Wednesday, December 22, 2010

Ho ho ho!



Suami sibuk dengan...
1. Anugerah Skrin
2. AJL 2010
3. macam macam lagi program teebee bakal ke udara hujong tahon 2010 dan awal tahon 2011.
{ eh molek ke cite pasal suami kat satu dunia..owh no no no kena fikirkan semula ini }

Isteri sibuk jugak tetapi sibuk bermain dengan...
1. MOP
2. Penyapu
3. vacumm
4. penyesuaian diri dengan rumah, suasana dan kejiranan baru
5. List down things to do & fix for our new house.
6. List down AZAM baru untuk tahon 2011.

yok oooo jek.
Hihi..padahal duduk depan tee bee layan cite cite cuti sekolah di TV3..wakakaka



Kepada yang menyambut Ho ho ho 2010...
do not drink . smsing & drive oke.

Kepada yang sedang susah hati, jum keluar and party!!!Bole camtu? hahaha





Saturday, December 18, 2010

Mimpi Unguku Jadi Realiti




Hari ni hari Sabtu woi. Hari sabtu minggu lepas la hakak di nikahkan.
Gumbirenya dalam hati semuanya berjalan lancar dan selamat.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah

11 December 2010 - Sabtu - 11 pagi.

Haaaa...meh nak ajak imbau kenangan skit. FLASH BACKKKKKKKKKKK time...

Ingat lagi masa mula mula nak pilih hari dan tarikh pernikahan. Aku dan encik Tunang di One utama jalan jalan hujung minggu minom kopi. Ayahanda encik Tunang call waktu tu..."kite buat bulan June...6 June" katanya

Aku terlopong " kan Hana kawen bulan June...abang tak bagi tahu abah ke?"
Abang " Dah bagitau..." katanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Make up artist : Ezral Nordin
Love his professional work. Very friendly with this talented hands.
Superb results. I love it very much.
Thank u for making me beautiFULL whole day ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pok pek pok pek pok pek dengan ayahanda.

Abang " abah tak mo lambat2...kena segerakan majlis kite ni"
Aku terlopong makin besar " laaaa nak segerakan pon agak2 la...Hana kawen, kite kawen nak 1 pelamin ke?"
Abang " eh tak nak lah...abis bile?"
Aku terkepot2 sendirian " apa kata kite buat 11 december nikah,12 december kite sanding...
sama dengan hari lahir sayeee jugeeeeeeeeee"
Mata encik Tunang bercahaya macam pakwe mengorat berjaya dapat nombor telefon mak we cun.
Abang dengan wajah senyuman gatal " malam nanti abang diskuss lagi dengan abah"


Dulang hantaran deco by Nurul Arbee Creation.
Choice of flowers : Fresh white roses, mix with wild green orchid and dedaunan.
Segar mata hakak tak itu?!! hahaha sukeeee sangat2
Very sweet multitasking business woman, wife and mother.
Very easy working with u gurl.
Hakak kagom dengan kau.:))

Thank u to my BFF Ayom sponsored that cute choco for me...u are so sweet my frewn.
Muahsk!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa aku kawen bulan December?

Aku sebagai adik bongsu hanya mampu mengalah buat Abang tersayang. Abang dah lama merancang nak kawenkan anak sulong lelakinya dan satu satunya anak perempuan kesayangan yang pertama kalinya dalam sejarah keluarga kami. Lagipon...abang lah jugak yang bakal menjadi Waliku.
Mana mungkin aku melawan tokeykan waktu itu...
Aku mengalah..agar abang dan seluruh keluarga bahagia dan tak gelabah.
Hiks...

Maka dengan persetujuan ke dua dua pihak, kata putus di ambil bahawa tarikh kami di satukan ialah pada hari Sabtu 11 december 2010 iaitu
6 bulan jaraknya dari majlis perkahwinan Hana anak buahku yang manis itu.
Wah! dah macam text ucapan mohor2 besor la pulokkan.

Maka pada hari Sabtu minggu lepas, akak sudah bergelar isteri kepada Encik Shuk.
Beliau adala kekasih hati, teman sejiwa, teman sepermainan melalui liku liku susah payah suke duke bahagia gembire tergigit lidah kehidupan sejak 8 tahun yang lalu.

