jolok aku.
“Tak da. Pak Cik cuma jaga makan dan joging. Tubuh kita ni bukan kita punya… kena jaga baik-baik.”
“Eh, Pak Cik, sepatutnya yang kita punyalah kita kena jaga baik-baik.”
“Tak tahulah Pak Cik. Tapi Pak Cik anggap tubuh kita ini amanah Allah. Bila amanah, kita perlulah jaga baik-baik.”
Terkedu aku dengan jawapan itu. Dalam hati aku mengagumi orang seperti Pak Cik ini. Orang tua yang ‘simple’, tenang dan punya prinsip yang tepat dan jelas dalam hidup. Dia bukan sahaja memandu teksi tetapi dia benar-benar memandu kehidupannya. Individu yang dianggap marhaen ini rupanya punya ‘hati emas’. Isi cakap dan sikapnya semuanya Al Quran dan Al Hadis, walaupun dia tidak petah menuturkan ayat Al Quran dan lafaz hadis. Sesungguhnya, dia jauh lebih baik daripada para ustaz mahupun orang yang digelar alim, yang mulutnya berbuih dengan ayat Quran dan Al hadis tetapi praktik, hati budi serta gaya hidupnya berbeza dengan ayat Quran dan Al hadis yang menjadi perhiasan lidahnya!.
Kisah Pak Cik pemandu teksi ini mengingatkan aku kepada budak gembala kambing yang diuji oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar Al Khattab di tengah padang pasir. Apabila Sayidina Umar mengatakan bahawa tuan punya kambing tidak akan tahu jika budak gembala itu menjual seekor kambing secara senyap-senyap, budak itu lantas berkata, “kalau begitu di mana Allah?”
Begitu juga dengan kisah seorang gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang dijualnya walaupun disuruh oleh ibunya berbuat demikian.
“Kita tidak boleh mencampurkan susu ini dengan air ibu. Amirul Mukminin Sayidina Umar telah melarang perbuatan ini.”
“Ah, kita di dalam rumah kita. Bukankah ini waktu malam? Umar tidak akan tahu,” balas ibunya.
“Tapi Tuhan Umar tahu! Allah tahu ibu.”
Kata-kata budak gembala kambing, “kalau begitu di mana Allah?”  dan gadis penjual susu, “tetapi Tuhan Umar tahu,” sesungguhnya bukan Al Quran dan bukan hadis tetapi rohnya, isinya dan mesejnya sejajar dengan Al Quran dan hadis. Itulah natijah pemikiran dan jiwa yang telah dibentuk oleh iman, lafaz kebenaran boleh jadi diluahkan dalam bahasa pertuturan yang biasa-biasa sahaja tetapi jika dicari dalil dan hujahnya dalam Hadis dan Al Quran, pasti ditemui.
Kembali kepada cerita Pak Cik pemandu teksi yang menjadi teman bual aku di serambi masjid selepas sama-sama mengerjakan solat Asar tadi.
“Pak Cik, apa yang paling susah sewaktu bekerja sebagai pemandu teksi ni?”
“Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan. Itu yang paling susah. Pelanggan maki kita, kita balas dengan senyum. Orang herdik kita, kita minta maaf. Orang cuba tipu kita, kita mengelak dengan baik.”
“Mengapa begitu Pak Cik?”
Dia terdiam. Setelah merenung agak panjang beliau berkata,  “ itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak… Kalau kita buat kerana Allah, Insya-Allah, kita boleh balas kejahatan dengan kebaikan. Atau sekurang-kurangnya tidak membalas. Kita diam sahaja..”
Sekali lagi Pak Cik pemandu teksi ini telah menuturkan hikmah yang pernah disampaikan oleh Sayidina Ali. “Tanda ikhlas itu…, kata Sayidina Ali, “ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah mu tetap sama.”
Dan sesungguhnya itulah juga inti pati ayat Al Quran, surah Fussilat: 34 yang bermaksud, “ tolaklah kejahatan yang ditujukan kepada mu dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”
Setelah bersalaman, Pak Cik pemandu teksi itu menuju teksinya.
“Ada janji dengan pelanggan. Assalamualaikum,” katanya, terus memandu teksinya dengan ceria. Aku? Aku terus duduk di tangga masjid sambil menghitung diri. Bolehkah aku meneladaninya? Bolehkah aku membalas kejahatan dengan satu kebaikan? Atau aku akan terus sibuk mencari dalil dan fakta untuk bahan tulisan atau ceramah sedangkan ada insan lain yang jauh lebih ikhlas telah mengamalkannya dalam kehidupan? Ya, alangkah dungunya kita kalau hanya sibuk menghafal nama makanan sedangkan orang lain telah memakannya? Begitulah perumpamaannya…


Kisah Hati Seorang Pemandu Teksi di ambil dari : Genta Rasa
Terima kasih ustaz atas nukilan ini. Hebat!

