Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Jalan Jalan cari Kuih Raye




...semalam dah cari tudung kan.
Hari ni tak cari pun, supplier kuih tahun tahun lepas cari kak lola kauuuuuu..kahkahkah.Hamikkk. Macam tahu tahu je kak lola kaki kuih raye kan.

Kak lola memang suke tolong bangsa. :)

Apa kah antara kuih raye yang bakal berada di dalam usus eh bukan, bukan begitu donk...antara kuih raye yang bakal di isi dalam balang kuih Aidil fitri tahun ni ialah....Jom zassssssssssssss.

1. Cookies Talk - Fantastic Crunchy. Terbaik dari Kulai Johor.
Sapa tak tahu cookies sedap ni memang rugi. Bapak rugi.
Sedap lazat ranggup hingga menjilat siku gitu dengan harga mampu milik. Serius. Harga di booth RM30 sebekas yang cantek.
Kalau beli dengan agen aka kawan kak Lola, harga BEST RM 27 hengget. Kak lola amik untung RM 1. Nak jugokkkkkkkkkkkkk tu..kihkihkih.

Kawan kak Lola kata lagi tadi,
Cookies Talk tahon ni di datangkan dalam bekas yang lebih menarik. Bole terus di jadikan hadiah buat sahabat taulan begitu juga bakal mak mertua dan gurlfren ;)
Bagi kak lola, packging tahon lepas pun dah cun....tapi kalau tahun ni lebih mengkagumkan.Apa salahnya beli lebih untuk orang yang tersayang kan.
Kak lola dah order beberapa bekas buat keluarga dan insan tercayang ..auw!
1 bekas untuk rumah ibu mertua.
1 bekas untuk rumah sendiri dan office
2 bekas untuk rumah kekanda tercayang. Kat rumah ni ramai NAGA. Termasok la kak Lola yek. :P


Fantastic Crunchy memang Fantastic!
tak syak lagi.

2. Tart Nanas.
Tart Nanas terbaik dari ladang yang di gemari tekak kak lola ialah hasil buatan rumah mak mertua abang kak lola, Sekarang ni kakak ipar kak lola yang teruskan buat Tart nanas tu. Tapi sejak menjak kakak ipar dah mengulit baby nayli. Nampak gayanya kena la jugak beli kat Tokey JeeHa.
Tart Nanas dari Klang. Gamba tiada sebab tahun ni baru cube. Dah cube pun sample hari tu. Memang sesuai dengan tekak kak lola.

3. Kuih Batang Buruk.
Kuih tradisional kacang hijau di datangkan khas dari Johor jugak. Kalau bukan dari Johor, tak dap.Sekian.
Tiap tiap tahun memang kak lola amik dengan Haji, tahun ni Haji kata dia amik bekalan tak berapa nak banyak. Maka tak sempat Haji habiskan ayat, kak lola dah CHOP! 2 haji. Kahkahkah. Sunggoh gelojos.
Kak lola tak tahu la korang tak suke ke suke akan kuih batang buruk ni, tapi bagi kak lola selepas agar agar kering arwah Ibu buat dah tak ada sape nak sambong buat. Batang buruk adalah kuih tradisi keluarga yang perlu kak lola kekalkan. Wah! ayat macam ko yang buat kuih raye yek Lola..hahahaha Lantok! Tekak i sukeeeeeee.

4.Mercun.
Woi! ni bukan kuih ler.Muahahaahahaha Nak bute mate ke ape kome raye nih?

5. Sugi Shaaz.
Takan dah nak habis kutttt.
Kak lola sempat sambar 2 bekas semasa Kedai Manz kurma di Alamanda keluarkan bekalan tempohari. Sugi ni bukan sahaja di jual untuk hari raye. Hari hari biasa pun ada di jual jugak. Tapi kak lola suke beli sempena nak raye sebab kekanda kak lola suke...eh kak lola yang suke gak sebenonya. Hiks.
Sumpah.
Sugi paling sedap, lembut dan nyaman di cairkan di dalam mulut. Only dari Shaaz.

