Thursday, April 28, 2011

Selamat Hari Lahir Suamiku




Semalam 27 April 2011,
adalah hari ulang tahun kelahiran suamiku yang keeeeeeeeeee...

Nah amik hadiah untuk mu ;)
hahahhaha
Hadiah yang akan sentiasa berada di sisimu
dalam susah dalam senang,
dalam sihat dalam sakit.

Muahs!
Hahahaha sile muntah sekarang :))




Nasi lemak sambal sotong untuk ku..miahahahhah


Nasi lemak rendang daging untukmu....with xtra ayam goreng.
Sedap tak baby belanje?

Muahahahaha


Sayang sokmo
Lily


Monday, April 25, 2011

Ajar Aku buat S.C.O.N.E Weh


Adik manis kata dia nak pegi Cameron Highland coti 1 May nanti.
Aku? uhuks...
Bile sebot pasal Cameron Highland, teringat kenangan manis masa zaman bujang trang tang tang makan stoberi cicah cekelet dengannnnnnnnn

minom teh panas bersama SCONE dgn sapuan butter dan jem.
Aku suke la...



huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kalau korang terror sangattt masak memasak kan.
Apa kata..apa kata...
korang try share resepi buat scone.

ada berani?




Hakak memang tak berani la..sebabbbbbbbbbbbbbbb
Hakak memang tak pandai ...

Ajar aku buat SCONEEEEEEEEEEEEEEEEEE. Me kasih. Sile dtg lagi :))


Kesian Remy Ishak



senyum herot sipi2 tu yang manis tu ;)

Aku dah tonton movie CUN dah. HEEE....Memang CUN.Santai je. Senyuman dan lakonan selamba Manis pon CUN Korang dah?
Hero dia cun, heroin dia duduk atas belakang kerbau pon masih CUN.Overall enjoy la.

"Alaaaa, tak minat la aku nak tonton movie Melayu " cam gitu la lebih kurang suara2 sumbang aku dgr setiap kali aku ajak tonton cite melayu di GSC.
" Abis sape nak teman aku tengok cite CUN ni..aku nak tengok JUGAKKKK...jom la teman aku tengokkkkkkkkkkkk, dah tengok baru kite bole judge filem tu baguih ke tak woi ..pelakon dia lemau ke, rangup ke tidak..ok?"

Hajakan aku terjawab jua akhirnya. Yabedabedu. :))
Kuching besor tak ada, so tikus2 pon bertempiaran keriangan di GSC la kan.

Lepas tonton...aku rasa...
Fun, tonton lakonan Remy Ishak cakap Utara dalam movie ni, jadi...
senyum cenonet dia yang sweet tu apabila jatoh hati pada Maya pon, jadi.

Apa pasal la korang dengki sangat dengan pelakon etam manis yang berbakat dan sedang hangat hot hot ni ek?
Kasi chan la dia nak berlagak ke nak tunjuk lagak ke...dia kan pelakon baru naik....Standard la, pelakon baru yang baru nak adjust dunia glamer sistah. Kasi chan la eh. At least dia tak hipokrit kan.
Wahaks!

Lakonan pertama beliau yang buat aku teros meneros mengikuti perkembangan bakat lakonan beliau bermula dari drama Nur Kasih tayangan TV3....
Mula mula tonton, agak terpukau la dengan lakonan Aidil. Biasa la...pakwe warak. Warak dalam drama lakonan je la. Kat luar...adess.
Mamat etam manis berlagak si Adam ni plak...tibe tibe menonjol, bukan hanya sebab beliau tinggi, ada senyuman menawan, tetapi bagi aku la...dia memang boleh bawa watak dengan baik.
Memang nampak la beliau seorang pelakon yang memang bekerja.
bukan belakon untuk kejar glamer....macam sesetengah pelakon tu..kan?
Korang bole?


Walaupon ramai yang kata remy ni ala ala macam mamat " hijau ka, merah ka..kakak?" Jahatkan mulut manusia... Aku yakin bakat lakonan beliau memang tak dapat di ketepikan, memang pesaing bagi pelakon2 senior yang lebih lama dan masak dalam dunia lakonan drama dan filem...pasti tergugat punya lah.
nama pun bersaing dengan sihat kan?

