Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Jawab Poppp Quiz dpt Tudung FREE

Hola!

Sudah makan tengahari kah adik adik?
Apa?
Diet?

Diet apa sampai tak makan tengahari dik oiii....
Sile la ambil makanan berkhasiat, bukan berdiet dengan TIDAK makan. Oh tidakkkkk!!! Ini kenyataan dan ajaran sesatttt ya amat.

Oh! Tweet.
Hari ni kak lola tak mo update pasal diet atau pasal SLIM kan lemak di perot.
Hari ni kak  lola nak ...
nak...

*** *** ***

Update @12am 12.1.2012. Stay tune girls....





Click "Share" status untuk info kali ini & 2 fan  { kak lola bermurah hati sikit, 


nak pilih 2 orang...jeng jeng jeng...bertuah akan berpeluang untuk 

mendapatkan TUDUNG CANTEK secara percuma! 

Senang kan? Click "share", 

comment sikit jawapan menarik & kami akan pilih 2 fan secara random. 

Come on girls...tell & "share" your friends about JUMAA's POPPP Quiz! ;)

Kat mana nak SHARE kat mana?

Semestinya 



Good Luck Semua!!!!

K Lola

Saturday, November 5, 2011

Macam mana nak simpan tudung yang banyak ni?



Ada orang simpan tudung ...gantung { banyak makan space bilik cenonet kak lola kalau camni...}
Ada orang simpan tudung bertaburan dalam bakul... {ni bukan simpan, ni campak jer..hikhik}

Well,
manusia dalam muka bumi ni kan macam macam ragam...maka,
macam macam cara & ide juga untuk simpan tudung kan ;)

Bagi kak lola,
kak lola suke dengan cara camni...
ide di ceritakan oleh sorang adik manis...bile dia nampak makcik dia organize tudung berawning.

Senang nak pilih color sesuai dengan baju pagi2 bute nak pegi kerja... :)

Lipat kiri dan kanan tudung ke tengah.
gulung,
masokkan lebihan kain gulungan ke dalam awning..untuk jaga awning tak cepat kedut/rosak.
simpan dalam box.

Tada...

Alaaaa..leceh la nak kena lipat2.
Malas!

***

[Mari baca ini cerita...semalam sahabat kak lola pakai baju ala ala jubah merah berbunga2 dengan
tudung baldu kaler merah jugok bercorak,
kombinasi merah cili di baju dengan merah maroon di tudung menampakkan beliau sarat dan serabut dan
tak match.
Well, selalunya kalau tak kena dik mata...kak lola amik tindakan diam kan diri je.

kedengaran...suara

abang sayang menegur sahabat.."apa ko pakai tudung macam ni..pening la"
sahabat ...ala aku Malas la...hari hujan, anak aku bangun lambat nak ke sekolah..malas dah aku nak pilih2 tudung...Lily yang ajar aku pakai macam ni "

Aku yang duk sebelah meja...
Dussssssssssssssssss!!!! tibe tibe nama aku UP di situ.
Rasa nak bukak silat drunken master swing kau lipat jadi meja sebab babitkan aku dalam bab KEMALASAN.


Kalau dah untuk kebaikkan diri sendiri pon malas,
hmmm..agak2 diri tu rajin bebenor tak buat kebaikan untuk orang lain?


Renung renungkan.
Malas bukan sifat dan sikap yang aku BANGGAKAN.
Sile jangan babitkan aku...aku tak suke.
Alaa gurau je...Aku TETAP tak suke. Aku serius.Full stop.






Tuesday, October 25, 2011

Di mana nak beli selendang best?

Happy Tuesday yall,

Meh la adik adik yang suke selendang design lovey dovey , polka dot dot dot dari kain satin...meh la

Seledang kegemaran remaja masa kini dan banyak lagi...


semestinya ada di JUMAA

Minggu ni...JUMAA datangkan stok selendang dengan design hanya untuk mude mudi :)
sangat cumil

Pst : designer dah ada kerja tetap...nampaknya uploading task slowing down.
Dugaannnnn 




Tuesday, October 18, 2011

DUA

Dua perkara aku nak buat...musim2 perayaan nanti.

***

Satu
hari tu dah try buat...tak jadik.heee
Maka kena  buat sampai jadik la pulak ye tak?

Abis..ni mana datang ni kasui cantek berselaput kelapa puteh gebu ni?
laaaa laa laaa laa laa...