Friday, September 23, 2011

Agar Agar Seksi

oh ya Allah!
cantek molek kemain agar agar Abang kite nu.....malu ai.

tercabar sunggoh la aku bile lihat agar agar ayu dia...
dah la nampak je dah rasa GLUP sangat...
kreatif pulak tu....
memang sah berbakat hebat.

nak jugak di bandingkang dengan agar agar aku buat kan...

Agar agar aku buat masa aku persembahkan pada hari Potluck kompeni aku hari tu?
Allahu Akbar!
Masok perot senang hati jer rupernya...Kih.

cousin " mana agar agar yang ko banggakan tu ?"
Aku " tak sempat snap..dah habis hadam dalam usus dia orang...kihkih"

Gambar Hiasan : Agar agar makcik meri  buat bagi mengaburi mata masyakarat.
 :)) :)) :)) << gelak meleleh air mata nih...

Beberapa hari kemudian....
selepas gambar2 di hari majlis di edit cantek..

cousin " laaaaaaaa patut habis hadam...separuh loyang pon tak sampaiiiii Loyah oiii "
Aku " aku suke agar agar halus..."

Dalam hati aku { MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA }



Suratan atau kebetulan...

Di mana nak beli tudung SYRIA cantek?

Uik!
Harga berpatutan betol nih...



Hanya di MYJUMAA  ;)...buat apa membazir-bazir kan kalau bole berjimat...Ye tidak?
Boleh pakai dengan baju turqoise pekat, turqoise cair pon boleh.
Boleh pakai dengan baju hitam, puteh pon boleh.
Wah!

berbaloi2 ...betol tidak? Hee...

Aha! yang menariknya...team MYJUMAA adalah antara businesswomen yang percaya kepada fesyen muslimah moden yang praktikal, sesuai di pakai untuk macam macam activity tetapi tetap maintain elegent dengan harga yang sangat munasabah untuk semua golongan.

Apa tunggu lagi...jengukla MYJUMAA


Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wed | She call me Hijab Seller


My 1st Wordless Wednesday :)


Brown in Me.



Progesterone



Progesterone


adalah hormone penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau untuk mengekalkan kehamilan.


Perkataan progesterone" dalam bahasa Latin bermakna " menyokong" atau "membawa" bagi merujuk kepentingan ini.


Bagi mereka yang sering mengalami keguguran, dan telah di diagnosa sebagai mengalami tahap hormone progesterone yang rendah


ini menyebabkan lapisan endometrium { yang telah di tanam telur yang telah di senyawakan} akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutamanya di awal kehamilan.

dari page Dr Zubaidi.

***

Belajar 1 perkataan baru sehari tentang ...kehamilan.

Pst :: sahabat share a secret today with me...
"Im pregnant!"
Aku excited sangat sangat dengar news itew... tapi sahabat kata
"aku cuak sebab aku dah rase tak larat..betol betol tak larat"

Sekarang...Aku plak yang cuak ...







Tuesday, September 20, 2011

Makan makan makan dan makan lagi

Hellu...sekejap je dah masok hari Selasa.

Pejam celik pejam pejam pejam..eh! bangun daa...

Hari rabu menjelma tibe esok.

Ni nak share pasal kisah makan makan lagi dioffice kak lola pagi Isnin semalam.

Tak sempat nak share semalam sebab kemengantukkan selepas perot kenyang macam perot ular dapat tikus mondok sekor. Kah!

Antara aksi-aksi yang sempat kak lola snap di majlis Potluck Aidil Fitri di adakan setiap tahun..dah nak masok 10 tahon kak lola di kompeni ni. Alhamdulillah..kerja kat tempat mana mana pon sama yang berbeza ragammnya hanya la manusia.

Jom zassssssssssssssss aksi...:) {selalu org zassssssssssssss resepi la, menu la, kuih muuih la...or gossip2 kan..haku zassssssssssss aksi..Bole ke cenggitu?}

Setiap manusia kan cube ketengahkan KELAINAN...hakak lola nak jugokkk kan


PRAMUSAJI pramusaji yang beraksi menyiapkan juadah Aidil Fitri 2011.Kah! 
Pramusaji pon pramusaji lah...korang ada? Hahaha

{pssst! apa pasal aku nampak debab?...baju besorkah size badan membesor?}
Lantak kau.


