cepat betul rasanya minggu berganti bulan.
Baru je nampak budak budak india di office masok kerja sempena cuti raye Deepavali.
Esok dah nak Raya Haji bagi tahun 2011.
Tak lama lagi nak cuti raye owang puteh pulak, Krismas.
Lepas tu...Raye Cine pulak.
Percaya atau tak mahu percaya. Masa memang tak menunggu kite.
Setiap hari perlu ada 1 kebaikan di kongsi bersama untuk terus menjadi manusia berguna.
Kalau 1 hari di persiakan bergitu sahaja tanpa membuahkan hasil yang di berkati olehNYA.
Ya Allah! Sesunggohnya manusia itu memang dalam kerugian...kan?
***
Hujung tahun ni, kak lola kena pindah rumah.
Rumah yang kak lola diami kini bakal di jual.
Ye...kak lola belum miliki rumah idaman sendiri sehingga usia ini.
Layak tak nak mohon skim rumah pertamaku pada usia dah naik senja ni?
So...
Semalam, pusing2 carik rumah idaman...Aha! jumpa 1.
Tapi...ok kite cerita pasal rumah idaman kemudian la yek.
Nak cerita pasal dinner kami di Ladang.
Ladang ialah nama restaurant ye adik adik.
Encik suami kelaparan, sejak siang tak makan...kemudian terus pergi lihat rumah idaman hati.
Borak punya borak dengan agent. Perut pedih kemain kelaparan.
Encik suami pusing2 di kawasan restaurant Borak yang agak vouge suatu waktu dulu.
Eh..eh ada lagi restaurant tu. Tapi nama dah bertukar la pulak...
Uh wow! kak lola nampak kambing terlentang dah bergolek di situ?
Eh! ada ramai orang ni..ada special event kah?
Nampak kambing terlentang, encik suami terus libas stereng masuk parking.
Di tinggalkannya aku sendirian terkial kial keluar dari kereta { pehal gaya aku nak keluar cam org gemok besor bas aku ni?}
Kami order menu untuk 2-3 pax dengan harapan mampu minum air longan sejuk 1 jug.
Yea, pax di sediakan untuk 2 bersama 1 jug air longan penoh buah longan kau.
Jelling kekanan skit...Pax 2-3 RM 30. { okla kan sorang RM15 per set...embekk punya hal, wa x de hal...hahaha}
Sementara menunggu kambing set kami sampai.
Aku pandang persekitaran kedai di namakan Ladang tu.
Stall burger Ramly ada,
Stall mee sup sup pon ada,
Stall kambing tergolek ada kat belakang aku. { aku dah terbayang duk sebelah kambing golek sambil mulut ternganga kan masa lalu depan kambing tu tadi }
Jadi aku duduk membelakang kambing itew. Hahahahahah
Otak2 steam di sediakan juga.
Aku biarkan encik suami mencuba.Encik suami aku ni kalau dia diam jee...maknanyaaaaaa!!!!
cepat2 la sambar makanan itu. TENTUNYE sedapppp :)). Hahaha
Ye otak2 steam itew sedap dan pedas.
seketol 80 sen.
Set makanan kami dah tibe....
Oh! lupa nak snap gambo air longan sejuk 1 jug sebab air liur dah bertakung penoh.Hiks
Kambing di sediakan memang sedap dan fresh.
Selesai makan, aku terpandang 1 keratan akbar di dinding restaurant.
Selesai makan, aku terpandang 1 keratan akbar di dinding restaurant.
Oh wow! kambing di datangkan khas dari ladang mereka sendiri.
Patut la lazatttt sampai nak nangis. :)
Nanti aku nak kongsi cerita dengan abang ipar aku, di ganas gak dengan kambing-kambing nih.
Pencinta kambing golek bersama sos light blackpepper. Duh..drools ok.
No comments:
Post a Comment