Sunday, October 2, 2011

Loyang Oh Loyang





Image kuih kasui dari Resepiibu

Saya nak buat kuih kasui ...
saya nak belajarrrrrrr buat kuih kasui..



Sejak hari isnin minggu lepas...
Aku dok hafal bahan bahan nak buat kuih kasui. Macam macam versi.
Si lindah office mate aku ajar pakai tepung beras. gula merah, kapur , garam, kepala muda parut.

Aku usha bahan dari resepi ibu pulak pakai tepung gandom dengan tepung ubi.Alamak!

Nak lagi mencabar minda, aku jenguk2 pulak bahan bahan dari resepi kak yatie.
Kak yatie pulak pakai tepung gandom, tepung ubi dannnnnnnnn tepung beras. Ha!!! baru betol agaknya ada tepung beraskan.

Well, macam macam orang macam macam la cite rasa kut ek.
Aku tak tahu la apa fungsi buh tepung2 macam macam ni dalam kasui. Yang aku harapkan kasui aku menjadi. Hee.

Hari isnin minggu hadapan,
kakak kakak senior di office ajak aku buat potluck lagi.
Eh! raye aidil fitri dah lama habis kan...apa pasal kakak kakak ni macam tak puas puas makan lemang dan rendang ek?

Hairan saye.

Macam macam menu di lontarkan dari pagi sampai la ke petang.
Aku ni yang memang tak berapa nak berbakat beraksi di dapur, dah terbayang nak buat agar agar seksi saje macam potluck hari raye yang kami buat beberapa minggu lalu.
Alaaa agar agar yang tak sampai setengah loyang tu. Kah!

Walaupon tak sampai setengah loyang. Habis licau ok. Ahaks. dah sikit...memang la licau joyah oii. kahkahkah.

Ok tadi aku di temani encik suami ke Giant.
Gaji dah masok, barang dapur dah tak nampak bayang.
Maka...kena la penohkan stok barang dapur semula bang sebulan kan.

Di Giant aku borong semua barang kegunaan dapur termasok la projek nak buat agar agar seksi dan kuih kasui.
Dari pada cili kering, sampai la rempah ratus sepeket seringgit aku borong. Mana la tahu nak buat sup ekor esok esok kan.
Di kaunter, encik suami pon tabur la barangan di atas kaunter.
Kecing! RM150 kak " kata budak kaunter kussss semangat badan. :)
Aku tak nampak pulak dia mengemaskan barang barang dapur aku , masokkan ke dalam beg plastik

" Aku hari ni hari apa bang?" tanye ku pada encik suami
"SABTU ..."balas encik suami dengan wajah macam dah mula naik bengang
"Hari ni tak ada plastik ar bang " aku bagitau sambil buat muka tak bersalah lupa bawak recycle beg.
"Habis tu bagitau abang buat apa.. Angkat ler satu satu " selamba encik suami bagi aku sedas.
Aku senyum manis semanis kerang segar sambil terbayang recycle beg terbongkang depan tangga kat rumah.

Adusss...aniaya orang betolla Giant nih.
Kalau aku ada anak kecik, nak tolak stroller, nak tolak troli lagi, nak angkat barang2 lagi. Giler seksa.
Seingat aku masa sekolah di Amarika, tak pernah pulak mat salleh2 tu paksa aku angkat sepeket serbuk kurma, kari, rempah ratus, seguni beras, tin tin sardin dan botol2 sos tanpa beg plastik tau.
Huargh!
Kok ye pun nak jaga bumi ini, kasi la aku paperbeg sebagai alternatif kan. Aku bayau.
Aniaya aku la Giant nih.

Sampai kat rumah, aku skodeng lagi blog kak yatie.
Check check barang buat kuih kasui yang bakal aku kerjakan esok pagi.
InsyaAllah, esok pagi Ahad aku nak try buat. Jadi ke tak ...tak tahu.
Tu pasal aku ada back up menu. Agar agar seksi. Weeeeeeeeeeeeeee

Kalau hari Isnin nanti aku bawak agar agar seksi saje saje. Harap maklom la yek.Ehekz.
Kuih kasui mak hanyuttttt. Hahahaha.

Check bahan bahan untuk kuih kasui pertamaku.Wah! bukan program Rumah pertamaku kecoh sejak menjak ni yek.Kak lola nak buat kasui pon kecoh dah dekat seminggu kauuu. kahkahkah.

Bahan bahanya ialah..zassssssssss :-

* tadi aku tak jumpa kapur masak kat Giant.
Aku cume jumpa Tepung Gandom blue key.
Aku beli tepung ubi.
* Eh! tepung beras pon nak kena buh ke? Alahai..kena beli esok nih
Gule merah.
* Gula pasir pon kena la. Alahai..gula pasir pulak dah habis.
* kelapa muda parut nak buat golek2kan kuih kasui ..kena beli jugak esok pagi

Yang bertanda * kena beli kat kedai runcit biasa je esok subuh2 pagi.

Chaiyok Lily!
Oh! loyang aku nak kukus kuih kasui besor, tak boleh masok dalam kukus yang aku beli pulokkkk hari tu. Maka aku beli loyang lagi, kecik skit hari ni, tapi loyang ni macam sesuai buat cheese kek je aku rasa. Kah!

Omakkkkkkkkkkkkkk den tak pandai masakkk...ada aku borong loyang semua size plak esok kat Giant...kahkahkah serabut den :))




No comments:

Post a Comment