Kasui ni wujod panjang lebar kisahnya...apa pun kisah nya,
kite makan duluuuuuuu
sedap, manissss....nyamnyam. Aku habiskan sorang sorang petang tadi...kah!


***

Dua.


Sempena kehadiran Aidil Adha tahun ni ...
Aku ingat aku nak buat sesuatu yang istimewa buat customer setia JUMAA.
Tapi aku belum buat keputusan lagi yang mana satu akan di RUNTUHkan secara besar-besaran :)

Sekali sekala nak kena sedekah gak kan.


Stay Tune ;)




Friday, October 7, 2011

Menjemput Anda Semua

Hari Jumaat 2011
rasa nak tulis kad jempotan tibe tibe...


Assalamualaikum,


Kehadapan pembaca setia blog saya yang saya kasihi,
kepada pembaca baru nak baca blog saya, yang saya hormati,
kepada pembaca blog saya yang baru terserempak seminit tadi yang saya kasihi sekalian, :)
dengan ini...


Saya, suke cite menjemput makcik-makcik, kakak-kakak, adik adik, remaja jelite semua, abang abang, encik encik suami yang mencintai isteri-isteri di rumah bersama anak anak.
Sudila kirenya bang seminit dua, klik SUKE akan page kedai hijab maya kami yang tak seberapanya di JUMAA atau pun JUMAA OH JUMAA di buku muka ( rasa macam nak bagi hadiah KLIK PEMINAT JUMAA OH JUMAA yang bertuah pun ada ni...tibe tibe dapat ilham..ok ke? )
Di harapkan semuga dengan kemunculan JUMAA di persada maya dapat memeriahkan dan menambah seri lagi industri hijab Malaysia.


Syukur Alhamdulilah & Terima kasih tak terhingga,
kepada Allah yang maha ESA kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya serta rakan rakan  berkongsi cita rasa dan minat kami yang sama terhadap dunia fashion muslimah dan style hijab era ini bersama anda semua.
tak lupa jua ...
kepada pelanggan pelanggan setia dan yang baru nak setia dengan JUMAA yang sentiasa percaya dan menyokong kami.


Andai ada komen atau teguran membina. 
Usahla segan silu...sudila kirenya utuskan kepada kami yang terbuku dalam dada di email kami MYJUMAA@Gmail.com


Salam Jumaat & Salam ceria sepanjang hari buat semua. :))







Monday, August 8, 2011

Jalan Jalan cari tudung Raye

lebih MEMPESONA lebih BERGAYA...i memang suke LEBIH LEBIH..hahaha

Seawal pagi aku dah sampai office.
Awal ke?
Bagi aku macam biasa je.
Well, hari Isnin kan...siapa expect aku akan datang seawal hari ini.

Weeeeeeeeeeeee.

Sampai di row team aku,
aku adalah yang pertama sampai. Work station yang lain. Kosonggggggggggggggggggggg.
Mana pergi kawan kawan aku yang awal ek?
Boss wanita aku terjerit, terkejut nampak aku.

Aku lagi la terkejut! Kahkahkah...
Berkerja sepenuh jiwa dan raga hari ni.
Tengahari, eh dah nak masok pukol 1 petang.
Sahabat ajak aku jalan jalan cuci mata, carik tudung raye katanya
Destinasi kami....tak lain tak bukan Bandar Baru Bangi.

Kalau dah nama carik tudung, pastinya butik tudung yang kami tuju.
1. FAREEDA.
Pertama kali dalam sejarah hidup aku masok butik ni. Naik tangga ke atas tingkat satu kedai.
Kelihatan tukang tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan dan rekaan sempena hari raya tudung berjenama FAREEDA.Cantek2 belaka tudung dan design dari material Chiffon di butik ini. Harga pun cantek2 sangat.
Pelanggan pun agak ramai dan nampaknya happy gumbire mencube tudung2 dengan rekaan terkini.
Hari kenduri aqiqah hari tu, aku perasan anak buah aku pakai tudung FAREEDA ni. Bergaya kemain.Hatiku teruja terkinja2 nak pergi FAREEDA terus waktu itu.HEEE...
Suraiya Selendang DWI Warna menikam2 perasanku tadi...bile tengok harge, aku terkebil2 sendiri.Arghhhh...
Sahabat aku sambar sehelai.
Aku masih berkire2 dengan budget hari raye. Pasti akan ku lawati FAREEDA lagi nanti.
WINK WINK.