Remy Ishak pasti mampu mewarnakan lagi calon2 bagi anugerah pelakon lelaki terbaik di masa hadapan berturut2 kalau kena dengan projeknya. Memula aku tonton drama Nur Kasih arahan Khabir, aku memang tak nafikan drama dari khabir lain macam sikit menariknya...tapi bila hayati betol betol.
Apa kurangnya bakat lakonan Remy kan.

Berbanding dengan Maya karin, aku pasti korang boleh nilaikan penghayatan watak Maya dalam CUN tidaklah se hebat mana. Tapi sebab Maya memang di senangi dengan ke hangatannya.. Apa salahnya dia jadi heroin jamban terbakar kan. Janji hangat.Ahaks..kelako!

Bagi aku, keberkesanan seseorang pelakon melakonkan watak dan jalan cerita sesebuah filem itu yang menjadikan sesuatu movie itu menarik & berjaya ,
mencuit hati,
mengeletek jiwa ,
melelehkan air mata,
meresap ke urat hitam atau tidak.
Cewah!




Ahaa..lagi 1 penyakit...
Ada sesetengah umat..suke sangat bagi statement
" ala movie melayu ni dah boleh agak dah ending dia camne"
" alaa movie melayu, balik balik kisah cinta...cube la ko tonton filem intelektual skit.."

kalauuuuuuuuuuuuuuu...
semua bende ko dah bole TAHU dan bole AGAK....alahai,
boringnya nak ajak ko tonton wayang lain kali.
Kalauuuuuuuuuuu...
semua filem melayu berkonsepkan kisah cinta dah tak ada nilai intelektual, at least masih ada message dan nilai moral yang tinggi ok.
kan dah emo! wahaks.

Nexttttttttt

Org tonton movie bukan takat nak tahu ending je OK!
Lengok dan jalan cerita yang menarik, teknik cinematography, soundtrack semua tu pon penting jugokkkkkkkkkkk.
Tak gitu?

Peminat tegar Remy Ishak senyum manis kepot2. ;)

Sunday, April 24, 2011

Hari Ahad Saya...Hari Ahad Anda?

Lepas breakfast dengan kawan tadi...

Saya teros pergi tengok Rumah Contoh....berdekatan dengan area umah saye ;).

Size rumah yang hakak tengok hari ni hanya la berukuran 18 x 55....bukan 20 x 70. Agak kecik dari rumah biasa. Harga rumah RM200, 000 lebih.Anda mampukah dengan gaji yang anda milik sekarang? Ohhhhhhhhh, rumah pertama anda yea . Baiklah...rumah pertama kecik tak pe....bile dah bertahun nanti...harga harta dan tanah meningkat naik, boleh lah gunakan rumah ini sebagai modal untuk beli rumah yang lebih besar yek.

Bijak bijak.

Rumah ini di jangka siap 2 tahon lagi. Bulan April 2013.
Kalau nak beli rumah, bukan hanya rupa bentuk rumah contoh sahaja yang perlu di pertimbangkan di pandang pandang.

Banyak lagi faktor2 perlu di ambil kire sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah idaman ye adik adik.

Sile rujuk : http://www.drumah.com/ banyak info boleh dapat untuk buat keputusan sebelum beli rumah.




Sebenarnya hari ni...Hakak bukan nak beli rumah, hakak cume jalan jalan cari tempat ada air cond dan jugak usha ide untuk sesi deko deko hujung minggu hakak. Hakhakhak...

Ok dah sejuk, jum balik bang.




Saturday, April 23, 2011

Ada apa dengan Bunga Tangan

Bunga Tangan by Nurul Arbee

Aha!

Lepas jadi pengantin, ramai dan banyak pulak soalan pasal preparation kahwin ek. Patut la rata rata pengantin lama bertukar career jadi wedding consultant yek. :) Syabas beteh syabassss.

Bagi hakak, bunga tangan adalah pelengkap seri pengantin. Tanpa bunga tangan pengantin akan rasa nerves. Goyah beb goyahhhh....mengikut pengalaman hakak jadi pengantin 4 bulan lalu... camtu la yek.

Hakak tetibe di datangi satu soalan lagi dari adik manis melalui sms,

Bunga Tangan by Man Kajang.

