Hidup dalam dunia serba pantas, serba serbi perlu di bayar ini...sekejap kite kat atas, sekejap lagi eh eh kite kat bawah. Kan?
Maka...Memaksa aku berfikiran dan bergerak tak henti2 berusaha memperbaiki cara dan taraf hidup. Ewaah! orang kata apa...
Kak long tergelak dan senyum sumbing mendengar celoteh tazkirahku tengahari itu.
Nak jadi orang kaya la ko ni yea. :)
Haáh, aku bercita cite mahu menjadi manusia yang...
kaya ilmu,
kaya ekonomi dan
kaya budi bahasa serta moral yang tinggi sebelum tamatnya 2011.
wah! panjang kemain eh matlmat tahon 2011 ko nih. Aduss...2011 dah nak sampai ke penghujugnya nih.
Pendek kata,
aku ingin memperkayakan ekonomi diri agar aku mampu membantu mereka yang lebih memerlukan.
Walau pon badan di serang demam seram sejuk.
Tekak di serang virus merah kemain. Kelat semacam jek lidah ni.
Dada di ketuk batuk tak henti2. dah berbotol scott emulsion aku hadamkan.
Badan masih terasa tak sesihat mana.
Bunyi macam terdesak je kan.
Padahal tak.
Aku memang rajin. Wah! Masok bakol terhempas sendiri nampaknya...kahkahkah.
Hari sabtu hujung minggu macam hari ni.
kalau tak menjaja aku rasa rugi pulak.
Al maklom la...Dah biasa setiap hari ada saje jualan yang dapat di jual. Kalau tak ada jualan. Rasa macam tak kena pulak hari tu.
Alhamdulillah Allah beri kesempatan menikmati rezeki yang di kurniakan dengan jalan ini.
Aku percaya setiap usaha pasti ada hasilnya.
Tak banyak, sikit. Tak kisah la kan. Yang penting ada hasil. Siapa nak bagi kalau bukan usaha diri kite sendiri.
Tak kerja, tak ada usaha tak dapat apa apa. Zero. Ah! sedihnya rasa...masa ku rasakan terbuang begitu sahaja.
Rugi, rugi.
Anak muda bermotor scrambler melintas depan mata.
"Ah anak muda, bisingnya bunyik motor kau itu" kata encik suami memandang penuh jengkel sekumpulan anak muda bermotor scrambler warna hijau muda.
"Biar la mereka bang, kite pun pernah muda. Janji tak hisap dadah sudah " ayat yang pernah aku dengar sewaktu muda muda ku dulu.
Lewat sarapan tengahari tadi..
Aku ke rumah anak buahku menghantar stok hijab yang di idam-idamkan sejak semalam.
Nak warna pink katanya.
Allah! warna jadi kegilaan ramai dah di sambar orang sebelum ni.
Sabar yea anak buah, nanti busu amik stok lagi.
Hari ni di syurga hijab selalu aku terjah ada party hari ulangtahun kelahiran anak tokey.
Segan rasanya pulak nak mencemar majlis.
Kak long dan abang longku pon ada sama tadi di rumah anak buah. Nak ke kenduri kahwin di Segambut katanya.
Tak mahu melengahkan waktu mereka.
Dengan pantas aku jelaskan kepada anak buahku akan jenis jenis hijab jualan yang menjadi pilihanku.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aku punya anak anak buah yang sentiasa ingin menyokong dan membantu menjayakan usaha melebarkan sayap perniagaan hijabku ke merata daerah.
Hiks. Terharu.
Kak long sempat mencelah dalam bualan fokusku pada anak buah.
"Ko ajak la sekali kakak dan anak buah ko yang belum berhijab. Sama sama berhijab".
"Ohhhh..ahaaa..InsyaAllah, dah lama lama nanti minat la tu. Tengok si ejan dah berhijab sekarang. Berkat usaha dan doa kite sama sama la tu kan. Biar la dia berhijab atas kesedaran diri dia sendiri kak. Pandai la dia menjaga aurat dan batas maruah dirinya tu." balas aku panjang berjela membuka mukadimah tazkirah bersama kakak sulongku.
Kak long tergelak dan senyum sumbing mendengar celoteh tazkirahku tengahari itu.
selepas berhijab...
Aku percaya hidayah Allah itu buat semua hambaNya yang di sayangi lagi di kasihi.
Namun kesediaan diri manusia itu penentu akan hala tuju dan ketetapan iman terhadapnya.
bagi aku...secara peribadi.
Aku tak mahu mereka berhijab kerana aku yang suruh.
Aku sendiri berhijab atas kerelaan, keikhlasan hati dan kesediaan serta keyakinanku yang menebal terhadap nikmat dah keredhaan Allah. Datang dari sudut keinsafan hati aku sendiri.
Sehingga hari ini. Alhamdulillah. InsyaAllah, aku tidak akan goyah andai ada yang cube memperkotak katikkan keyakinanku.
Aku sebagai adik lebih yakin mendoakan agar Allah membukakan hati kakak dan anak2 buahku yang masih belum terbuka hati berhijab akan terbuka jua satu hari nanti.
"Pakwe dia bukan main warakkan. Takan tak suruh mak we menutup aurat?" usikan kata kata kakak lagi menjengah cuping telinga ku.
Mengimbau kenangan hari raye tempoh hari, kak long memerhati akan si pakwe yang baik budi bahasa dan menjaga solatnya.
" InsyaAllah, kalau dia ikhlas...pasti dia mampu membimbing makwe dia menuju jalan yang di redhai Allah...kan " balasku menyedapkan hati kak long yang dah semakin lanjut usianya.
Abang long masih tegak memandang tv yang entahkan paham entahkan tidak isi kandongannya dalam becok dan riuh suara ku di halaman tetamu rumah anak buahku.
Anak buah hulurkan teh panas.
Sedap betol rasanya memanaskan dada aku yang kering dik batuk x henti2.
Aku rasa demam2 dan sakit badan semula tibe di rumah.
Zigzag di Jumaa jum :)
Mood masih x sihat | Lily.
No comments:
Post a Comment