2. RATU.
Selepas FAREEDA kami ke RATU.
Persekitaran agak sunyi, oh ye la...aku berdua je dengan sahabat dalam butik waktu ini. Warna Olive buat sepadan dengan baju raye sahabat tak di temui di sini. Dari kaca mata aku, FAREEDA lebih banyak design tersendiri yang mencuri pandangan mataku. Kami beredar pergi.

3. PKNS.
Di hadapan bangunan PKNS ada khemah di pasang setiap kali musim hari raye hampir tibe.
Dari kuih muih,, baju raye pelbagai gaya dan material, tudung pun ada, baju kanak2 sebut saje nak apa, semuanya ada di sini. Aku perasan ada 1 khemah tudung berjenama NAJJAH.com. Macam agak familiar buat kami pekerja IT yang biasa menyelam jenama jenama tudung terkenal di layar cyber ni. Kat mana butik Najjah dik? tanye ku singkat pada si adik penjual.
"Dulu Najjah online saje kak, sekarang dah ada butik di Kota Damansara" penjelasan adik manis memuaskan hati ku. Pilihan selendag dan tudung yang mencuit hatiku dah kehabisan stok katanya. Aku hampa di situ. Kalau tak nak jugak aku rembat selai 2.


4. MARIAN.
Habis PKNS kami tawaf. Butik tudung Marian jadi destinasi aku seterusnya.
Marian jugak punya tudung dan design tersendiri. Tapi tak berapa nak tertarik menarik hati aku untuk menyambar bang selai dua buat bergaya di hari raye.

5. AINIU.
Ahaks..lain macam je nama kedai ni. AINI ke hape aku tak perasan butik bersebelahan MARIAN tadi. Tak masok pun sebab sahabat nampak deretan kain kain lebih banyak dari pada tudung dan seledang hari raye di pamerkan.


Telefon berdering la pulak semasa aku dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. Mak ai! Bio betik ko Lola woi. Hahahaha...kata shoppink kannnnnnnnnn.
Aku " hellow?'
Putus.
Bedering lagi
Aku " hellow?"
Putus.
Aku call semula " Abang ni main main missed call ke?" tanye ku pada encik suami nama tertera di hp cabuk ku.
"Abang nak makan mee kari la ari ni...nak beli apa yea" gitu jaawapan dari encik suami.

Laaa..nak makan mee kari rupernya dia. Kah! Nasib baik encik suami call, kalau tak....pasti ARIANI jadi destinasi finale kami petang tadi.
Tak sedar diri langsung kan.
Shopping hari Isnin dah sebijik gaya shopping hari minggu aku dan sahabat kerjakan.

Bak kata pepatah P ramlee ..."Kompeni tempat kamu bekerja, macam kompeni ayahanda kamu yang punya yea?"
Jom balik office. Kerja la woi.

Dalam kepala otak dah terkinja2 nak pegi butik tudung kegemaran aku Pearl Haya Gallery hujung minggu ni.

Bawak bawak Istighfar Lola di bulan mulia ni....isk isk isk.





Tuesday, July 12, 2011

Selesanya Aku dalam SELENDANG




Welcome to NOOR Hijab world.


Plain : Exclusive Pashmina - Made in India.
material : Viscose Silk.
Very soft and nice material.
Price : RM 25

Muuna : Exclusive Etnic Pashmina Made in India.
material : Viscose Silk - Ethnic
Price : RM 35

Mimpikami...

memeriahkan industri Tudung
menyediakan yang berquality,
membawakan yang terbaik,
memberikan yang terindah,
berkongsi skill dan gaya kecantekkan sebenar wanita Muslimah
ewah!


Banyak lagi tudung dan selendang2 akan di bawa masuk dari pelusuk dunia ke KL.
Jom..meriahkan & support dunia NOOR ;)

Brooch kepada pengemar tudung/shawl dan berfesyen.
Pasti cantek dan manis di hari raye nanti.


***

Kami mulakan dengan...
Bismillahirrahmanirrahim...LIKES tau. Thx!

p.s : di mana nak dapatkannya?
Jangan malu -malu , klik la di Noor Hijab ;)

Monday, July 4, 2011

Kenapa manusia suke tanye...KENAPA?


haaa camne nak jawab tu?

hiks....hari ni aku pekena shawl baru ...huhuuu
Turquoise ok color pilihan Monday morningku.





