Monday, April 27, 2009

Apo Kono eh Jang



Apo kono eh Jang, ko monong ajo...
wakakakaka

korang masih ingat tak lagu ni? Zaman 80'an la. Lagu loghrat Negori Sembilan ni boleh famous pada zaman itew.
Kalau budak generasi sekarang dengar, aku bet dia orang kata " heh! x masok kepala otak la encik!"

Sepetang aku gelakkan Diana di playhouse ku layan lagu ni. Lagu ni aku dengar masa aku kecik-kecik lagi..tapi bila aku tengok Diana gelak guling-guling layan lagi ni, aku cuba layan gak sebab hari ni Monday kan....Hari Isnin aku memang tiada niat untuk productive.
Aku dah mula mengantok tepat jam 11:43 pagi

Aku layankan jer...Apokono eh Jang...
Aku gelak guling-guling sebab tengok perangai si Diana " apo kono eh kau weh!!"

( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai

( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...

( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih

( P: )
Apo kono eh jang...


Thursday, April 23, 2009

Why Japanese can touch your heart easily



Rabu 22 April,
Lepas office, aku singgah Jusco.
Things to buy?
Hadiah Pernikahan Manje Jumaat nie.
Hadiah ku belikan - JAM dinding. Ehekz!
Hadiah paling bermakna dalam kehidupan. Tak gitu?
Bagiku masa itu ke sabaran.

Tanpa waktu.. manusia mungkin hilang arah, hilang tujuan.Manusia jadi sesat.
Cuba bayangkan dunia tanya matahari dan bulan, tanpa siang dan malam.
Tiada pokok dan bunga bungaan,
Tiada kepanasan tiada hujan,
Manusia pasti hilang arah lah.
Wah! berat berat.
******
Misi pertama berjaya apabila hadiah siap di bungkus oleh amoi comel di Kedai Folio pilihanku.

Aku ke Jusco market pulak..apa lagi kalau bukan tentang makanan. Favourite part dalam Jusco. Ngeh!
Aku cekup Apple berlabel Washington sebungkus. Ting! $12. 50
Aku jua capai can drinks coffee berlabel BOSS. Ting! 1.50 setin.
Aku pusing-pusing lagi aku beli Quaker Oat beg besar. Ting! $10.90 bersama 100 gram extra percuma [ untuk misi kuruskan badan dan kawal kolestrol April - May 2009 gitew. wahaha].
Aku cari pulak compact powder sebab aku tak sempat nak ke M.A.C, KLCC terasa jauh dari dunia ku sekarang.
aku nampak Garnier brand, eh ada compact powder woo. Ting! aku lupa harge..wahahahah.


Menuju ke kaunter aku nampak "We care for Environment" beg tergantong-gantong di customer service area.Cantek. Ada jugak yang funky...kaler biru belang-belang, kaler pink cam gay, kaler kelabu belang hitam pon ada. Macam macam size. Paling murah ting! $1.99.
Tergerak hati untuk aku jadi warganegara yang bertanggungjawab menjaga alam sekitar tiba-tiba.
Wah!
Tak ku fikir panjang aku capai color kelabu belang hitam. Ting! $4.90.

Go Green babe!

Ive a shopping beg now...laaa laaaa laaa laaaa :)) . Rasa bangga menyelinap dalam jiwe.

Sunday, April 19, 2009

Perasaan Mu Perasaan Ku



Hari ni Ahad...
Aku bangun agak awal pagi hari ni, dalam minda dah cergas untuk mula bertugas.

Aku lihat YM ku yang sentiasa ONLINE sejak semalam...

Xanna : Kejap lagi nak balik melaka...nak settlekan pasal kanopi.
Aku : Laa...tak selesai lagi pasal kanopi. Make sure kanopi cantek tau, nanti kawan-kawan nak posing.
Hahahaha..
Aku : parents ko tak balik ke?
Xanna : bapak saya memang dah kat melaka, ari ni saya balik dengan mak je.
Xanna : Semalam saya pergi amik baju nikah dan reception hahahaha.
Nerves i..