Wah! byk la komisen aku tolong promote korang yek ...:))
Oklah, nak sambong ngaji Quran jap. Daaaaaaa...:)



Wednesday, May 11, 2011

Baju Raye | Tempah ke Beli Ready Made


Huik! Puasa pon belom la weiii...dah cite pasal baju raye?
Iskkk isk iskkkk
very tak senonoh one....

Akak nak prepare awal la tahon ni...lek ar ;)

erk!
mana gambo Aidil Fitri 2010 aku neh?
selak sana selak sini...isk! mana ni??????????????



Aidil fitri 2009

Aidil Fitri 2008
Aidil fitri 2007

&&&&&&&&&&

nak beli kain kat mana lagi ni kalau Kamdar @Diplomatik ni dah tutop?

Lepas makan tenghari di Wong Solo...

sahabat sahabat ajak aku ke kedai kain di sebelah. Suri Textile nama kedai kain tu. Cantek jugak kain kain di pamerkan. Banyak pilihan dan harga pun agak berpatutan.
Baju kurung siap pun ada di jual di sini.

"Hakak nak booking dulu bole?...hari ni tak plan nak tersambar sehelai ni haa"tanye aku seposen.
"Boleh, tapi akak bagi duit deposit la skit" balas tuan punya kedai yang sibuk menidurkan baby di bahunya.

Gigih sungguh anak anak muda sekarang meniaga kan. Tangan kanan mendukung baby, tangan kiri mencapai itu dan ini. Molot pulak mesra melayan pelanggan.
Aku kagum.Sangat kagum.

Alaaaaaaa pegi je la jalan TAR esok esok dah nak dekat raye. Siap lelong lagi. Lebih jimatttt. Tak gitu?
Gulatis, Euro Moda, Jakel kan ada. Apa nak fikir susah susah.

Ahaaaaaaa...tahun ni hakak tak berapa nak rajin redah kedai kedai kain kat Jln Tar tu yek.
Usia usia macam hakak ni, ...jarang sekali bernafsu nak berpeluh2 meredah lautan manusia berebutkan baju raya di situ.
Tahun ni hakak plan nak tempah baju raya kononnya, tak mahu dah beli ready made, kesian kat encik suami setiap tahun kena temankan cik puan isteri meredah kesesakan orang ramai memilih baju raye.

Alamak! sahabat2 dah siap bersimpuh kat lantai tunggu hakak pilih kain...
ada yang duduk gaya macam nak main batu serembat pon haa...wakakakaka

Aku dah tersambar sepasang kain untuk Syawal tahun ni.Hajat hati nak bergaya bertemaakan warna biru,
tak pasal pasal aku sambar sepasang kain puteh purple. Weeeeeeeeeeeeeeee.

Korang dah fikir belom nak beraya dengan warna apa tahun ni?
Keeeeeeeeee beli ready made je?
Setiap tahun aku memang beli ready made, tapi tahun ni rasanya aku nak buat persediaan awal tahap cipan.

Bulan August dah masok bulan Ramadhan tau....che tgk calendar, che tengok.Dah tak lama tau...

Wohoooooooo! 5 June 2011, ada jemputan perkahwinan wedding garden adik manis Hazlin & Faiz yang perlu aku hadirilah....nak kena sambar lagi sepasang kain nih nampaknya.

Kedai mana la yang aku nak serbu ni ek?






Saturday, October 9, 2010

Kisah 3 dara pinggitan beraye

Syawal berakhir semalam tapi...

Hari ni ada open house terakhir Pn Tasha & Al Tony.Teros ke Kampong Batu, aku pick up kawan baik aku.Aku sampai awal. Aku call dia 2 kali. Tak berjawab.