Macam hari hari terdahulu, apa pun yang kite mahu lakukan...termasok la memakai baju pergi kerja..
apa bile mengenakan shawl.
apa bile memakai tie,
apa bile menyarongkan kasut,
apa bile melangkah keluar rumah,
apa bile start engin kereta,
Niat kena betolllll...apa adik adik?

NIATTTTTTTTTTTTT....kena betolllll kak lolaaaaaa :))

Niat bershawl/bertudung bukan sebab color shawl hari ni cantek berbintang2 berbling2 baaa bling ba blingggg ehh...,
niat jugak bukan kerana dah bertudung muka nampak iras2 macam Fazura dalam cerita Tahajjud ehhh...
bukan bukan bukan.

dari awal pagi semolek2nya kite mulakan dengan Bismillah sewaktu memulakan apa jua yang kite lakukan..dan jugakkkkkkkkkk niat itu semestinya dan sesunggohnya tiada lain hanya kerana
ALLAH TA'ALA.
Betol tak adik adik???
Wah! dah macam adik angkat ustaz Izi la kak lola kite hari nie.
HEEE...

Hakak bukan apa..terkesima banget dengan soalan sahabat di office pagi tadi.
Hakak baru sampai office, belum sempat letak laptop...
Dia datang tepat2 depan work station hakak, lepas tu hembos soalan macam ni
" Kenapa ko pakai selendang hijau hari ni?"

Wah!
Selama ni kalau dia pakai selendang herot kaler kelabu taik lembu pon hakak tak pernah nak amik story ok contohnya macam
" kenapa muka ko macam kena stroke je ni sahabat?"

Tiada yea adik adik.
Kalau tiada bende molek, tiada kata kata puji pujian nak di hembos..
hakak lebih suke diamkan diri.
Hakak harap harap sangat laaaa...adik adik pon toksah la ikot sesangat perangai kepoh2
tanye soalan macam MAK KIAH tu yek.

Kalau bijik mata hakak ni nampak enak je memandang...
pasti hakak suarakan pendapat hakak ok.
Contohnya :: Wahhhhhhhhhh! gigi ko dah cantek penuhhhhhhh puteh melepakk...
tak ronggak lagi eh...Bape ribu duit husband ko habiskan?

Contohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

:))

Kadang kala, hakak pellik la jugak dengan soalan2 berbau KENAPA ni di persempahkan pada hakak ..
Hakak ingat kan lebih best kalau di mulakan dengan soalan berbudi bahasa amalan mulia skit kan.

Apa kata untuk mendapatkan sebab kepada sesuatu perkara tu...
kite mulakan soalan seperti..

"Di mana ko beli tudung ni Nyah?" tanye si Kiah
"Kat jln TAR" jawab MayMunah

"Bile ko beli?" tanye si Kiah lagi sambil makan kerepek sotong busuk
"Hujung minggu hari tu" balas Maymunah sambil layan Ferrero Roche

"Berapa helai ko tangkap tudung bulan ni?" tambah lagi soalan si Kiah
"1 je.." balas si Maymunah dah rasa macam nak lari 100 meter

"Warna apa ko beli?" soalan seterusnya dari si Kiah
"HIJAU kut ni..ahaaa org puteh sebut TURQUOISE " jawab Maymunah dengan wajah Pemenang Dewi Remaja 1994 - kategori muslimah -

Susah kah?
Wakakakakakakakakakak [ tak bole bla betol ayat akak ni kan..hahahahahahaha adus dah tak nampak window..hahaha]


PSST :: oh yea! hakak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ScarfSweethoney dengan tunjuk ajar menyelimpangkan selendang menjadikan hakak yakin jelita pagi tadi.
Kahkahkah.
[ Kalau nak tunggu muka macam Fazura kang...tak merasa la hakak nak berselendang HIJAU di pagi Isnin kan..]


Friday, July 1, 2011

Syurga Shopping Di Mana?



Letih sangat, tapak kaki sakit dan mata dah mula mengantuk.
Tapi gigihkan jari jemari nak kongsi kisah siang tadi...:)

ZZZZZZZZZzzzz..
eh! tak tak tak..belum tido lagi.
Tarik nafas kejap amik feel.
Heeeeeeeee.
okeh mulakan.

Aku letih sangat dan sakit2 tapak kaki sebab baru balik dari Syurga..Heaven u...Heaven.

Amboihhhhhhhhhhhh!
baru masok 3 minggu bertudung hijab dan berselendang ... dah berangan masok Syurga bagai kau ye.