Kini dialah Suamiku.

Wah! lain macam ok bile sebut Suamiku.Hahahahaah...rasa seumpama Mimpi jadi Realiti.Eh...memang realiti la nie.

Mini Pelamin by Nurul Arbee Creation.
Very fast and excellent crew u have gurl!
Amazing, sekejap sesat sekejap SIAP!
hahahaha...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yea, lapan tahun.

Kalau di fikir fikirkan...lama sunggoh perjalanan ikatan kasih antara kami berdua.Kalau kawen 8 tahon lalu, aku kini mungkin sudah memiliki anak di sekolah darjah dua. Hiks. Namon kalau dah di katakan jodoh pertemuan ajal dan maut itu hakNYA.
Betol kata orang tua tua "Dah jodoh tak kemana".

Hiks :)



11 December 2010 bersamaan hari Sabtu dengan rasminya hari kami di satukan bersaksikan pakcik yang baru pulang dari Haji menikahkan kami, pakcik2 dari masjid kg Nak****, abang2, kakak, kawan kawan, saudara mara dan juru foto juru foto tersayang.
Hahaha...sampai jammed camera kau kerjakan !!! hahahaha

Alhamdulilah. Dengan 2 kali lafaz ...semuanya memanjatkan doa kesyukuran kehadratnya dengan kelancaran majlis hari tu.

Dug dag dug dag dup dap dup dap...


orang kata selalunya pengantin kalau nak di nikahkan selalunya gemuruh, gugup.
Tak bagi aku, aku selamba je.
Tenang ok.
Aku rasa sunggoh bahagia.
Ntah dari mana kebahagian dan ketenangan itu hadir.
Semua yang aku mahukan tersusun indah, di atur lancar buatku hari itu.
Alhamdulillah.

Mak ...Abah...anakmu kini dah jadi isteri orang sekarang ;))
Doakan jodoh kami berkekalan hingga akhir waktu.









Friday, December 17, 2010

Kenangan Tak Dapek Di Lupakan


Wah! Jumaat kembali lagi bebeh...hari ni hari Jumaat 17 Decemeber 2010.

Pantasnya masa berlalu....Jumaat lepas 10 December 2010, aku bergerak pantas menyiapkan persiapan2 terakhir majlis pernikahanku pada 11 December 2010.

Maknanya?
Maknanya dah 7 hari hakak berstatus ISTERI. wink wink :))

Meh nak cerita tentang Jumaat lepas...jum.

Petang pegi Kelana Jaya amik dulang hantaran. Hari jumaat, Kelana jaya mana pernah TAK JAMMED kan. Mimpi la...

Dalam perjalanan balik ke rumah, kak RAM dari Cantik Manis Bridal calling2. Akak dah tinggalkan eksesori, bunga bunga segar dah letak dalam bilik...wah! ada mee kari. Bye.

Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Aku masih menunggu....
Tunggu lori antar dan pasang khemah Lilac ku.
Tunggu kawan kawan antar chocolate dan cupcakes sedap penuhi dulang hantaranku.
Tunggu inai di 10 jemari manisku.
Ahakkkkkkkkkkkkkkkkkkkks.

Pakai Inai.

Tepat pukol 800 malam aku tanyekan pada kakak " inai kak zie dah buatkan?"
Kakak dengan muka ala ala lupa kan bagi alasan " nape tak cakap hari tuuuuuuuuuuuu..."

Rasa blank sesaat.

Aku maintain julite { muka tanpa perasaan waktu nie } je kerana aku tahu kakak akan selesaikan masalah yang timbul.Heehee untong nya badan jadi adik bongsu kan.

Seingat aku, aku dah pesan pada kakak berpuloh kali, tapi biasa la dalam persiapan perkahwinan perkara remeh temeh sebegini pasti berlaku. Aku plak dah set mind, tak ada inai pon tak apa. Aku tetap tawen dengan encik Tunang ke cayangan.

Woweeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Dengggggggggg! Jarum jam menunjukkan pukol 10 malam.
Kakak beransur ke belakang rumah, tak sampai 3 minit tibe tibe aku lihat dedaunan inai terbaring atas meja makan.
Kakak keluarkan lesung batu, gambir ada bekas kecik entah isi apa aku tak amik tahu.
Tak sampai 2 minit aku lihat Ejan dan anak buahku FD dah terjelepok menumbuk dedaunan tu.
Masing2 mengerumuni anak dara cantik manis bersimpoh depan pintu membebel bebel beri cadangan.

Ada yang kata " buh la gambit skit nak kasi merah"
Si hana kata " buh la asam limau nak kasi tahan lama"
Kakak pulak kata " buh la arang nak kasi merah pekat"
Kak Ina pulak tambah " daun inai kalau muda tak jadik dik " dengan muka mak datin dia dari atas kerusi oke.

Aku tersentap ok. Saat macam ni aku tak boleh dengar perkataan TAK JADIK.
Tambahan pulak aku tahu pokok inai yang di petik kakak baru saje molek tumbuh melata selepas di cantas. Suke tak suke, Ejan maintain menumbuk sampai lembik dedaunan itu tanpa menghiraukan kenyataan kakak.

Sambil menunggu Ejan selesai menumbuk, aku melayan kawan kawan yang datang menghantar chocolate dan cupcakes untuk di buat hantaran. Terharu beb. Aku terima dengan rendah hati. Susah payah je membantu aku siapkan dulang hantaran yang ku ambik petang tadi.

Abang dan abang iparku pulak berborak di luar rumah menunggu Hairil and the geng pasangkan khemah begitu juga Lori penghantar pelamin.

1100 malam.
si Ejan masih menumbuk ketang ketung ketang ketung..eh tak de la pulak aku dengar begitu....atau aku terlalu fokus hingga dah naik pekak? Hahaha

Melihat kerajinan Ejan menumbuk aku yakin lengan dia dah mula naik bengkak iras iras lengan Arnold Susahnakeja. Aku masih menemani kawan kawan kesayangan makan mee kari di sediakan oleh kakak.

BFF ku sibuk menyoal " macam mana ko leh nampak tenang je ni ...apa ko rasa sekarang ni Ly?"
Aku dengan muka tenang dan senyuman manis di bibir menjawab " aku rasa SIBUK "

Hahahahaha

Kalau kepala otak ko dah sibuk tahap gaban duk pikir pukol berapa pelamin aku nak sampai, inai di jari siap di pakai, khemah cantek di pasang, mana ada space nak rasa TAK tenang beb.

Bole gitu? HEEEE.

Tibe tibe aku rasa suasana sunyi sepi. Kakak dan abang2 ku ghaib. Ke mana mereka?Dan waktu itu juga la lori membawa pelamin sampai dan teros pasang.

Kak ada karpet tak nak letak bawah nie? tanye adik manis
Alamak!
Hanya abang sahaje yang tahu di mana lokasi menyimpan karpet. Deng! Waktu itu la jugak mereka keluar ke rumah Kak zie untuk upacara memakaikan inai di jemariku.



Tunggu lagi.

Tak lama lepas tu wajah kak Zie tersembul depan pintu. Lega. Abang keluarkan karpet dan tadaaaaaaaaaa pelamin ku siap tak sampai 1 jam. Canggih ok crew Nurul nie. Inai di dalam lesung selesai di lenyek. Aku di arahkan duduk bersandar tepi dinding.




Acara bermula...adeih letihnya.

Tenyeh tangan kiri, bungkus.
Tenyeh tangan kanan, bungkus.
Tenyeh kaki kiri, bungkus.
Tenyeh kaki kanan, bungkus.
Tenyeh tangan si Ikmal, terbaring teros. Wahahaha
Tenyeh 3 jemari Farah. POSE!

Hahahahaha

Pukol 300 pagi, aku di paksa tidor dengan tangan dan kaki di keraskan dan kaku.
Dalam pukol 4 pagi, ketiak mak tetiba rasa gatal...macam mana nak garu niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?

Status : Esok pagi tu mandi, teros ilang ghaib inai inai di jemari.
Betol bak kata kakak " Inai muda tak jadikkkkk"
Bikin seksa badan gueh sajos.