Ah sudah!
Pagi tadi ada dia bagitau...dia sakit2 sendiri akibat terlebih teruja dengan aqua aerobic dibuatnya semalam.

Dia tido sedap sangat agaknya selepas telan pain killer.
Aku cuba hubungi sahabat2 yang ada no telefon rumahnya pula.
Adeih! tak ada pulak dalam simpanan masing masing.

Aku nampak seraut tangan...eh!betol ke raut ni penjodoh bilangan untuk tangan?
Gasakkkk..patutla B.M tak dapat A masa SPM dulu. hiks

Aku keluar kereta, dengan suara picthing tinggi aku bagi salam.
Makcik menjawab salam aku...dengan bebelan " lily dah sampai ni haa..."
Ha'ah..aku janji pukol 3:30 pm, aku terpacak depan pagar pukol 3:00pm
Aku lapo oke.
Heee.

Makcik " best jugak cite nie..."
Aku melayan cerita makcik " Bapak borek , anak rintik...cite anak orang kaya dengan anak orang miskin"
dalam hati { uh wow..menarik drama nie...cam filem hindustan..i loike!}

Makcik sambong bercerita " anak dia dah pegi Australia nie...si bapak jaga anak dia..."
dalam hati { perghhh..gaya penceritaan makcik sebijik lah macam kejadian drama ni berlaku kepada makcik timah rumah sebelah ...real habisss}

hee...selamat hari raye..maaf zahir batin makcik!!!

Sakan melayan kisah drama makcik, anak makcik keluar dari bilik air selesai mandi manda.
{ Ko berendam ala aqua arerobic dalam kolah ke hape zairom woiii }
Aku membuntuti sahabat...di bilik aku di hidangkan dengan kuih raye.
Aku raye dalam bilik oke.
Wakakakakaka

{sahabat paksa aku dengar dia berceloteh plak kan..itu pasal di jamunya aku dengan air sarsi, kuih muih semua di angkut masok bilik dia taw...hatas katil lagi. Hamik!!! baik punya lokasi...hahahaha sabo je lah}

Siap berdandan wangi dan bertepek puteh melepak dek bedak.
aku dan sahabat teros menuju ke rumah tasha.
Alamak! terlajak lorong la pulak selepas Shell pam station di maksodkan.

Aku macam nampak sorang awek terkial2 carik parking.Awek manis...macam kenal.Follow je lah detik dalam hati.
Aku teros join bontot kereta dia...ehiks. Adik manis pon tengah sesat carik apartment di maksodkan tuan rumah.
I follow u saje....kalau u masok kilang gula pon, i still folowwww.
Hikhik

Kami hanya ber3 saje petang semalam.
Riuh dengan suara kami dari dalam lif sampai le ke dalammmm rumah Tasha
Menu pelbagai jenis di sediakan tuan rumah...tak sempat salam peluk cium...,
daging rendang USIK jadi serbuan kami. Dah tinggal cenonet ok.
nasib baik ko tak datang zanos ...kalau takkkkkkkkk... akak hentah sempat merasa rendang spesel orang jawa...rendang usik mengusik jiwa.
Wahaakkkkkkkkkkkks. terusik Ai.
Laksa penang, nasi minyak dan sambal udang pon ada.

Pheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeew!Pandai anak pak jenal masak. Kagom ai!

{sorry gamba lauk pauk tak sempat nak semadikan dalam kamera...piranha lebih pantas dari camera,maka tiada dalam liputan ini cerita.Adess}

Kamu bikin akak sukar berhenti makan oke....nasib baik pakai corset.
kalau tidak...kejadian tak muat baju pengantin past terjadi. Oh no no no yea. again. NO NO NO :))


Selesai makan dan borak di meja utama.
Kami bergerak...hehehe bukan bergerak balik.
Bergerak duduk depan meja kuih raye pulokkk.

Ya Allah...suami si tuan rumah memang aku puji sunggoh lah.Sopan santun dan pandai sunggoh mengambik hati orang tua.