Aku : Biasa la tu....1st time..mmg nerves. Esuk kad jempotan siap, lagi nerves kan.
Aku : eh!nape dah amik baju ko rasa nerves plak?
Xanna : Sebab dah tahu hari dah semakin dekat
xanna :Jangan orang tanye "hows preparation?" tak suke betol.
Xanna : nanti terus rasa gelabah....hahahah

***

Perasaan aku ....aku jua bakal jadi pengantin tak lama lagi...begitu hasrat hati.
Kalau di fikirkan masih terlalu banyak urusan duniawi yang perlu aku selesaikan.
Andai seluruh urusan itu telah selesai, adakah aku jua bakal menempuh perasaan yang sama?
Nervous?
Haih!Harap-harap pada usia ini aku tak perlu
nervous banyak kali...hakhak.

Saturday, April 18, 2009

You not the SAME person u were Yesterday


Suke atau tidak... Yea aku berubah.

Kebiasaannya, aku pilih untuk menjadi manusia yang lebih baik....menjadi lebih positif. Aku pilih kerana aku bertanggungjawab dengan jalan kehidupan yang aku pilih. Aku tidak sekali kali gemar menyalahi manusia selain diri ku sendiri. Aku manusia bertanggungjawab atas tindakanku.

Di luar kebiasaan pula?Ah! aku tak biasa....

Semalam aku sihat, aku jatuh sakit dan hari ini aku kembali sihat.Aku lihat diriku di cermin ...

Aku masih orang yang sama? Mana mungkin...

Sewaktu sakit ku...
Kakak ajak aku solat subuh pagi itew. Aku bangkit dalam sakit. Aku mandi dalam dingin suboh. Aku kuat kan semangatku demi kesihatan normal yang aku inginkan.Aku bukan manusia yang sama waktu sihat ku.

Sewaktu sihat ku...
Aku lupa solat subuh, aku tak mandi sedingin air shower seawal 6:30 pagi.Gile apa? bisik hatiku. {ah!syaitan rupanya}.

Kini lepas baik dari sakit, aku bertanya diriku sendiri. Adakah aku orang yang sama semalam?
Aku cuba jadi ceria seperti sedia kala, namon aku tahu jauh di sudut hatiku...aku tidak seceria....kerana aku sudah merasai kesakitannya. Aku di beri peluang kedua sebenarnya.

Peluang untuk aku jadi lebih baik, lebih bersyukur ke hadratnya, lebih menghargai apa yang ada bersama ku kini, lebih matang menangani apa yang pernah ku lalui, lebih kuat dari semalam, lebih yakin menyayanginya sepenuh hatiku.

Namon aku manusia, mudah benar aku rapuh menjadi manusia yang melupakan, menyakitkan,besar kepala, degil dan ego.

Aku angkuh sebagai hambanya.

Namon, aku hanya manusia biasa. Apabila aku terluka dik perbuataan sesama manusia, aku terpaksa pilih untuk terus menjadi aku yang biasa, atau memaafkan dan melupakan yang melukai aku. Ah! Aku tiba tiba jadi emotional. Aku ada perasaan. Peduli apa...hati aku, dunia tak mungkin paham.

Telah jadi sifat ku di ciptakan diri ku sebegini rupa... aku baik pada yang baik kepada ku.
Aku pergi melangkah, meninggalkan semalam dan tidak mungkin ku toleh ke belakang kembali melihat dirimua...apabila hati ku di lukai.

Aku manusia biasa.



Sesal Kemudian tiada gunanya.


Kenapa aku ada blog di Blogspot.

1. Aku ada anak buah di uITM, dia ada blog dan dia asyik-asyik tanya blog add aku. Aku ada personal blog tapi bukan blogspot maka aku mulai mendaftar dan menulis di blogspot. {mungkin aku sudah mula bosan berblog di sana, terasa nak mulakan yang baru di sini}
Aku jua lebih telus berblog di sini.{aku dah mula rasa personal blog ku ada pengikut misteri..aku tak kisah dengan pengikut tetap...tetapi pengikut psycho...takut weh!eh aku bukan takut, aku risau aku celupar. Hee!}

2. Aku senang nak bagi comment pada blog dan foto blog kawan-kawan. Kalau bukan aku memeriahkan suasana?sapa? Baboon? hee.

