Ini kisah hari Ahad jam 12 malam.
Waktu itu aku dah masok tidur. Aku seolah olah bermimpi...rupenya bukan mimpi.
Realiti.
Abang dan kakak iparku datang rupenya dari Kluang.
Hantar anak sulong lelaki kesayangan balik K.L selepas bercuti hujung minggu.
Ye anak kesayangan mereka , tumpang tinggal bersama ku saat ini.
"Wah! siap berhantar:...berdetik dalam hati...cemburu ke apa aku ni?
Bertuahnya budak budak zaman sekarang,
usia dah menjangkau lebih 22 tahon pon mak dan ayah yang hantar....
bersusah payah meredah gelap larut malam hantar anak balik KL dari Johor.
Nak kata cacat anggota. Jauh sekali.
Bas dan teksi kan ada.
Apa pasal la nak susahkan orang tua memandu jauh larut2 malam macam ni?
" abis malan ni tidor mana?" tanye ku pada Abg.
"Balik semula la..." balas Abg selamba.
Haih! Simpati pun tak guna...mungkin mak ayah yang nak manjekan anak kesayangan dia.
Ruang rumah dan bilik yang tak seberapanya ada di mahligai ku tak mampu untuk ku offer abang dan kakak bermalam di mahligaiku malam itu.
Dalam mamai berbicara dan membancuh kopi,
Aku terus di terjah zaman aku seusia itu, memikul bag besar kedaung balik ke ITM segamat dalam hutan tu semasa musim cuti.
Bas pulak dari Muar kemain penoh macam tin sardin padat dengan pengguna pengangkutan awam zaman itu. Bas buruk ok.
Tapi zaman tu, walaupon bas buruk...tak ada la kes kes kemalangan dahsat tertonggeng terbalik macam bas bas canggih dan cantek zaman sekarang ni. Salah bas ke salah pemandu bas?
Pelik jugak kan?
Dalam bas...
Terhuyung hayang la aku dalam bas memgimbangkan diri yang sekeping papan dengan beg sebesar rumah.
Nak kata aku pernah dapat tempat duduk dalam bas, aku rasa selama 3 tahun aku menuntut ilmu di ITM.
Aku tak ingat aku pernah dapat duduk dalam bas semasa balik dari bercuti.
Azab betol waktu tu rasanya.
Dengan bau tengit menyengit setiap kali lalu depan kilang getah. Phewwwwwwwww. Sampai sekarang terbayang kilang getah tepi jalan tu.
Aku tekad beli kereta sendiri bile dapat kerja nanti.
Azam pertamaku selepas tamat belajar dapat Diploma.
Berbekalkan Diploma, aku diterima bekerja dengan CitiBank.
Jadi balaci tukang kire uwang di kaunter dengan pendapatan Rm800 seingat aku. Macam mana nak beli kereta dengan pendapatan RM800?
200 bayar itu, 200 bayar ini, 200 bayar tambang, 200 bayar bill untuk sebulan. Habis. Simpanan? Alahai...semua masok ke dalam perot. Stress je makan, stress je makan. Belum lagi belanje main bowling dan berlibur bersama teman teman di hujung minggu. Alahai.
Perjalanan hidup ini telah di susun aturkan olehNYA.
Aku di takdirkan berbosskan Puan Liyana. Graduan university michigan dari Amarika memberikan kata kata motivasi setiap kali aku habis kerja lewat petang.
Sampai bile awak nak kerja macam ni?
Sampai bile awak nak jadi balaci saje?
Sampai bile awak nak makan gaji ratus ratusan ringgit saje?
Sampai bile sampai bile?
Dari kata kata beliau, aku terangsang...kerana dia aku melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Aku dah tak fikir apa apa. Misi aku hanya ke luar negara. Ntah, aku tak tahu kenapa zaman tu aku tak tahu nak melanjutkan pelajaran dalam negeri saje.
Yang aku tahu. Aku dah mendarat di Amarika.
Yang aku tahu. Aku balik Malaysia.
Aku mampu beli kereta.
Aku mampu beli macam macam.
Aku mampu tidak menyusahkan sape sape lagi untuk membawa aku pergi ke sana dan ke mari.
Setiap pengalaman yang aku lalui itu tidak mungkin dapat di beli dengan wang ringgit.
Semua kesusahan dan kepayahan yang aku rasai mengajar aku menghargai dan menghormati apa yang aku miliki dan sayangi hingga saat ini.
Pengalaman itu harus di rasai sendiri baru la ianya berkesan sampai mati.
******************************
Hari ini Hari Nuzul Quran.
Aku yang bertugas di dalam negeri Selangor bercuti, tapi suara sendu sedan yang aku dengari dari corong radio semasa dalam perjalanan ke office semalam ...
masih bermain dalam telinga ku hingga hari ini.
103.3 Suara Pak anil dan pemanggil rancangan pengalaman sedih di Hari raye Pak anil ke udara.
Masih terngiang-ngiang jelas dalam gegendang telingaku ini...
"Saya adalah isteri yang di gantung tak bertali Pak Anil.
Saya ada 2 orang anak.
Suami dah lama tinggalkan saya dan anak anak.
Suami juga ada buat pinjaman Ah Long Pak Anil.
Ada sekali,
Ah Long datang ke rumah menuntut wang hutang di pinjam suami.
Anak saya 2 orang saya tinggalkan di rumah kerna saya bekerja.
Anak saya tak buka pintu. Saya dah pesan, jangan buka pintu.
Ah long menjerit jerit memaksa anak saya buka pintu.
Anak saya hidup dalam ketakutan pak Anil.
Ah long tetap memaksa anak saya buka pintu.
Ah long sangka ayahnya ada di dalam rumah.
Hari raye ini saya hanya mohon agar ada beras sahaja dalam rumah saya Pak Anil"
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Berderai air mata aku.
Aku tak tahan betol mendengar sendu sedan dan gigil getar suara pemanggil meluahkan susah payah pahit maung dan getir perjalanan hidupnya.
Aku sangka aku susah, ada lagi manusia di luar sana hidup lebih 100 kali ganda susah dari hidup aku.
Pedihnya hati aku mendengar kisah dia.Nak tolong tak ketahuan cara.
Ntah macamana pedih dan sedihnya hati dia dan anak anak di perlakukan sebegitu menjelang Hari Raye.
Bertuahnya kite dapat merungut setiap hari dengan nikmat Allah beri.
Bertuahnya kite setiap hari, dapat mengeluh dengan bende bende kecil sedangkan perkara perkara yang lebih besar dan hebat sedang melanda manusia yang lain.
Bertuah kah kite dapat bersikap begitu?
Alhamdulillah,
Aku bersyukur sangat sangat ke hadrat Illahi.
Berkat doa dan didikan mak dan abah beri. Dorongan dan sokongan kakak abang dan kawan kawan.
Aku mampu berdikari.
Aku mampu mengaji.
Aku mampu beribadat.
Aku mampu carik duit, mampu menjahit, mampu jadi penjaja kecil kecilan.
Aku mampu menghormati orang tua.
Aku mampu bersikap rendah diri.
Aku mampu MENGAWAL dan MENJAGA diri.