Friday, December 17, 2010

Kenangan Tak Dapek Di Lupakan


Wah! Jumaat kembali lagi bebeh...hari ni hari Jumaat 17 Decemeber 2010.

Pantasnya masa berlalu....Jumaat lepas 10 December 2010, aku bergerak pantas menyiapkan persiapan2 terakhir majlis pernikahanku pada 11 December 2010.

Maknanya?
Maknanya dah 7 hari hakak berstatus ISTERI. wink wink :))

Meh nak cerita tentang Jumaat lepas...jum.

Petang pegi Kelana Jaya amik dulang hantaran. Hari jumaat, Kelana jaya mana pernah TAK JAMMED kan. Mimpi la...

Dalam perjalanan balik ke rumah, kak RAM dari Cantik Manis Bridal calling2. Akak dah tinggalkan eksesori, bunga bunga segar dah letak dalam bilik...wah! ada mee kari. Bye.

Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Aku masih menunggu....
Tunggu lori antar dan pasang khemah Lilac ku.
Tunggu kawan kawan antar chocolate dan cupcakes sedap penuhi dulang hantaranku.
Tunggu inai di 10 jemari manisku.
Ahakkkkkkkkkkkkkkkkkkkks.

Pakai Inai.

Tepat pukol 800 malam aku tanyekan pada kakak " inai kak zie dah buatkan?"
Kakak dengan muka ala ala lupa kan bagi alasan " nape tak cakap hari tuuuuuuuuuuuu..."

Rasa blank sesaat.

Aku maintain julite { muka tanpa perasaan waktu nie } je kerana aku tahu kakak akan selesaikan masalah yang timbul.Heehee untong nya badan jadi adik bongsu kan.

Seingat aku, aku dah pesan pada kakak berpuloh kali, tapi biasa la dalam persiapan perkahwinan perkara remeh temeh sebegini pasti berlaku. Aku plak dah set mind, tak ada inai pon tak apa. Aku tetap tawen dengan encik Tunang ke cayangan.

Woweeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Dengggggggggg! Jarum jam menunjukkan pukol 10 malam.
Kakak beransur ke belakang rumah, tak sampai 3 minit tibe tibe aku lihat dedaunan inai terbaring atas meja makan.
Kakak keluarkan lesung batu, gambir ada bekas kecik entah isi apa aku tak amik tahu.
Tak sampai 2 minit aku lihat Ejan dan anak buahku FD dah terjelepok menumbuk dedaunan tu.
Masing2 mengerumuni anak dara cantik manis bersimpoh depan pintu membebel bebel beri cadangan.

Ada yang kata " buh la gambit skit nak kasi merah"
Si hana kata " buh la asam limau nak kasi tahan lama"
Kakak pulak kata " buh la arang nak kasi merah pekat"
Kak Ina pulak tambah " daun inai kalau muda tak jadik dik " dengan muka mak datin dia dari atas kerusi oke.

Aku tersentap ok. Saat macam ni aku tak boleh dengar perkataan TAK JADIK.
Tambahan pulak aku tahu pokok inai yang di petik kakak baru saje molek tumbuh melata selepas di cantas. Suke tak suke, Ejan maintain menumbuk sampai lembik dedaunan itu tanpa menghiraukan kenyataan kakak.

Sambil menunggu Ejan selesai menumbuk, aku melayan kawan kawan yang datang menghantar chocolate dan cupcakes untuk di buat hantaran. Terharu beb. Aku terima dengan rendah hati. Susah payah je membantu aku siapkan dulang hantaran yang ku ambik petang tadi.

Abang dan abang iparku pulak berborak di luar rumah menunggu Hairil and the geng pasangkan khemah begitu juga Lori penghantar pelamin.

1100 malam.
si Ejan masih menumbuk ketang ketung ketang ketung..eh tak de la pulak aku dengar begitu....atau aku terlalu fokus hingga dah naik pekak? Hahaha

Melihat kerajinan Ejan menumbuk aku yakin lengan dia dah mula naik bengkak iras iras lengan Arnold Susahnakeja. Aku masih menemani kawan kawan kesayangan makan mee kari di sediakan oleh kakak.

BFF ku sibuk menyoal " macam mana ko leh nampak tenang je ni ...apa ko rasa sekarang ni Ly?"
Aku dengan muka tenang dan senyuman manis di bibir menjawab " aku rasa SIBUK "

Hahahahaha

Kalau kepala otak ko dah sibuk tahap gaban duk pikir pukol berapa pelamin aku nak sampai, inai di jari siap di pakai, khemah cantek di pasang, mana ada space nak rasa TAK tenang beb.

Bole gitu? HEEEE.

Tibe tibe aku rasa suasana sunyi sepi. Kakak dan abang2 ku ghaib. Ke mana mereka?Dan waktu itu juga la lori membawa pelamin sampai dan teros pasang.

Kak ada karpet tak nak letak bawah nie? tanye adik manis
Alamak!
Hanya abang sahaje yang tahu di mana lokasi menyimpan karpet. Deng! Waktu itu la jugak mereka keluar ke rumah Kak zie untuk upacara memakaikan inai di jemariku.



Tunggu lagi.

Tak lama lepas tu wajah kak Zie tersembul depan pintu. Lega. Abang keluarkan karpet dan tadaaaaaaaaaa pelamin ku siap tak sampai 1 jam. Canggih ok crew Nurul nie. Inai di dalam lesung selesai di lenyek. Aku di arahkan duduk bersandar tepi dinding.




Acara bermula...adeih letihnya.

Tenyeh tangan kiri, bungkus.
Tenyeh tangan kanan, bungkus.
Tenyeh kaki kiri, bungkus.
Tenyeh kaki kanan, bungkus.
Tenyeh tangan si Ikmal, terbaring teros. Wahahaha
Tenyeh 3 jemari Farah. POSE!

Hahahahaha

Pukol 300 pagi, aku di paksa tidor dengan tangan dan kaki di keraskan dan kaku.
Dalam pukol 4 pagi, ketiak mak tetiba rasa gatal...macam mana nak garu niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?

Status : Esok pagi tu mandi, teros ilang ghaib inai inai di jemari.
Betol bak kata kakak " Inai muda tak jadikkkkk"
Bikin seksa badan gueh sajos.

Overall, a fun experience ;)



No comments:

Post a Comment