3. Aku adalah peminat dan salah sorang follower blog Chedet. Sebab chedet pakai blogspot aku pon nak ada blogspotku sendiri.Bole gitew?[ok aku taw, borink!].

4. Hari ni aku menyesal bercerita terus terang dengan sahabat tentang seorang lagi sahabat. Aku menyesal berkata-kata tanpa berfikir dahulu. Alasan ini tiada kena mengena dengan tajuk asal, kini tajuk sebenar ialah "Kenapa aku berblog spot dot com?"

[Hahaha aku dah mabok]

Aku dan JAMBAN




Serasi bersama sejak Selasa lalu...macam Nurul dan Ajai gitew.Aku dan jamban semesra mereka selama 4 hari taw. uhuks!

Isnin petang...
Aku ikot kawan-kawan makan kat Mamak lepas waktu kerja di area playhouse, mamak Azwath Seri Kembangan nama kedai mamak tu. Aku makan mee goreng mamak kegemaranku, aku minom teh halia untuk buang toksik dan hangin dalam badan.
Ketawa gelak ketawa gelak...[alamak!ni pak we Ah Lin, camne dia leh bawa awek lain nih..hmmm confirmed....hubungan retak kerna orang ke tiga!cheih! Jantan tak guna! aku nampak bekas pakwe Ah lin bawak perempuan lain di kedai mamak yang sama].

Malam nak masok tido, dah gosok gigi nih...aku dah mula terasa...nak ke jam....jamb...jambannnnnn. Lepas keluar dari jamban...aku masok semula ke katilku...aku terasa nak ke sana lagi..adeih!aku letak badan...dah terasa...dah!!!!ahhh!!!

aku dah mula akrab ke jamban sejak detik itew. Hasil buangan memberikan aku symptom-symptom bahawa aku bakal SAKIT![nape aku asyik nak type tomyam je neh!hek!].

Selasa pagi...aku dah lemah dan longlai.
Badan mula terasa sengal, badan terasa bisa, perasaan asyik membawa ku ke jamban, ke sinki di situ sahaja activity harian ku.

Rabu ...ku sangka aku gagah.
Aku pergi kerja seperti biasa, berbekalkan ubat Doctor kasi aku perkasa kan diri akhiri waktu kerjaku.
Etos : " aku rasa nak muntah2..ko dah ok?"
Aku : "blom..aku makan ubat but still nak muntah"
Etos : kite makan apa semlm?
Aku : "ko dgn aku amik teh tarik, aku teh halia....ada susu. Ntah2 susu basi tu pasal kite nak muntah2"
Etos : "Jom sound mamak tu"
Aku : "x mo"
Etos : "Jom BOM mamak tu"
Aku : "x mo jejak, x mo pandang dah kedai mamak"
Etos : "Aku rasa nak uwekkkk"
Aku : "Aku memang dah uwekkk sejak semlm la "
Etos : [bagi icon muka merah]
Aku : "ko nak sound sound la ta, tunang aku dah pesan, dah tau mamak sambil lewa, pegi jugak makan kedai mamak.sapa suruh?"
Etos : "aku nak gi training"
Aku : "aku ada meeting"
Sampai di rumah...aku ke sinki lagi.Uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Khamis...aku layu bagai teratai di tasik madu.
Aku lembik....aku masak nasi goreng sayur. Kaler hijau. Warnanya saje dah membuatkan aku terasa loye. Aku masih sakit, tapi aku lawan. Aku memang degil. Lepas waktu kerja, aku paksa kekasih hati hantar aku ke satu destinasi.