Adik manis "kak, bunga apa cun nak buat bunga tangan?"
Hakak " bunga yang adik manis suke...bunga tangan tak semestinya bunga, kalau adik manis suke bulu ayam hiasan camporan bunga2an pon cantek...janji adik manis pandang, rasa yakin la di hari indah tu nanti "

Gitu jawapan berjela dari hakak. Hikhik...

Adik manis tanye lagi " hari tu wedding akak, masa nikah pakai bunga apa?"
Hakak jawab " hakak sebenonya tak gemor sangat dengan rose, tapi nak jadi ceritaaaaaaaaaa....sampai ke sudah...hakak dapat bunga ros dikkkk oiii...
masa nikah, sekali dengan pakej hantaran hakak amik dari Nurul...masa resepsi pulak, Abg Man Kajang pakej kan sekali segedebuk rose jugak ..."
Adik manis " oooohhh cam gitu lagi senang la yek ...adik manis bukan apa ni hakak, adik manis tak pasti la nak amik bunga apa, sebab semua cantek2 sangat kan"
Hakak " a'ah Biasa la tu...yang penting, adik manis fokus dan pilih bunga paling cantek di mata adik manis sendiri...untuk di bawak berposing atas pelamin nanti...itu yang penting. Yang teramat penting, harap2 semuanya berjalan lancar...insyaAllah. Tak gitu? "
Adik manis " ye la kak, doa doakan semuanya berjalan lancar yek..."

Amin.

Adik manis akan melangsongkan pernikahannya bersama suami terpilih tahon ini...pang kompang kompang kebing kebing ...

image - Google.

Bunga tangan idaman hakak cam gini ,
tapi tak kesitu pun..hikhik tapi nikoh jugokkkk akhirnya.
Alhamdulillah.

:)









Citerasa Siam | Siakap Steam

Hari jumaat, Boss tak de di office...macam biasa.

Kalau Boss tak ada di office, hidup aku memang aman damai tenteram. Syiok wooooooooooo. Borak2 dengan rakan2 macam biasa untuk activity lasak minggu depan.

"Jom register Gym kak Gym " gitu kata si zanos
[Aku dah berkurun carik geng setia untuk ke Gym kompeni kami yang canggih di Cybos itu]
Aku " ko balik la sini, akak x de geng la nak pegi beriadah"
Zanos " kak Julia kata gym registration rm30 jer...next mth kite register ek"
Aku " wah! bukan rm50 kah? molek dah tu...ko bila balik sini daa? Abg bob dah mewinduimu..wahaks"
Zanos " ces...rm30 kak julia kata, dia tu dah slim ntah apa lagi yang tinggal kalau selalu ke gym "
Aku " ehhhhhhhhhh kurus pon, kalau kulit londeh tak best gak, mestila kenake gym mantap dan ketatkan apa yang patut...Ayoh! kite ke Gym"
zanos " ha'a kan..harussssssss. 4th mei kite pegi register ..."

Malam tadi, sepatutnya encik suami bawa marathon movie..

tetibe,

tibe tibe....




Kailan ikan masin satuuuuuuuuu

chef...camne nak masak siakap stim...yang STIM ini...yummeyh

Restaurant Juriah Masakan Panas @ Seri Kembangan...

GLUP



Friday, April 22, 2011

Citerasa Barat | Sirloin Sedap

Selepas makan tengahari...

Perasaan hari ni seperti seorang penyanyi yang dapat mendendangkan lagu yang sesuai dengan jiwa,

seperti M daud kilau dapat bergelek di atas pentas,

seperti mak we dapat jumpa pak we kacak idaman hati lah,

call saje...buat order awal. Sampai saje di meja, makanan terhidang depan mata. Tak payah tunggu, tak payah tunggu lama2.Walah!

Mana nak dapat woi service macam ni?

Well done Sirloin plus lime ice - RM 20.

with black pepper sauce...Delicious ke babom!


Chicken with mushroom sauce with Lime ice plussssssssssss
Xtra Mushroom sauce lagi
Superb!


Mesti datang lagi.

Walaupon hari ni 22 haribulan bersamaan hari poket kempis kami...namun kami berjaya menikmati makanan mewah seperti di idam-idamkan sejak semalam. [ sejak minggu lepas berazam kempen nak berjimat cermat beramai ramai oke...haram tak jalan. Huwarghhhh! ]

Carrot cake and ciken pie dalam kaunter kaca itu...memanggil2.
Slurpssssssssss.



