Monday, October 3, 2011

Monday Blues | Kasui ku Hanyut

Aku rasa seluruh manusia sekeliling aku tahu...
Aku nak buat kuih kasui....nak bawak untuk Potluck selepas habis puasa ganti di office.

dan

aku dah cube buat semalam sambil tonton drama Stanza Cinta.
Drama yang ada Aaron Aziz memang aku tengok, walaupon aku tak la fanatik tonton setiap minggu.
Irfan {watak yang di pegang oleh Aaron yang tak kesampian nak menikah dengan kekasih idaman hati} dah mati.

Kawan baik aku sms " aku sedih, irfan dah mati"
Aku balas sms dia " aku lagi sedih, kuih kasui aku tak jadikkk"

frust giler aku tak pandai buat kuih. Nak kena buat hari hari sampai pandai ke?

Mari lihat Kasuiku hanyut.



eh! ini bukan kasui yer...
Dessert ni aku kumpol2 sebab tadi aku kenyang giler...perot kenyang sampai paras otak rasanya...
 aku kekunun nak bawak balik...kena ngap dengan si Al bud.



Aku suke ketupat daun macam ni..Al bud yang anyam. Ntah ye ntah tak aku tak caya...kahkahkah
Tapi aku ngap dalam 6 bijik..belah dua = 12 ketol




Rendang Haji bhai bawak. Minang style..serabut penoh dengan lalang2..tapi sedap
Tak pedas.



Favourite semua...Rendang ayam cili padi K. tie. Tiada bandingannya so far...Champion kau serdak dia.



Mee hoon goreng Tya masak...pedas tak, 
boleh la..



Chocolate kek en amin bawak...sedap nak mampos!
Aku bawak balik sebekas..lantak korang tak dapat. Kahkahkah



Yang ni stended la..budak tender buah bawak. 



Huhu...Jelly cocktail kak lola..kali ni tak berapa seksi..dah pakaikan kain dalam dengan perasa LEMON. Kah!



Pekerja kompeni IT, tapi tak buleh surf internet.
maka kami tukar dengan activity...mamam



Apa kena aku teleng camtu?
Oh! aku nampak ada mamat tu bawak camera BESOR.
baru beli der...:))



Dah ganti puasa je leh join makan makan ni.
Sapa yang join jugak tu..muka tebal cam tembok cine.



Kak ram punya Dadih.
Sedap walaupon aku  bukan penggemar dadih



tengok dia org tu..zasss makanan..menonggeng2



haa ni pon sama...



haaa..tu dia...



haaaaaa tak habis lagi mengodek rendang ayam..





Kasui aku yang hanyut..
ada lagi dalam fridge tu..encik suami pon malas nak layan.

Sekian.


No comments:

Post a Comment