Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Oh! Ibu mertuaku



Hujan lebat membasahi bumi pagi ni kan. Macam mana kat tempat korang? Hujan lagi ke? Apa?
Tak pergi kerja?
Kahkahkah...sama la macam aku.

Aku ambil cuti hari ini.
Aku amik cuti hari ni pun sebab menemani ibu mertuaku yang sakit.
Sakit urat,
sakit sendi,
sakit lutut dan
macam macam lagi sakit tua yang menghidapi apabila usia dah menjangkau ke laut.

Korang amik cuti sebab sambong tidur bawah selimut ke? Isk isk isk...eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Buruk perangai
Masa tak menunggu kite yea adik adik...Pi kerja pi, jangan malas2.Kihkih.

"Mak nak makan apa tengahari ni ye mak?"tanye ku berbahasa di pagi yang nyaman ini.
"Masak pulut dah la..ikan perkasam semalam dengan ayam goreng ada lagi...nasi tak payah masakla..semua orang tak mo makan nasi..mak masak semalam" jawab ibu mertuaku sambil mengurut2 peha dan betis yang mencengkam jiwanya itu.

Haih! dah angin2..dah sengal2 sendi, pulut jugak menjadi idaman hati makan tengahari. Ibu oh ibu.
Ibu mertuaku memang suke makan pulut..tak kire la makan dengan apa pun...Hidupnya memang dengan pulut
Kadang kala, kami makan pulut dengan ayam goreng,
ada masa makan pulut dengan durian,
kadang tu ada jugak sambal ikan bilis, atau sambal ikan masin..makan jugak dengan pulut.
Kuih berasaskan pulut tak payah cerita...
Badan aku pun dah mula naik berangin di buatnya. Ehiks. Tapi sebab sodap. Aku belasah. Sok dah tua...aku pun macam ibu mertua agaknya. :))

Ibu mertua ku
umpama ibuku sendiri. Aku ikutkan sahaje kemahuannya.
Dalam usia ini, tak perlu lagi bertegang2 urat membantah makanan yang di ingini tekaknya. Melarang itu dan ini kepadanya. Kang naik pulak darah tingginya melayan kerenah aku...berdetik dalam hatiku begitu.



Di dapur...
Aku nampak Choclate buatan rumah yang di buat kakak ipar ku semalam masih banyak. Tangan gatal mencapai sebijik buat rasa rasa. White chocolate yang kakak buat ni tak berapa manis sangat la. Sedap!
Kebiasaannya kalau buat homemade white choclate...Manis gilos kan. Yang kakak ipar aku buat ni ok, just nice...sedap je. Tak manis sangat ...

Aku ingat nak bawak office la esok, buat test market ;)

Sementara menunggu, pulut ku rendam buat makan tengahari...
kedengaran suara ibu mertuaku menahan sakit dan angin yang keluar dari dada di ruang tamu.
Pastinya meletihkan. Aku yang mendengarnya pun naik letih. Kasihan ibu...

Aku ke ruang tamu...ku tinggalkan beras pulut dalam rendaman...
Ibu mertuaku sudah lelapkan mata...tenang.
Selepas anak-anak dan cucu cucu dah ke pejabat dan ke sekolah, baru lapang agaknya fikiran ibu untuk berehat dalam damai.

Aku capai novel yang berkisarkan cinta dua darjat tulisan Ilham Kalsom yang terbengkalai petang semalam.
Aku nak habiskan dulu novel ni..nanti aku kongsi review yek. :)

Sunday, June 19, 2011

My Sunday Morning



Cinta sempurna itu jalannya jauh,
bukan di nilai pada jarak tetapi
hanya masa yang menentukannya - Ilham Kalsom -



adeih la haiiii...
Badan aku sengal, tangan aku sengal, bahu aku pun sengal. Ni la dia penangan kelas Kick Boxing yang aku hadiri semalam. Otot otot sedang menjalankan fungsi dengan betol la ni yek?

Sebenor-benornya, aku warm up tak betul semalam. Uhuks :(

Seronoknnya dapat golek ke kiri, golek ke kanan atas katil pagi Ahad ni. Salah golek, terpandang pulak jam di dinding.
Halamak! Matahari dah nak terbenam balik kau...kihkih.
Awak tu isteri orang ye cik kak, bukan bujang lagi.
Sile Bangkit!

Telefon berdering...
MAK MERTUA nama yang tertera di handphone aku
"Assalamualaikum..mak" jawab ku ..
"Waalaikumussalam...Suami hang mana?" tanye mak mertua ku.
"Tido lagi.." jawabku sambil tersenyum malu..kah
"mak dah nak siap siap pi kenduri kawen ni...majlis tu dari pkl 10 sampai 1pm saje."
"Ye la ly kejutkan enciksuami" jawab ku pendek
"lepas pegi kenduri mak nak pegi hospital ...anak Mizi berak darah semalam..tahu dak?" tanye mak mertuaku
"Hah? tak tahu plak..hospital mana mak? nape jadi camtu? salah makan ke?" tanye aku sebagai anak polis pencen.
" Virus...hospital Kajang tempat Auni kena tahan dulu..tahu dak?" jelas ibu mertuaku cool je.
"Oh ok..ly kejutkan suami bangun la mak...kang leh pegi kenduri sekali...jumpa kat sana yea" aku cube tamatkan perbualan.
"Ha'a ye la..assalamualaikum" suara ibu mertuaku sayup2 hilang.

Aku capai vacum ..vacum working room encik suami.
Telefon berdering lagi...

"Assalamualaikum..."jawabku
"Walaikumussalam.." suara Abangku di Johor kedengaran
" Abang nak mintak tolong ni...anak buah ko ni belum tahu dia kena keja kat KLCC ke kat Damansara..tumpang sementara duk umah ko yea...bole?" tanye abang straight to the point.
"Oh sementara bole la...tapi pandai2 la bawak tikar bantal yek, rumah ly lum ada katil untuk bilik tetamu lagi...amacam?" jelasku terus terang.
"Malam kang anak buah ko sampai..abang suruh dia bawak tikar bantal siapsiap..suami ko bole ke?" tanye abang lagi berbahasa.
" ohhh..boleh je. Kereta ada tak? kawasan rumah ni tak ada public transport lagi tau...tapi nak exit pegi mana2 senang je...tak de jammed2 ni" jelas ku harap2 dapat hilangkan kerisauan Abang.
" Ko kasi alamat....lupa la aritu.." mintak Abang [ padahal last week masa nak pi New zealand dah bagi...malas eh!] :))
"nanti ly sms...apa apa hal telefon ly yea..petang ni nak keluar." balasku panjang lebar.
"Baikla..insyaAllah malam dia sampai la tu.." kata penutup dari Abang.

Sambung golek2 atas katil lah...
Tepek Mask di muka...layan novel kejap...;)


Siap signature penulis ok... ;)