Kisah si Kerang Bulu

Kerang Bulu ni nampak cam biasa je kan....tetapi TIDAK.
kalau raba raba rasa berbulu tu yang etam etam tu kat kulit dia tu.

******

Wah! minggu ni aku tak henti henti cerita tentang haiwan kan..kan kan.Meh layan pok pek aku tentang Kerang Bulu meh...

Almaklom la yek, aku di besarkan hanya dengan makan ikan ikan laut sahaje. Arwah mak jarang sekali sediakan makanan laut exotic dulu2. Yang aku kenal lauk lauk biasa dari lautan macam udang, sotong, kupang, kerang, yang kecik2 halus tu apa ek? Kapis ke hape nama nya...haaa...so, bila aku kenal haiwan haiwan baru...tahap kejakunan dan kekaguman aku agak tinggi melonjak dari biasa la kan. HEE...

Hari tu...masa makan MENTARANG

Mak mertua aku hidang 1 lagi jenis lauk, masak rebus jer....1st time aku temui. Rupa nampak biasa, tapi luar biasa sizenya.
Aku dengan muka seposen hembos soalan" mana bulunya?"
Mak mertua dan bapak mertua aku gelak kemain " muahahahahahahahaha..." siap geleng2 kepala ok. Mak mertua aku senyum2 kepot.
Aku dengan muka seposen...pandang muka encik suami.

Tibe tibe rasa dungu bin kerdil sangat kejap. :))

selain dari Mentarang, makanan yang satu ini jugak agak exotic bagi tekak aku. Maklom la..masa kecik2 aku kenal kerang ...comel2 jer. Hari tu, mak mertua aku perkenalkan Kerang Bulu. Besor-besor bapak kau size dia.

Kenyal rasanya. Cicah pulak dengan Kicap cili padi asam limau dengan bawang.


Sedappppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp!
Nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
GLUP!
:))

Thursday, April 21, 2011

GOBLOK



be good at your work with less credentials rather than a full-wall-mounted of credential but dumbshit goblok at work

- K -

Wednesday, April 20, 2011

MENTARANG Bukan MENATANG laaaaa


Mentarang....
one more time sebut...Mentarang. :))

ha ini la dia Mentarang rebus...hari tu kan hakak balik Kangar , kampong encik Suami di utara Peranchis tu...nak jugak Peranchissssss kan kamponggggg.

Di kampong...

Mak mertua hakak hidangkan makanan exotic sepanjang bercoti aka misi menyelamat dan membersihkan rumah mangsa banjir kan. So hakak ni yang memang kaki makan...henjoy sangat2 momento itu.

Ahaks..

Orang sibuk bersihkan anjung, hakak sibuk di dapur bersihkan mentarang. Mak mertua hakak ajo...Mentarang ni kena bersihkan betol2 sebab dia berlumpur. Kena berus gitu badan dia dengan berus kasut, dan macam basoh kasot sekolah dah gaya aku tau...hahahaha

Selama hakak di besarkan di negeri Johor dolu2...hakak tak pernah la nampak kelibat haiwan ni kat Darul Takzim kan...pendek kata kat Johor tak ada mentarang yang ada Kupang...yang color ejau tu...so orang selatan sure agak jakun kan bile nampak lauk Mentarang ni.

Ke hakak je yang memang jakun? Ehiks.

Encik Suami kata kalau makan mentarang ni, kena buatkan sos kicap cili padi asam limau.Baru la terangkat ke enakkannya. Walauweiiii...memang tak cukop la kalau rebus setempayan pon. Hakakk plak memang gemar sangat dengan makanan seafood-seafood ni kan.

Ha'a betol!...tetibe je...
ada sesetengah orang kureng gemar dengan mentarang ni. Berlumpur katanyeeee.
Tapi bagi hakak ...encik suami dah ajar dah cara cara nak menikmatinya...pastikan ada sebekas air bersih semangkuk buat membilas mentarang ni sebelom di celupkan ke dalam sos kicap cili padi asam limau dan di kunyah di dalam mulut. aaduiii tibe tibe bertakung air liur mak mengingatinya...

Baru la lumpur2 tadi berguguran...Yummeyy

Mana nak carik mentarang kat KL ni woi?Aduii kepingin pulak ni donk...:))


Monday, April 18, 2011

Kisah Belut Gedik

Daftar mengundi ka cik puan? muahahahaha...

