Saturday, January 22, 2011

RUMAH tangga



Minggu lepas, hari Sabtu macam hari ni la...aku dan 2 orang sahabat ke Melaka.
Hadiri majlis persandingan adik manis aka Pengapitku yang cutest. Beliau juga adalah salah seorang ahli
kelab kalis KUTUK.
Oh yea. kelab ini di tubuhkan kepada ahli yang tahan di kutuk sahaja. Alaa kutuk2 sayang gitu. Bukan kutuk sampai tercirit beret pon. Ok?
Ahli yang tak tahan,, sikit sikit nak sensitif memang tidak di galakkan sama sekali menjadi ahli sebab ahli-ahli yang ada pasti MALAS nak layan.
Wahahaha

Ini cerita minggu lepas sebenarnya..Walauweiii basi sudey, tapi nak share jugak.
Sahabat ku Gejols dan Gezai menemani aku ke Melaka.Mana perginya encik Suami eh? Ohhhh...kebetulan, hari dan tarikh yang sama. Uncle Roger aka Bapak angkat encik suami pun kahwinkan anak tunggalnya.
Maka suke tak suke, aku dan encik suami terpaksa bahagi dua.


Photo dari official fotoG di cilok dari FB. :)

Membalas jasa baik yang dihulurkan semasa majlis perkahwinan kami berdua. Aku ke Melaka,
encik suami ke rumah uncle Roger.
Dalam perjalanan ke Melaka, kami bertige berborak borak macam biasa. Gelak, gossip, kutuk, gelak, gossip, kutuk lagi sampai haus.
Dah dekat nak kering air liur aku bercerita, sahabat baikku bertanye

"Ly, share la pengalaman hidup berumahtangga..."
Lebih kurang begitula soalan sahabat yang ke dua duanya masih single ajukan padaku.
Usia alam rumahtangga ku saat itu belum cecah sebulan pun.Hiks.Kalau ikotkan, malu rasanya nak berkongsi cerita. Maklom la pengalaman hidup senipis kulit bawang. Auw! Cakap lebih kang, bongkak plak. Jadi aku cerita sikit je la ek..pengalaman pon masih sikit. HEEE

Demi sahabat sahabat yang kucintai mengambarkan perasaan yang ku alamai...
bagi aku yang baru sangat jadi isteri lewat usia ini.
Rumahtangga itu lengkap melengkapi 2 hati.
Rumah nampak tak kena tanpa TANGGA,
tangga dengan sendirinya tak sempurna tanpa Rumah.

Janggal kan.
camne nak cerita ek..ermmm...
1 tu Ganjil...tak genap rasanya.
2 baru Genap.
Haa camtu la perumpamaannya ..hiks

Cerita tentang Rumah, pastinya semua manusia perempuan begitu juga lelaki mengimpikan rumah yang indah cantek padat dengan gelak ketawa bahagia aman damai melimpah dengan kasih sayang dan kebahagian setiap masa. Indah dan cantek bukan?

Hakikatnya apabila 2 kepala manusia berbeza citerasa, berbeza dari segala segi, hidup bersama di bawah 1 bumbung, sudah pasti banyak kerenahnya.
Cuba bayangkan,bayangakan je ...

isteri pembersih orangnya. Ada habuk sikit,dia angkat penyapu sapu, ada lekit2 sikit, di ambilnya kain, di lapkan kering.Ada debu2 di lantai, tangkas tangan menghayun mop.
Isteri di besarkan, dengan cara hidup dan latar belakang yang berbeza.

Si suami pulak, workaholic orangnya, kalau buat kerja serupa kapal karam la jadinya seluruh ruang tamu eh tak seluruh ruang rumah.Bersepah tak payah cerita.
Habuk rokok berterbangan satu dunia.
Haaaa bayangkan...
Dari situ aplikasi kesabaran dan timbang rasa tolak ansur kasih sayang yang tebal perlu di practisekan segera.
Isteri perlu sabar.Suami pulak seharusnya timbangrasa.
Kalau isteri tak sabar, suami tak sensitif hidung isteri dah penoh dek asap. Tak ke perang ????

Kalau di bayangkan dari sudut yang lain pulak,
bertuahnya badan andai suami seorang peyayang dan penjimat orangnya, isteri pulak kaki shopping, bukan shopping untuk diri sendiri sahje, malah shopping yang bukan bukan sehingga melampaui tahap dan kemampuan suami..
Mana kan tak bertelagah kalau sofa di beli penghias rumahtangga tak mengikut citerasa apakan lagi budget si suami kan.
Tak ke perang???

Tapi kalau suami pandai ambik hati di buatkan segelas milo ice buat si isteri.
Kan aman damai kekal harmoni rumahtangga jadinya.

Pendek cerita la eh,kalau nak cerita memang tak habis kut

bak kata encik suami...
alam rumahtangga adalah alam dimana dua manusia menjalani kehidupan seharian dengan ASAM GARAM di sulami kasih sayang, rajuk, tanggungjawab,gelak ketawa, selisih paham, mak mertua, abang ipar, tolak ansur, tolong menolong, kekuatan minda , physical, ilmu dan iman dalam dada.

Phewwwwwwwwwwwwwwwww
ok ok moralnya...tak payah la berkire sangat dengan orang yang kite sayang yea.

***

Hari ni majlis bertandang adik manis dan suami di pihak lelaki pulak
Aku tak dapat hadirkan diri ar kerana encik suami ada hal penting yang tak dapat di elakkan dan
aku di serang Alegik kat muka balikkkkk
Huarghhhhhhhhh.

apa la yang aku makan semalam nie ek?



No comments:

Post a Comment