Hari ni adalah hari terakhir 2011.
Esok adalah hari baru, tahun baru 2012.
Tahun baru, biasanya semua manusia atas muka bumi ni buat azam baru.
Aku ada jugak buat azam baru ...aku sebenarnya nak...nakkk ermm..
nakkk...
Tak kire, azam lama dah tercapai atau tidak.
Aku tetap nak ada azam baru.
Tapi, mungkin juga sesetengah manusia, tak buat azam.
Yang spesis ni aku tak tahu laa...bagi aku kalau tak ada azam, macam kosong je hidup. Tak ada cabaran untuk menjadikan hidup kite ni lebih warna warni...sebab aku antara golongan yang sentiasa ada azam tiap tiap BULAN. :)
Bunyi macam agak poyo...well...hahaha
Ada-ada saje bende yang aku nak..so, untuk mendapatkan apa yang aku nak..kena la berazam kan.
***
Hari ni aku tak mahu imbas or review kejayaan kejayaan 2011 aku... macam YAHOO buat...hahahah..kang kalau dah review, nampak macam riak la pulak.
Apa apa pun keadaan nya...Aku panjat kan ke syukuran ke hadratNYA yang maha berkuasa dengan hidayah di limpahkan buat hambanya aka aku yang tak terhingga selama hayat dikandung badan ni.
Alhamdulillah juga...aku dah ada Business No 1.
Ngee...
walaupon masih merangkak anak, aku yakin tahun hadapan stok baru corak baru wajah baru semua serba baru lah....InsyaAllah.
Jemput ke JUMAA tau untuk dapatkan koleksi-koleksi kesukaan JUMAA.
Kini boleh di dapati di Bandar Seri Putra jugeeeeeeee ;)
Suke..LIKE eh.
***
Dannnnnnnnnnnnnnn
aku juga sedang fokus merancang 2012 dengan perniagaan no 2 aku iaitu....
Wah! Gempak nih 2012 Kak lola kite tahun hadapan nie.
Nak tahu apa kak lola rancang untuk 2012?
Meh meh baca selanjutnya...
Kak lola berazam nak kembangkan perniagaan no 2 kak lola.
Jual RIM!
Gempak tidak?
Stok dah sampai banyak tadi...itu diaaaaaaaaaa...mari mari mari. BMW rim pon ada jugeee...
untuk size rim M..eh size tayar 15 murah saje...kalau nak size 17 mahal skit la..hahahaha
Tokey merenung masa depan..bole maju ke weh?
Kalau tak maju sape nak pakai rim ni? Nak buat mangkuk tingkat pon tak bule dah ni..
Oh! nak business kena pikir BOLEH der...kan :))
bayar hutang bole kak lola?
Macam mana la nakmajukan..balik2 Hutang...kalau mahu hutang angkat 5 pcs ke atas la der :))
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 Semua!!!!!!!!
sebenarnya kak lola fokus merancang perniagaan no 2 yang tiada kaitan langsung dengan besi berbatang kat tayar ni..kahkahkah
tadi kak lola tukar tayar baru je...esok lusa kan cuti.
Nak pegi shopping dengan tayar baru..cepat skit sampai.
Muahahaha..o______$$
***
Kak lola berharap 2012...
Semoga kite terus menjadi hambaNYA yang lebih tegar iman di dada...
menjadi manusia yang memberi lebih dari menerima atas muka bumi ini sementara badan masih SIHAT.
menjadi manusia yang tidak melewat2kan ibadat dan
menginsafi bahawa bukan semua pujian dan rezeki di kurniaan Allah swt itu satu NIKMAT tapi ianya
juga sebahagian dari UJIAN olehNYA....menguji ketetapan iman kite mengingati akan ke besaranNYA yang maha BERKUASA.
[bile kite sihat, kite lupa Allah kan?...bile kite sakit baru terkial2 berazam nak tingkatkan solat laa..nak bersedekah la...tak mo tinggal solat bagai kan kan kan?]
Sama sama la kite menempuh 2012 dengan menjadi manusia dan hambaNYA yang lebih baik dan berjaya
bukan hanya untuk dunia...semestinya Akhirat yea adik adik.
InsyaAllah.
Salam tahun baru buat semua pembaca.
Maafkan kesalahan kata dan usikan kak lola yea.
Ahaaa!
Korang dah detox?
Nanti business no 2 dah UP! jangan lupa..LIKE tau * tungguuu*
Mood | bersemangat dan berseri seri tunggu fire works dari jendela rumah BARUUUU - Lily -