Hujan turun renyai renyai pagi itu...

Masih tersenyum cam kerang setiap kali ingat aksi2 semasa menghabiskan cabaran


Team Kaki Makan eh eh..bukan bukannnnn...
Team 07 - The Bond ..ahaks [bukan nama team sebenar...tak sanggup nak share 1 donia...hikhik]



orang dah kata pakai baju merah...ko pakai gak baju ejau tu katak oiii..:))


Cak! maintainnnnnn...
dalam berdebar-debar...

Challenge no 1.
COUNT window panel - blue color only.....belumhabis aku baca clue...tibe tibe LARIKKKKKKKKKKKKKKKKKK
wakakakakaka....semua menonong lari tiru team lain.
Jawapan : SALAH.

Panelty pertama kami. 20 minit di habiskan makan roti dan ice cream.

Challenge no 2.
PANJAT POKOK KELAPA...seksa ok buat yang berbadan besor.
Cabaran : TET!!! semua lepas. yarriba yarriba.

Challenge no 3.
WALL climbing...hero Panjat dinding panjat dan amik clue seterusnya tak lebih dari 2 saat.
Pergh!! salute mu.

Challenge no 4.
Buat KLCC pakai LEGO .

Challenge no 5.
Isi air dlm baldi pakai paper cup.

Challenge no 6.
Makan roti coklat KISMI sorang sebantal okeeeeeeeeeeeee. [separuh bantal lagi seludup masok dalam beg, bawak balik..muahahahahah ]

Challenge no 7
Minom air peria campur timon pekat berkarat 1 shot.

Challenge no 8
Belai Belut..ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww ewwwwwwwwww pelok2 tiang aku kegelian yek. [Aku benci gile challenge ni tau...uwekkkkkkkkkkk geli geli ]

Challenge no 9
Tembak 10 das pakai senjata api..muahahahaha acah jeeeeeeeeeee.
senjata paintball sajos.

Challengge no 10.
Carik kunci ...pastu bukak kat perangkap TIKUS.
Tikkus tak ada pon dalam perangkap tu..muahahaha bikin stress sajos.

Walaupon tak berapa agak nak MENANG..muahahahaah tetapi
semua cabaran di berikan...di laksanakan sempurna penoh hemah oke.

Salute aku kat diri sendiri..
walaupon aku benci telan air peria yang sangat pahit nak kojol itu dan memegang belut berbadan berlendir itew.
YARKS!

Janji menang jeritttttttttttttttttttttttt


Kami bukan team yang TERAKHIR bagi Amazing Race 2011 '

See u 2012 People ;))

Friday, April 15, 2011

Kisah Biawak Gatal



From: Mohamad, Zai
Sent: Friday, 8 April 2011 9:29 AM
To: Jaafar, lili
Subject: umah jijah

Beb, plan kita ke umah jijah tu ON kan.. aku cadangkan lepas gaji lah yea.. leh kita beli hamper tuk anak dia.. kita share2 lah..30hb April hari sabtu

Apa kata kauuuuuuuuuu? Ko mintak izin shuk lah yea…

From: Jaafar, lili
Sent: Friday, April 08, 2011 10:26 AM
To: Mohamad, Zai
Subject: RE: umah jijah

Beb, aku baru balik Perlis ni..sroooooooooooooooooooooooot srooooooooooooottt, misi menyelamat membersih dan mengemas mangsa banjir. L

30 April yek, inysaAllah. ONNNNNNNNNNNNNNNNN.

Wah! pesanan…ye ye mintak izin shuk dulu of koz.

From: Mohamad, Zai
Sent: Friday, 8 April 2011 10:57 AM
To: Jaafar, lili
Subject: RE: umah jijah

Lerrrrr umah mak mertua ko kena banjir gak ke? ucapan simpati dari aku yea

1st time ko buat keje2 menyelamat yea.. tiba2 jea perlis kena banjir kan… sebelum nie tak pernah pun perlis banjir.. sejak bumi nie meletup sana sini

Keadaan bumi msia pun dah tak stabil sgt..

Ok set!! 30 april.. aku mintak jijah masak2 lah tuk kita.. kurang ajar nyer kawan.. si jijah tu dlm pantang lagi zai oooooiiiii.. hahahaha


From: Jaafar, lili
Sent: Friday, April 08, 2011 11:07 AM
To: Mohamad, Zai
Subject: RE: umah jijah

Ha’a 1st time aku misi menyelamat.. umah kat kangar tu dah kena banjir 2 kali. This is the 2nd one.

