Serasi bersama sejak Selasa lalu...macam Nurul dan Ajai gitew.Aku dan jamban semesra mereka selama 4 hari taw. uhuks!
Isnin petang...
Aku ikot kawan-kawan makan kat Mamak lepas waktu kerja di area playhouse, mamak Azwath Seri Kembangan nama kedai mamak tu. Aku makan mee goreng mamak kegemaranku, aku minom teh halia untuk buang toksik dan hangin dalam badan.
Ketawa gelak ketawa gelak...[alamak!ni pak we Ah Lin, camne dia leh bawa awek lain nih..hmmm confirmed....hubungan retak kerna orang ke tiga!cheih! Jantan tak guna! aku nampak bekas pakwe Ah lin bawak perempuan lain di kedai mamak yang sama].
Malam nak masok tido, dah gosok gigi nih...aku dah mula terasa...nak ke jam....jamb...jambannnnnn. Lepas keluar dari jamban...aku masok semula ke katilku...aku terasa nak ke sana lagi..adeih!aku letak badan...dah terasa...dah!!!!ahhh!!!
aku dah mula akrab ke jamban sejak detik itew. Hasil buangan memberikan aku symptom-symptom bahawa aku bakal SAKIT![nape aku asyik nak type tomyam je neh!hek!].
Selasa pagi...aku dah lemah dan longlai.
Badan mula terasa sengal, badan terasa bisa, perasaan asyik membawa ku ke jamban, ke sinki di situ sahaja activity harian ku.
Rabu ...ku sangka aku gagah.
Aku pergi kerja seperti biasa, berbekalkan ubat Doctor kasi aku perkasa kan diri akhiri waktu kerjaku.
Etos : " aku rasa nak muntah2..ko dah ok?"
Aku : "blom..aku makan ubat but still nak muntah"
Etos : kite makan apa semlm?
Aku : "ko dgn aku amik teh tarik, aku teh halia....ada susu. Ntah2 susu basi tu pasal kite nak muntah2"
Etos : "Jom sound mamak tu"
Aku : "x mo"
Etos : "Jom BOM mamak tu"
Aku : "x mo jejak, x mo pandang dah kedai mamak"
Etos : "Aku rasa nak uwekkkk"
Aku : "Aku memang dah uwekkk sejak semlm la "
Etos : [bagi icon muka merah]
Aku : "ko nak sound sound la ta, tunang aku dah pesan, dah tau mamak sambil lewa, pegi jugak makan kedai mamak.sapa suruh?"
Etos : "aku nak gi training"
Aku : "aku ada meeting"
Sampai di rumah...aku ke sinki lagi.Uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Khamis...aku layu bagai teratai di tasik madu.
Aku lembik....aku masak nasi goreng sayur. Kaler hijau. Warnanya saje dah membuatkan aku terasa loye. Aku masih sakit, tapi aku lawan. Aku memang degil. Lepas waktu kerja, aku paksa kekasih hati hantar aku ke satu destinasi.
Jumaat....aku semakin sihat.
aku di urut, aku di beri makanan berkhasiat, aku di beri minum dan aku di jaga rapi.Aku mula sendawa, aku mula burppp dan aku mula kentot seperti biasa. Tawa ku kembali ceria. Aku berada di rumah kakak ku. Heee :)
Sabtu ...
Aku kembali sihat...dan baca blog anak buah ku, ku lihat wajah Aisyah dan Yasmin membuatkan aku rasa gumbire dan remaje. Aku dah sihat ...Alhamdullilah Syukur ke hadrat Ilahi.
Aku disyaki makan makanan beracun/basi dan di serang cirit birit dan muntah-muntah.
Aku pasti bukan SYAK, PASTI sangat-sangat 250% pasti yang masakan di kedai mamak di Malaysia telah di panaskan berjute billion kali. Uhuks!
***Do not eat at Mamak Stall, they are not hygine OK.
Moral : Masak sendiri la wei. Aku BANNED mamak. Full Stop!
No comments:
Post a Comment