CHop! chop chopppppppppppppppp. Astarghfirullahalazimmmmmmm,
bukan begitu donk...
Kak nun baru balik dari Syurga membeli belah di Jalan TUANKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, Malaysia laaaaa

Kedai mula mula jadi mangsa aku ialah kedai MUAZ.
Kalau naktudung terkini yang murah, apa salahnya ke MUAZ kan.Yang penting..carik perkataan " TERKINI" atau " NEW ARRIVAL". Yang aku agak perok sikit tadi ialah signage bertulis " SELEN DANG". Aku ingat jenama tudung terkini...hahahahah rupenya perati betol2. SELENDANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aduila bangla ....bikin kecoh ar jarakkan pulak ejaan tu. Kelam kabut hidup gue kejap. Kahkahkah [ Jakun sunggoh i kan..hiks ]

Kalau nak yang mahal pon ada..sile ke F&F collection.
sehelai cecah RM3 hado, Sehelai cecah RM30 pon adooooooooooooo.
Beli banyak2 berlori dapat la harga muroh..ye dok? Kalau beli sehelai nak harga muroh sampai RM3....haih! tak ada la berlambak2 abang bangla kat Kuala Lumpor ni Meymunah oiii...:))
Design unik, cantek bergaya elegant meletop menarik memang the Bom lah!

Alkisah....Inilah Syurga Shopping Dunia...
Banyak giler shawl di sini okeyyyyyyyyyyyyyy. Rambang mata gueh.


Hakak cun..buat pe tu???

ini hakak Re ita.

Kedai Re'ita ada menyediakan selendang dengan design terkini dan cute2. Suke sgt!
Hakak ni juge sediakan khidmat betulkan awning tudung dengan murahnya. Best kuasa Dua!
Hakak ni juge seorang yang sempoi dan rock giler bagi harge.
Pasti kembali lagi...

Nota Penting Lokasi kedai : Berhadapan dengan BATA.

Ahaaaaaa! Kedai di hadapan kedai Reita jugak ada kedai selendang dan tudung sarung yang cantek2. Di sebelah kedai Reita jugak adalah kedai tudung dan selendang, begitu juga kedai di hadapannya dan seterusnya jugak ada lah kedai tuduung dan selendang dan kain dan inner baju, dan inner tudung. Haussssssssss nak cerita. Yang pasti...


Semuanya ada di sini...tak payah la terbang lagi ke seberang nak borong tudung.
Sebab bagi aku yang belum pernah ke seberang, berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur pon dah rasa seolah2 berada di seberang gitooooooo.;)

Habis duit,
Suke hati...yeay!
Selendang dan tudung menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri. Siap!
Tak payah nak berlekit2 di malam Ramadhan dah nak carik selendang dan tudung raye.
Shopping hari ni memang Heaven, orang tak ramai. Harga mantain sedap!
Bijak bukan? ;)
Sementara tunggu selendang ku di Awningkan...posing sudah semestinya! Cheeseeeeeeeeeeeee ;)

Belum apa apa sudah bikin Haus...
kite minum duluuuuuuuuuuuuu


8 jam merayau2 di Jalan TAR sampai la kecelah Jalan Masjid Jamek.
Singgah sogo layan Fruit cocktail kejap.
Tapak kaki dah keras macam papan.
Jom balik.
Ayak! saing pulak dengan orang balik kerja.
KL Jammed macam hari hari biasa. Tapak kaki kalau boleh menangis. pasti dia meraung. Kah

Jumpa esok di puncak Bkt Gasing esok kay .
Nite-nite.
ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, June 15, 2011

Bersenam la woi



Petang semalam,
lepas kerja...aku dan kawan kawan bergegas ke Gym di sediakan The Kompeni.
Kelas pertama untuk petang semalam ialah kelas Body Tone. Harap2 sempat la body aku bertone semula sebelom hari raye ek. Kalau tak bertone pon...at least ada la lekok2 di bahagian pinggang kan.
Sekarang ni tegak je...lurus,dah sama macam pembaris.Wakakaka..aduilaaa.

