Sunday, October 23, 2011

Someone is watching you alaa la la laa long

Setiap hari Jumaat,


aku dan geng kak Joyah memang bawak bekal ke pejabat.
Saje ... suke suke, tiada paksaan.
Semuanya datang dari hati yang ikhlas nak makan dengan kawan kawan.

Tapi...

aku dan geng kak Joyah tidak la bising bising sampai 1 dunia pon tahu kan kat pejabat tu.
Almaklom la, niat hati nak berjimat cermat kan...kalau dah 1 kampong nak menompang bukan jimat cermat dah namanya.
Kenduri kendara la plak.
Gaji pon bukan hari hari masok. 28hb sahaje gaji masok.
Maka al maklom la kondisi kewangan masing masing kan tengah tengah bulan. ;)


Sambal udang tumis...Ai masak ai masak...ada udang kering siap. Apakah? :))



Telur dadar tebal...



Carrot cheese cake from hotel..sempat ko pegi hutel yek mak merri.


Curry dari chef yati..dap! Petang2 cicah dgn roti plak. Habis kau sebantal!!:)))

Dalam seminggu sekali terasa nak makan masakan dari rumah.
Apasalahnya bawak sorang sikit, makan sama sama. Best kan? Macam piknik piknik :))
Tapi ada sesetengah umat, especially hok jantey tu..suke benar nak mengePAU sahaje kerjanya.
Berkire kalu, hakak pon double berkire ok.

So sejak Jumaat yang lepas...yang lalu.
Aku bawak telur dadar,
si anu bawak nasi,
si ani bawak sayur sayuran dan sambal belacan.
Si nanu bawak ayam masak lemak cili padi.
Cun!
eh eh...
Tibe tibe kakak sayang join sambil tunggu anak kesayangan dia menuntut di UKM amik.Jumaat tu... Dia tak tahu akan project makan makan hari jumaat yang kami buat suke suki ni.Aku tak kisah pon. Aku dan geng kak joyah ajak je la makan sama sama..
Cume...
Yang aku agak pelik dan agak geli hati apa bila,
Semalam hari jumaat kan..adalah jumaat kedua dalam bulan ini kami bawa bekal
Tibe tibe kakak sayang bawak lauk kari ayam. Join aku dan geng kak Joyah bawak bekal dan makan kongsi kongsi.





Cari ayam besar gedegang dari kakak. Sedap gak. Kentang pon besar gedegang.


Aku tanye kat si anu "ko ajak kakak ke join?"
Senyap.
Pertayaan di kemukan kerana aku nak tahu sapa yang mengajak. Bukan aku heran pon nasik berpotpot tak cukop. Tidak.
Curious sahaje. Full stop.

Aku tanye kat si ani pulak " macam mana kakak leh bawak lauk hari ni wei? ko ajak dia ke?"
Tak ada sesiapa pon yang buka molot tentangnya.
Abaikan rasa ingin tahu dalam dada, kami makan tengahari sama sama dengan gembirenya.

Tapi dalam kepala hotak aku ni masih ingin TAHU...siapa yang ajak? { Tahap ingin tahu aku amat kritikal kan..hahhaha }

Aku buka buku muka pagi Sabtu yang indah ni sambil tunggu washing machine habis spinning baju.
Aku nampak status si Nona...semalam.

" Google resepi jap..kang aku tak bawak makanan kang ada kena marah dengan si anu, ani nanu, nunu plak..hahahah "

di situ....
Baru aku paham ;)

rehat rehat hujung minggu dengan Danielle Steel ;)

Lola ate alot last week



No comments:

Post a Comment