Wednesday, December 14, 2011

Hadiah perkahwinan yang terdampar

Wah! tajuk hari ni..amacam?
Leh buat movie tak? Ahaks...


Siang tadi kan...


Ya Allah
baru aku perasaan ...bende2 ni terdampar je dalam bilik rahsia kat rumah lama aku.
Kalau tak pindah ke rumah baru...pastinya barang2 ni terdampar sampai bile bile selagi hayat di kandung badan.
Teruk betol ko ni Lola.


Ampun tuanku....
terlepas pandang selepas majlis persandingan setahun yang lampau....repeat ..setahun yang lalu.
Korang punya hadiah perkahwinan dah terdampar bape tahun pulak ek?


Macam mana perkara ni bole berlaku?
Ermmm...selepas sahaja majlis perkahwinan aka persandingan. Pengantin2 sudah pastinya keletihan.
Dan terus nak terdampar dalam bilik pengantin berdua duaan kan. Ahaks! eh ye ke?
Tak tak tak...selepas majlis selalunya ada majlis bukak hadiah. Tetapi...
di sebab kan aku punya cuti kahwin tak la lama kedaung, semua yang berkaitan dengan perkahwinan terus di longgokkan di satu bilik. 


Aku yakin, pasti semua pengantin lalui process yang sama. Kalau tak terdampar kat umah mak, umah bujang sendiri la kan. Melainkan pengantin memang dapat hadiah2 yang tak repeat macam iron sebanyak 4 bijik :)) Kan.


jom rasa bersalah bersama - samaku. NGEEEEE....


Sedap kut kalau dapat makan steak dengan cutlery set cantek ni..;))



Opocot! kalau tahu dik geng joyah kat office aku tu...masak aku kena buli buat ciskek hari2 nih.
Kena sorok balik bende alah ni cepat cepat nih :))

Mood terkejut | TIKUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS baru je lintas hormat depan muka aku.
Dari mana ko datang ni ....cesssssss

Lily.

1 comment:

  1. ha..baru leh masuk..kak lola oii..
    ada satu microwave x pakai kat rumah..1 set pinggan mangkuk.. rasa cam nak sedekah je kat orang.. x semua hadiah kawin tuh keperluan..baik dapat cash je..haha..mata duitan..

    ReplyDelete