Bersenam bersama sama sahabat-sahabat hidup jadi lebih seronok. Aku suke.Boleh gelak sana dan gelak sini dengan step2 tersasul.Hilang stress dapat gelak sambil senam.
Aku pun ada jugak tersilap step. Apa salahnya kite bergelak bersama sama kan? :))

Hampir semua yang hadir kelas Body Tone adalah perempuan.
Ada amoi seksi,
ada jugak kakak muslimah macam aku ni.
Dan sebahagian besarnya adalah awek melayu beragama islam berbadan gempal sihat walafiat.
Manakala cikgu senaman kami pula lelaki gagah perkasa.

Pertama kali aku bersenam dengan tudung di kepala. Aku rasa macam tak sangka ada...macam tak caya pon ada..., senaman kali ini kak lola sempurna menutup aurat dari hujung rambut sampai ke bawah. Bangga jugak dapat habiskan kelas hari ni penoh sopan. Berpeloh2.
Habis lencun.


Image : google

psst : hari tu team olimpik wanita Iran di LARANG meneruskan perlawanan kelayakkan Olimpik London 2012 menentang Jordan hanya kerana mereka bertudung dan menutup aurat kan.
Nak bersukan je kena pakai seluar pendek. Kalau tak pendek tak boleh...Alasan? Kerana faktor keselamatan.
Panas je hati aku baca news tu.

Hidup ini memang tidak adil.

dugaannn...

Tuesday, June 14, 2011

Dari kerana Mata - Respect -





Tepat 12:57 tengahari...

Tak sepatah perkataan keluar dari mulut tag team aku sejak pagi tadi...si Al Bud.Kami mesra...dah bertahun lamanya.Ada sahaja gelak ketawa, hilai tawa di pagi2 hari membelah kesunyian office kami. Iye.
Kami memang terkenal..kecohrable sentiasa.

Tapi hari ni..hari pertama dia melihat aku bertudung...pagi ni jadi sunyi.
Dia diam. Aku turut diam jua. Saje.HEE...
Akhirnya tepat jam 12:57 tengahari, beliau mendekati sahabat aku di sebelah work stationku.
"Sepatah tak bercakap lagi dengan kawan ko Ha" kata si Jejaka malaya.
"Malu aku jadinya " tambah si jejaka malaya.
"Ko tergamam ke..Bud? Nyampah aku tengok ko..." Sahabat meja sebelah aku menambah sambil capai plastik kerepek pisang.

Aku hanya terkepot senyum sipul dengan gelagat mereka berdua. Aku sengaja mendiamkan diriku. Melihat sahaja reaksi mereka buat hati aku gelihati...dan buat aku lebih mengerti tindakan mereka terhadap aku selama ini.

Memang banyak bezanya kelakuan dan perlakuan jejaka2 malaya dengan perubahan diri ini.
Berbeza.Sangat berbeza.
Aku cerita pada sahabat2 yang lain di office akan reaksi jejaka malaya terhadap ku.
Sahabat kata " mungkin jejaka malaya lebih respect diri akak yang sekarang berbanding yg dulu".

Tapikan..ada la jugak jejaka malaya yang jenis TETAP suke meraba2 ni.
Masih lagi suke ambil kesempatan jalan dekat2 dan tak pasal2 nak jugak bersentuhan kulit.
Aku rasa nak bagi kickboxing sepuloh bijik jenis ni.
Haih!
Kenapa ek jejaka Malaya? Apa lagi yang kurang?
Jejaka tak Malaya tak pulak berperangai sebegitu....

Haihhhhhhh...





Friday, June 10, 2011

Nak pakai Tudung, pakai Betul betul


Abang call...dah sampai LCCT pukol 11 malam.
Aku bergegas ke LCCT nak amik abang dan kakak serta anak buah ku baru kembali bercuti dari New Zealand.Aku sambar shawl. Tapi aku tak pakai inner. Aku selimpang sana, selimpang sini. Siap. Aku nak cepat. Aku tak suke buat abang dan kakak menunggu lama-lama.

sampai di LCCT, pukol 12 malam.
Banyak kenderaan beratur mengambil dan menurunkan manusia manusia yang terbang sana dan sini.Abang hulurkan cenderahati buat aku dan encik suami. Seronoknya. Aku dapat apa ek?
Abang kata, ada coklat. Ada fridge magnet. Yey!
Ada lighter juga untuk encik suami.

Salam salam, kami berpecah. Sampai di rumah...selepas cuci muka. Aku dah nak masok tidur. Tibe tibe...
"Kalau nak pakai tudung, pakai betul betul"... Suara encik suami memecah keheningan 1 pagi.

Erk!
ZZZzzzzZzzzZZzzz