Overall, a fun experience ;)



Thursday, December 16, 2010

Bersatu Dalam Damai



Alhamdulillah...
Syukur kehadratNYA yang maha ESA mengizinkan semuanya berjalan dengan lancar.


11 December 2010 Sabtu @ Batu Caves
Cik Lola kini dengan rasminya boleh la di panggil Puan Lola ye adik adik manis.

Hiks.

&&&&&

Jutaan terima kasih kepada SEMUA yang terlibat
dalam menjayakan
majlis INDAH pernikahan ala ala taman lilac dalam rumah antara
Cik Lola bersama Encik Tunang.

Make up by : Ezral Nordin
Veil by : BeautynTheBeads
Baju Nikah Perempuan by : Rohaya's Tailor
Baju Nikah Lelaki by : Omar Ali
Pelamin & Hantaran & Bunga Tangan by : Nurul Arbee
Aksesori & Dekorasi Bilik Tidor : Cantik Manis Bridal
Fotographer : AizuddinMohd.com

Setiap saat dan detik, susah payah, senyum tangis, gelak dan tawa di luangkan bagi menyerikan majlis kami tidak mungkin
kami suami isteri lupakan.
HEE
Terima kasih.

status minggu ini : SIBUK.


Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH


Dear Mommy & Daddy,

Hari ini adalah cuti umum sempena AwalMuharam.
Selamat Tahun Baru 1432Hijrah.

Anakmu akan berhijrah status beberapa hari lagi nie.
Cincin pernikahan dah beli dengan kakak semalam.
CANTEKKKKK
Pagi tadi, kami berdua duduk2 bercerita tentang makna kasih sayang & cinta tibe tibe hati kami berdua sayu.
Kamu berdua kami harap ada BERSAMA.
Air mata kami terus berlinangan rindukan kamu berdua.
Doa kami semuga mak & abah juga turut bahagia di sana.

Doakan segalanya berjalan lancar, selamat serta restuilah penyatuan hati kami berdua yea.
Amin.



Sunday, December 5, 2010

salah FAHAM



merbahaya untuk kesihatan



Aku " ko sudah makan?"
Ngko jawab " makan kat mana? sedap sangat ke??kenapa nak makan mahal2 sampai kena bayar 12 ringgit!!!"

TETTT!
HulpppppppppppppppppppPPPPppppp



Jom Test Menu Resepi Cik Lola Jum

Masih lagi berkisah persediaan perkahwinan Cik Lola.
Hari ni jum kite pegi bab test food ...sedap atau tidak? :))

Ayoh!



menu no 1. Shusiiiiiiiiiiiiiiii.

Bole?

Ala aku tahu, korang kalau bab makan, tolak sudu dengan garpu je kan kan kan?
Miahahahahaha Hamikkk!!!
Overall Shusi sedap. Presentation cantek. I loike! ;)


Menu no 2.
Thai kari pie ...Bowl di saluti pie berintikan ciken kari yang enak.
Korang jangan telan bowl2 dia sekali plak taw.
Mana la tahu syndrome Jakun tetibe datang kan. Waaaaaaaaahaks!
Di samping itu korang juga akan dapat menikmati Fair Lady Choc Ice yang sangat menenangkan jiwa dan perasaan...macam nie .HEE

Sedap banget..Penoh rasa cekelet.

Menu no 3, adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

menu kegemaran cik Lola. Tak kisah la berlaukan ..tempe ke kan
lauk? wakakaka seafud udang sotong atau daging meat ball bapak besar.

Yummeyh!




Dah! Acara Food test dah selesai.
Amacam? Best? Interesting? Pening? Loye?Terbeliak bijik mata?
Ngangaaaaaaaaaaaaaaaa?

Bio Betol!
Wakakakakakakakakakkaka



Ni apa kes plak main tutop2 muka ni? U artist ke pakcik?
Miahahahaha...
Hamik bill ni..bayau eh.

Hikhik ..
Muahs to u - encik T :))

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Jum carik Tie jum.
Hari ni adalah hari mencarik harta karun...ehekz..tak tak..mencarik barang hantaran kami.
Fun woo


salam dari Snowwwwwwwwwwwy town...hekhekhek


Thursday, December 2, 2010

Tahniah Jamil


Tahniah eh buat kamu berdua.
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya
InsyaAllah.
Amin.