Junior hakak lola ni ketua potong ketupat eh..nasi himpit.


Junior hakak lola yang ni plak hero potong memotong...kah! tgk gaya pon dah tahu..kekok.


Junior hakak lola celah pintu ni plak ..pemalu..tapiii ko tengok dia dpt makanan kang ..:)


Aha!! Kak lola bertudung merah..santek tak? santek? Ahaaks.me kasih :))
Oh! ye ye..kak lola dah singkatkan lengah baju tu....kalau dah depan periuk..lengan sampai ke siku la gamaknya...kang rosak labuci lip lap lip lap kat baju haku tu..kih!
. Lambat sikit je lagi...kalau x dpt terkam ikan tongkol nasi dagang tu..mulut kak lola sure dah ternganga..mengeluarkan laser. Nasib baik kakak senior di hadapanku beraksi pantas.
Kahkahah.

ok ok...selain dari nasi dagang...eh antara menu2 yang masok ke dalam usus kak lola ialah..

erk! chop! beri laluan iklan....
{huh! ada geng hok hok belah sana..duk ngutuk kata nasi dagang dok sedak..padahal atas pinggang dia penoh kemain. Nyampoh ! Mampoh x moh, komplen sokmo...}

ok, antara menu yang menjadi pilihan hati kak lola ialah...


Agar2 anggur makcik merry...Sedak sangak. Serius.


Satay WILLY..sedak sangat gok. Kat sebelah Hassan cafe Bangi 1 nuh. Sedak! Serius.


Apam dot dot pon sedak. Gebu comey sokmo.


Main menu..as usual..dah x lalu nak cite. 


Rendang ayam...Rendang rusa pun ada..tapi kak lola salah SNAP..kahkahkah.

Kenyang perot..ZZzzzZzzz. :)
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan melibatkan diri menyediakan juadah.
Alhamdulillah .

Kepada yang kaki komplen sokmo. Bertaubat dan bersyukur la nakkkkkkk
PS : tak baik cakap bende bende yang tak manis...pasti ada hati yang terluka.
korang tak belajar lagi ke ?




Sunday, September 18, 2011

Birthday Party Fawa

Selamat Hari Lahir Anak buahku....

Semalam 17th September 2011 adalah hari lahir anak buahku yang ke Dua puloh toooott..Heeee.
Aku hanya mampu mendoakan kebahagian dan kehidupanmu di berkati olehNYA yang maha ESA. Amin

Bile nak tawen? {Soalan standara la kan dari makcik makcik...Oh Nooooo! im a makcik now????Erk!}

Oh! tunggu pakwe habis study Master yea. Bagus bagus..senang hati makcik, anak buah bersuamikan jejaka Malaya ada Master Kungfu...muahahaha ada gaji besor, boleh beli kereta besor, dan rumah besor.

kihkih...Mampus pengsan bakal anak buah aku mendengornya. :))



Meriah majlis open house plus birthday makan makan kat umah kakak semalam.
Kak long yang kebetolan nak menjamu selera dengan juadah Laksa Johor yang dah jadi tradisi kami...bawak pulak anak cucu cicit sekali. Setiap kali datang 4 5 buah kereta. Hamik kau.

Raye haji nanti kite BBQ kat kampong pulak yek!
Yeay!

Sejak menjak usia dah bertambah ni...hati aku bahagia apa bila di kelilingi oleh sanak saudara abang kakak dan seluruh keturunan Ja'afar's Clan. Kalau dulu masa bujang2...aku lebih gemar lepak melalak dengan kawan kawan, kini aku dah semakin berubah...keluarga tersayang adalah keutamaan ku.Oh yea! tanda2 usia dah menjejak senja ...:))

Meriah dapat usik mengusik anak anak buahku yang mengheret sama pakwe masing2.
Dalam gelak suke suki bergembire, aku selitkan jua nasihat dan amaran buat anak anak dara kakak2 ku agar menjaga diri dan maruah keluarga ketika bercinta.



Semuga kehidupan anak anak buahku di lindungi & di berkati Allah selalu hendaknya. Amin.

{risau aku dengan kes kes zina dan kisah2 anak anak remaja sekarang yang di cekup melintuk liuk di atas peha kekasih hati di celah pokok taugeh dalam malam gelap gelita walaupon usia hanya la mencecah umor 16 tahon...Selisih mintak simpang!}

Kenyang perut senang hati.Alhamdulillah :)





Friday, September 16, 2011

Tudung Bawal Manik ~ Harga Runtuh ~

Hellu ...hellu...hellu...