Ke mana aje aku pegi...dia hidangkan dengan kuih kuih raye. Pantang pindah tempat duduk...pantang tinggal kuih gitew. di bawak kemana sahaje janji letak depan muke ok.
Wakakakakakaka.


Kalau dah mengadap meja kuih raye kan...memang payah la nak angkat ponggong balik kan.
Kalau tak angkat...memang melekat!!!!
Hahahahaha

Acara wajib...posing duluuuuuuuuuuuuuu



Kalau nak bahagia jiwa raga perot kenyang hati senang !kawen la dengan anak orang JAWA.pasti anda tak kecewa.
Wahahahaha..tetiba ada sesi promosi
Gasakkkk...hahahaha

Haaa...kan dah sampai tercekik Tart...moh balik moh.


6:30 , petang menjelma,gossip sudah, gelak sudah, kuih raye habis sudah semua ku rasa..
Next activity menanti.
Karok nite tonite. yeayyyy

Aku dan sahabat mintak diri salam pelok cium 4 kali..waakakaka dengan pesanan panjang berjela mohon mengundurkan diri.

Time kasih menjempot & tahon depan buat lagi yea Tasha.
Best!




Monday, September 13, 2010

Gaya Aidil Fitri Saye



Cookies sedap sedap semua aku beli saje.

Nephew | aku | adik abg ipar aku.
Nephew aku sangat tinggi buatkan aku rasa aku sangat pendek tapi cantek. Bole gitew?
Yakin itu musti. Miahahahaha
Niece | Aku | adik abang ipar aku.

Adik abang ipar aku...dia datang dari Kota Singe.
Dia geram dengan aku kerana bagi dia aku pandai posing....dan tak pernah jejak Budapest.
Aku geram dengan dia kerana dia baru balik dari London,Copenhagen, Bergen, Oslo, dan terus sampai KL menyambot hari raye aidil fitri dengan kami sambil Jet Lag.


Niece | aku | Adik abang ipar aku.
Niece dan adik abang ipar aku suke bela haiwan dalam bentok cincin, skarf rambot aka eksesori. Nampak tak kura kura ejau tu.

Syawal kami memang rawk!

oh yea...niece aku tahu resepi sambal goreng, tapi dia punya resepi ikot hembos suke hati dia jer.

Woweeeeeeeeeeeee.


Syawal 2...hantar niece aku balik Korea.


Berhenti berangan yea. Bukan hantar niece aku balik Korea...dia sukekan pakwe Korea je dan bercite cite menjadi awek korea pertama berkulit etam.
Hahahahaha...adeih adeih.
Mata aku bole juling melekat kat ceiling kalau tengok perangai dia.

Raye 2 - hantar adik abang ipar aku balik Kota Singa daaaa..

Thursday, September 9, 2010

Sambal Goreng Nenek

Bile tibe hari rayaaaaaaaaa....eh eh...macam lirik lagu la pulok. Hik

Bile tibe hari raye, selain baju baru, kasut baru, angpau raya, duit raye, bunga api, mercun, kasut raye, makanan ialah part kegemaran aku ...aku gemar sangat rendang, ketupat, lemang, sambal kacang dannnnn...

Aku teringat...

Nenek selalu buat sambal goreng.Sedap sangat sangat, ada so un, ada kacang buncis, ada rasa pedas pedas dan yang paling utama sekali ialah TEMPE.

Memandangkan aku tak pandai ar buat sambal goreng tu, aku gorengkan saje TEMPE yang aku beli dari supplier. Besar. Segar dan murah.

Ting. 0.80 sen je sekeping. :)

Aku rindukan sambal goreng Nenek sangat sangat nie...Hmm sape ek pandai buat? Haa...kakak aku no 2 sure terror. nak bawak balik skit la..suh dia buat sambal goreng. Yeah!!!