Aku plak kejap2 Nampak ular, kejap kang Nampak biawak, Kerja aku cume jejerit sana jejerit sini wakakakaka.

orang lain relex je memancing..wakakakakak

From: Mohamad, Zai
Sent: Friday, 8 April 2011 11:30 AM
To: Jaafar, lili
Subject: RE: umah jijah

Wakakakakakakakaka.. hahahahahahahahaha… wakakakakakakakaka

sure ular n biawak tu buat dialog..

Ular : Biawak. Ada aweeekk baru lah.. tak pernah nampak pun

Biawak : Ah ah kan.. jom usha.. mana tau dpt phone #

Ular : ok aku gie dulu….. “Hi…Salam Perkenalan”

Lily : aaaarrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh…. Aaaaaaarrrrrrrrrrggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.. abanggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Ular : apsal awek tu jerit… muka aku cam justin bieber apa….tak cukup ensem ke????

Biawak : takpa2 aku lak test.. muka aku cam merong mahawangsa.. macho sket dari justin bieber… “Ellooo.. sambik kenyit mata”

Lily : aaaarrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh…. Aaaaaaarrrrrrrrrrggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.. abanggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Ular & biawak : jomlah kita chow… histeria lak awek tu.. takpa.. nanti kita berlakon citer RIO baru dia tergiler2 kan kita..

Wakakakakakkakakakakaka.. nyorokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk….

Muahahaahahahaha

Sengal punya biawak. muahahaahaha

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Ini ialah kisah minggu lepas...:)

Minggu ni aku demam..tu pasal Blog sepi sebentar.





Monday, April 11, 2011

LAT | Kampong Boy 2011 | MELETOP


1 April - The Muzikal.

Seronoks sangat walaupon sampai lewat.HEEE....mamat joki dah meraung2 mintak kami parking valey rm15 katanya..tapi kami sombong. Wakakakakak...sanggup pusing satu taman nak carik parking kununnya...

Hamik kauuuu...

Dahhhhhhhhhhhhhhh lewat isk isk isk...Haa laaaaaaaaaaaaaa..parking penoh ok. Ingatkan dah makin ke pengujung hari persembahan Lat Kampong Boy nie, makin tak ramai yang menonton...rupe rupenyaaaaaaaaaaaa, kami parking di Institue Darah Negara kauuu.

Bikin darah aku naik saje kena parking jauh dari Istana Budaya.[Padan muka kan..hikhik]

Nasib baik terserempak dengan salah seorang organizer yang sangat cun dan wangi di lif. Dia membawa kami...wah! macam special guest gitu ke lokasi tempat duduk kami. Wahaks.

Tempat duduk kami atas sekali.Waakakakakaka hiburan budget gitew...nasib baik berbaloi2. Syiok!

Apa yang korang nampak kalau dah duduk atas sekali?


cantek kan? bestttt wooo menonton dari atas..leh berdansa sama2 dengan penari2 kat bawah tu...tapi berdansa kaki je la..kalau nak melompat2, ada korang terjunam jatoh ke bawah plak kan....walaupon hanya nampak jambol Mrs Hew...


dendangan lagu dan vokal power dari Atilia....sangat menghiburkan. Seronok lah!

Lepas show, orang ramai masih berlegar-legar di ruang legar yang di penuhi dengan aksi-aksi kartoon LAT berposing sakan sambil menanti pelakon-pelakon yang menjayakan begitu juga penonton2 istimewa yang hadir sama malam 1 April...

Aku tunggu dia...hanya DIA...;)).

Producer and director paling kreatif aku rasa kerana mengenengahkan LAT Kampong Boy sebagai drama muzikal.

Baru la best nak datang Istana Budaya selalu kan.


Dengki giler fotographer aku kan...wakakakakaka Aku rasa nak hambat dia dengan kain kemban.

aha! adik manis pon turut serta menonton sama malam 1 April...sangat la sopan santun awek ni.
Hakak suke la dengan kamoo


Kawan kawan yang bergelak gabak bersama-samaku.

nanti kalau ada muzikal show lagi..kite pegi sama sama eh!