Masih ke sana ke mari hadiri open house ke korang?

Amboiii kemain bergaya eh posing dalam Buku Muka ...peace sana, herot sini, lompat sana...hahah macam macam Gaya!

Tak pe la...raya kan setahun sekali. Tayangkan la kegembiraan anda. Tapi ingat...suke suke jangan sampai naik LUKA yea. :)

hari ni  kak lola tak kemana mana..
kak lola busan busan duk saje saje cuti Hari Malaysia hari ni...
menjeling gambar raya adik adik manis ke sana ke mari...ala bukan apa..sambil tunggu Jelly Cocktail kak lola mengeras...kak lola tengok2 la color baju raye korang, tengok gaya posing ...tengok fashion kasut korang...tengok kuih muih di jamukan...tu jer. Tak ada la kak lola nak letak komen2 hangat kan suasana...tambah tambah bulan Syawal ni bulan yang mulia kan.

Toksah gossip lebih lebih yek.

Tapi kan..rata rata kak lola tengok...memang dah sikap orang perempuan agaknya...
Sebelum raye, beli tudung untuk di pakai masa bulan Puasa,
Nak raye, beli tudung nak pakai pada hari raye,
Lepas raye, beli tudung untuk hadiri Open House rakan taulan sahabat handai la pulak,
Tak raye pun, tetap beli tudung untuk ke pejabat, ke kelas tuition, bertemu rakan rakan seperniagaan.
Kan :)

dari situ...pasti ramai yang tak syak lagi...Dunia Tudung memang Indah....memang Luas hingga ke seluruh pelusuk dunia. Tak dapat di nafikan memang akhirnya zaman ini nanti Agama Islam  itu jua Agama kemenangan.

So sementara Syawal yang mulia masih ada ni...Meh kak lola tolong kabokan...untuk dapatkan Tudung Bawal Manik dengan harga yang runtuh ke babom...hanya

di MYJUMAA

sile klik klik sile.Free postage tu. Sapa nak bagi? Heee...



Minggu depan ada stok baru masok tau. Tak sabarnyaaaaa!!!
Selamat Hari Malaysia Yall.





Thursday, September 15, 2011

Jadual Waktu Padat Di Syawal 1432H


Minggu ni terasa cepat...

Semua pending work di office dah selamat kak lola siapkan.
Internal Auditor pon dah selesaikan 2 hari audit di team kak lola. Tunggu minggu depan sahaje nak kena mengadap audit findings...itu pun kalau ada. Puh kiri puh kanan...harap2 pecah la rekod kali ni tak ada findings.

Kiamat aku rasa.

Punya la sibuk, kak lola lupa nak makan tengahari tadi.
Patut la rasa kebuluran sampai rumah petang tadi. Kak lola terus singkatkan lengah kemeja. Masak roti telor.
Cicah dengan sos tomato.
Pergh lazat!

Telefon berdering...
kakak call..."sabtu nanti balik rumah yea...ada bla bla bla...singgah bla bla bla..beli bla bla bla.."
"Baiklah" balas adik pendek
Kakak " bla bla bla..kak Gayah pon nak balik jugak..bole la kite bla bla bla"
"Ok" balas adik singkat.

Tooot tooot incoming call pulak masok....
"Ahad nanti ko datang rumah yek, amik stok" suara cousin aku berkumandang di corong Blackberry
"Sabtu ko nak pegi mana?"tanye aku selamba.
"Open house, bukan sedara mara...tunggu Lily buat open house dia tak jemput2 aku pulak" cousin bagi aku sedas.
"Hahahaha hampas punya sedara!" kenakan aku rupenya dia.

Tooot tttoooo incoming call masok lagi...
"Ahad petang ko datang rumah yea...suami aku outstation ke Sarawak ..bole kite boraak2 ramai ramai" suara As di corong Blackberry.
"InsyaAllah...ko PM aku address ..nak kena  print MAP...lupa dah camne nak pi umah ko yek" balas aku pendek.

Tooot tttooot...
"Tahon depan nak order kuih Dahlia dengan lily...hari tu rasa skit sedap...boleh yea" kata kak T.
"ye ke...bole bole..nanti ly bawak dari Penang " balas aku pendek.

Beruban aku nak pikir semua bende dalam 1 masa la woi!!!
Selamat Menyambut Hari Malaysia Yall.


Dahlia...kuih raye kakak ipar aku kat Penang buat.
meh la order kalau suke!

Raye tahon ni tak habis lagi...dah ada orang tempah untuk raye tahon hadapan.
MasyaAllah.