Jumaat....aku semakin sihat.
aku di urut, aku di beri makanan berkhasiat, aku di beri minum dan aku di jaga rapi.Aku mula sendawa, aku mula burppp dan aku mula kentot seperti biasa. Tawa ku kembali ceria. Aku berada di rumah kakak ku. Heee :)

Sabtu ...
Aku kembali sihat...dan baca blog anak buah ku, ku lihat wajah Aisyah dan Yasmin membuatkan aku rasa gumbire dan remaje. Aku dah sihat ...Alhamdullilah Syukur ke hadrat Ilahi.

Aku disyaki makan makanan beracun/basi dan di serang cirit birit dan muntah-muntah.
Aku pasti bukan SYAK, PASTI sangat-sangat 250% pasti yang masakan di kedai mamak di Malaysia telah di panaskan berjute billion kali. Uhuks!


***Do not eat at Mamak Stall, they are not hygine OK.

Moral : Masak sendiri la wei. Aku BANNED mamak. Full Stop!

Thursday, April 16, 2009

Teddy Bears For SALE



Buy me!

A01 - RM 200
A02 - RM 200
B01 - RM 170
C01 - RM 150
Stock Available.

Email me : Lilyjaafar@Yahoo.com

Friday, April 10, 2009

Haru BIRU hidupku



Hati pedih dengan pegawai bank pagi semalam, maka aku basuh baju untuk hilangkan rasa gundah gelana dalam hati kerne nak kena bayar utang one shot! [baru berangan nak simapan duit nak gi Nz..uhuks!].

Aku masokkan baju kerja kegemaran ku berwarna puteh ke dalam washing machine, tekan start guna ibu jari kelingking dan machine berjoget sendirian.

Aku sambung tonton American Top Idol...sambil menunggu bajuku habis di pinar-pinarkan oleh washing machine. Teeet teeet teeet. Washing machine berbunyi tanda dah selesai.

Aku keluarkan baju kerja kegemaranku...
ku lihat baju kegemaran ku bukan baju kegemaranku sebelum ku masukkan dalam washing machine.

Baju putih ku bertukar biru cair.
[biru cair adalah warna paling tidak aku gemari...uhuks!].

Tuesday, April 7, 2009

unforgettable Mondey


Best best besttt sangat sangat...
3 jam aku bersama singer terkenal The Khadijah Ibrahim... Dia memang Evergreen singer.
Masih ingat Doa buat kekasih ?
I love that song very mucho.
Aku makan malam di Khadijah's Kitchen malam tadi.
Hey!
Ada Fare well event untuk Dato Shahrir Samad la plak. Dato berada di bahagian dalam restaurant. Aku dan kawan-kawan berada di luar restaurant. Lagi sejuk dan nyaman suasana di luar dari di dalam. Hikhik.
Aku nampak Khaty berlegar-legar di ruang makan dalam restaurant. Melayan tetamu terhormat la katakan.
Lagu Doa buat Kekasih kegemaran ku berkumandang. Suara dia menyanyikannya masih sama siut!
Goose bump aku mendengarnya.
latest... Khaty bakal bukak Jazzie room di atas kitchenya taw.
Port baru untuk ku dan kawan-kawan lepak selepas waktu kerja.
Yeah bebeh Yeah!

Monday, April 6, 2009

April Trip 2009



April 2009.


12th April, update followers list untuk picnic Chamang Waterfalls. Yey!
Sapa nak ikot? angkat kening
sapa tak mo ikot? duk dendiam. hek!

Followers :-
1. zana
2. zack.
3. Dizzy.
4.zaidos
5. etos
6.Lilos
7. zai
8. ejols.
9.
10.

******************************************

Dreaming of : berenang di dalam waterfalls yang sejuks dan dingin di litupi dengan hutan dan kehijauan yang sungguh mendamaikan.Bergelak ketawa dan membahankan bersama kawan-kawan yang sekepale walaupon kaler rambot yang berbeza..ah!indahnya suasana..
Bentang tikar, hidang kan sandwiches sardine, mihun, buah buahan dan minuman ala ala caribean.
walah!

Jangan Jeles yek adik adik. hee


Moral :Lihat la sekitar alam, yang luas lagi terbentang.Auw auw auwwww!