Jodoh, pertemuaan,
Ajal, maut itu di tanganNYA.
Begitula kata pujangga.

November tahun lepas tak silap aku, kedua duanya bertemu.
Waktu tu aku nak tumpang si Jamil balik keoffice. Sementara masing masing nak dapatkan offer letter dari new management yang mengambil alih kompeni lama kami yang dah bungkus.
Aku dan Jamil berdiri tegak di luar dewan menunggu rakan2 Jamil yang lain.
Dalam kekecohan ramainya staff yang bertaburan selepas amik offerletter, wie mendekati aku sementara menunggu kawan kawanya pula keluar dewan.
Dari situ agaknya mata bertentang mata, dari mata teros ke hati.
Walauweiiiiiiiiiiiiiiiiii

cam cite tamil pon ada.

Masa tu, aku intai mereka dari hujung mata.
Dengan hanya sekali pandang kut, bertukar no hp { aku punya kerja la ni pass no Wie kat si Jamil..hiks..kawen akhirnya korang! },
dah selesai sempurna di ijabkabulkan 27 Nov yang lalu.

Berapa kali ko lafaz akad nikah weh? Hiks...Tahniah mil tahniah





Wednesday, December 1, 2010

Ada apa dengan 12 Disember





Hari ni ialah hari pertama bulan Disember, 2010.
Aku di lahirkan 11 hari dari hari nie beberapa ..perghhh beberapa tahun yang lampauuu...{ngeri siut nak sebut perkataan lampau di sini...uhukz}

Woweee...Alhamdulilah masih sihat, masih mampu tersenyum.

Sebelas hari lagi dude...usia hakak berubah,
11 hari lagi jugak, status hakak akan berubah jugak.

Ala la la la long..ala la la la long. Sing with me..wakakaka

Ops! lupa plak...iklan sebentar.

Acara potong cake and POSE for jeng jengjenggggg

Heppi Bufday Farid Kasturi
Hi- Five Saggitarius Clan! cake ada ke tak weh?
Nakkkkkkkkkkkk...:)
&&&&&&&&&
Satu lagi hal aku dan encik T dapat selesaikan hari nie ialahhhhhhhhhhhh
bertemu dengan abg Audio.

Abang Harris...dia ni kaki buat event aka konsert jugak. So encik Tunang dengan beliau datang untuk check power supply, plug area, bla bla yang berkaitan dengan power lah pendek cerita.

Walaupon Wedding Consultant aku dah lantik, tapi aku dan encik tunang lebih yakin melibatkan diri dalam process persiapan terakhir akhir kami.
Puas hati je kalau dah nampak dengan mata kepala sendiri apa dan di mana keperluan tersebut berada.
Puas hati je kalau dapat menyatakan hasrat teros kepada yang pakar, sekaligus mendapat jawapan yang telinga aku ingin mendengarnya.
Walah!Macam nak buat konsert AJL 2010 siuttt ;))

Muzik dan alunan gesekkan viiola [[ eh! jadik ke x jadik nih encik T oiii ]] adalah
hadiah kami buat tetamu yang di undang amnya dan
buat ayahanda encik Tunang yang sukekan muzik LIVE khususnya

Eh! Mood korang mesti lovey dovey romnatik gitu tau. Tak mo mood masam masam like tomyam oke.
Hakak disllike mucho.

Sampai di taman, aku lihat banyak bunga bunga orkid perlbagai jenis mekar ranum di jambangan.
Hati ini terus rasa gembire bahagia tersenyum.
Segala galanya nampak indah adanya kamu di situ, di sanun, di sinun
Cantikkkk

Aku berharap sangat kamu kekal indah sehingga hari besar kami wahai sang Orkid.
Dedaun dan pokok2 nampak sihat segar bugar di sekelilingku.
Aku duduk di bawah salah satu Gazeboo tersedia sambil menunggu encik tunang dan pakar audio habis berbincang.
Terasa seolah olah pokok2 flora dan fauna kayu2 dan batu batu berkata kata kepadaku...

" Tak sabarnya kami menunggu majlis bahagia, indah lagi ceria kamu wahai sang permaisuri seHARI "