Sambal Goreng Tempe ialah makanan kegemaran aku jugak masa hari raye. Tapi... aku tak reti buat...aku tak tahu resepinya...

Siapa yang boleh/pandai buat...tolong la sharekan resepi sambal goreng tu dengan aku yek. Phuleaseeeee...


Memandangkan aku tak reti buat sambal, aku gorengkan saje dengan kunyit dan garam. Lepas tu aku tumbuk bawang puteh, cili padi, cili merah, gula, garam dan sedikit air asam. Phewwwwwwwwwww.

Macam potato wedges gitew. Yummeyh.

Gebu kan. Macam winter sonata ...suke!
Di balut rapi dengan daun...ehiks.I dont know woo daun apa nie...but it make tempe smells fresh.;)

Tempe ni kalau campor dalam kuah lontong pun mengancam jugak kan.

Hadoiii...jam berdetik terasa perlahan sangat la.Uhoks!







Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidil Fitri 1431H













time flies...

Gonna miss you Ramadhan, Syawal is coming.

Eid Mubarak to muslim Brothers & Sisters.

Love Cookies' Talk dem mucho.


Sepasang Kurung UNGU


Aku teringin nak pakai kurung HITAM tapi encik tunang tak suke...sebab dia je suke HITAM.
So XXXXXX - 2010


Purple Green 2009


Red 2008

orange 2007

**********

Setiap hujung bulan...masok awal bulan..aku memang sibuk tahap cipan.
Pukol 4 petang baru aku ada masa nak capai phone dan call tailor kesayangan.

"Kak aya tak potong pon kain ko...dah si "anu" cakap ko nak amik bulan Oktober"
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tak cayang dah Kak Aya la camnie.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaa
Bile masa plak Aidil Fitri 1431H jatoh pada bulan oktober kak aya oiiii...tula suke sangat dengar cakap si anu dari pada cakap aku tuan punya kain tau.

Pelik sunggoh aku dengan Melayu.
Paling tidak pon, call la aku double confirm kan.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Aku terkilan.
Ayer mata teros bergenang dalam kelopak mata...:((
Hidup aku tanpa baju baru hari raye seumpama langit tanpa bintang.
Sempat ke lagi nak carik baju kurung siap dengan bujet manje manje aku nie.


HUWAAAA


1. teros update status FB " baju kurung hari rayaku kakak tak potong"
dengan harapan ada la sahabat sahabat nak tolong potong dan jahitkan dan siapkan dan tambahkan sulam sulam dan beads beads baju kurung aku esok. ... hikhik.
Psst psstt...Tak ku sangka ada jugakkkkkk mahlok jenis ni atas muka bumi...
"Kami memberikan tawaran serendah 60% untuk potong dan jahit tepi."
salah satu komen dalam FB aku
wakakakakakakakakka
Bengkak pipi aku gelak baca komen dia.

"Sengal gilak kamu brother"
{ Laki zanos tengah kemaruk jahit langsir rumah mereka untuk hari raye }

2. Segera text encik tunang...
"Kakak tak potong kain baju raye la bang, jom SACC MALL mlm nie"
Senyappppppppppppp
Sunyiiiiiiiiiiiiiii

"645 ptg abang datang amik kat office"
Tibe- tibe.

Gigih...raye punya pasal, encik tunang dalam letih2 drivekan aku ke shah alam.
Sampai di SACC Mall...aku carik yang paling tak ada corak aka PLAIN.
Yes!
Harge perghhhhhhhhhhhhhh $$$.$$
Budget gueh lari gilos...lari 400x400 meters gitew.

Selamat Hari raye Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada anda semua yang beragama Islam

:)

Ops! Hampir terlupa...ada ke satu kedai ni, jual baju kurung chiffon ...kain jarang tu...siap nampak padding dengan harge RM400.00.
Jahitan hancur ok...Benang bertaburan ke kiri kanan ke laut gitew.
Giler hape.