Showing posts with label beading. Show all posts
Showing posts with label beading. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Project Blue Box : Kurung Pahang Coklat di Hari Kemenangan ku


30 Ogos 2011.
Alhamdulillah...rakyat negara ni meyambut 1 Syawal dengan aman dan damai.
Alhamdulillah ...hari kemenangan tahon ini ku sambut bersama sambutan hari Kemerdekaan tanahairku tercinta yang ke 54 juge aman dan damai.


Kemenangan ...
aku bertudung litup sebelum Ramadhan menjelma.
aku menyempurnakan Ramadhan dengan penoh ke ikhlasan dan ke sederhanaa.
aku menyahut dugaan dan ujian seluruh bulan Ramadhan bersama encik suami di sisi.
aku siapkan baju tempahan manik pelanggan yang datang tak henti henti hingga saat munculnya Syawal. Alhamdulillah sangat2
aku menyiapkan baju raya kurung pahangku siap bermanik dalam masa 1 hari.
aku memperkenalkan tudung dan membuahkan anak buah dan sedara mara kesayangan ku menutup aurat dan mendekatkan diri kepada suruhanNYA yang maha ESA.

31 Ogos 2011.
Salam Merdeka semua :)

perut kenyang kemain.
Tekak rasa haus tak habis habis.
Esok nak balik Perlis.
Assalamualaikum Ibu dan Bapa mertuaku :)


Tuesday, August 23, 2011

Project Blue Box : Pohon Kemaafan

Sempena Aidil Fitri 1432H yang bakal menjelma...

Kepada teman teman dan taulan serta
saudara mara yang tersayang,

Andai ada tersilap kata,
terkasar perbuatan,
tersasar jahitan.
kekurangan dan ketidak sempurnaan

harap di maafkan.



Manik dah bertaburan


Jarum dan benang dah keserabutan

Jarum dan manik bersahut sahutan


hati dah tak keruan...terbayang2 ketupat dan rendang.
Wah! cam pantun gituuuu.


Selamat Menyambut Hari Raye Aidil Fitri & Maaf zahir batin dari kami,

Lola & Suami :)

Saturday, August 20, 2011

Project Blue Box : Pinkku sarat Bermutiara


Oh la laaa...
Aku memang ada sedikit masalah ar setiap kali nak menjahit manik di atas fabrik bercorak atau berbunga.
Aku rasa ilham aku tersekat di tepi tol gitu.
Sekejap nak buat teknik camgini,
sekejap nak buat teknik camgitu,
nak buat teknik tocang lagi, eh tak nak lah...
nak buat teknik susun manik mutiara je lah...
Uwaaaaaaaaaaaa serius otak cramp. :(

Santaikan dirikku sekejap di buku muka sambil mencarik ilham.
Kakak sedara dari Singapure hemboskan kata kata semangat " dah siap nanti , lawa je"

Perghhhhhhhhhh!
Macam kena tiupan angin hidayah gitu....terus terasa suntikan asmara..eh tak tak suntikan semangat pertiwi meresap ke sanubari nak terus menjahit dengan gagahnya.
Serius....Hee.

Petang kang ada activity bersama sahabat2. Dah lama tak jumpe...terasa sunggoh rinduuuu :)

Friday, August 19, 2011

Blue Box Project : Pinkku sarat Berbunga


2 lagi baju kurung hari raye di hulurkan....
sepasang milik siibu....
sepasang milik si anak...
sedondon gitu.

Balik kerja hari ni nak kena carik manik warna menonjol buat kedua duanya.
Yihaaaaaaaaaaaaaa!!
Sempat ke aku nak kena siapkan baju 2 beranak ni?

Dug dag dug dag...

Alhamdulillah, rezeki Allah beri...kena gigih! ayoh Lola! :))



Thursday, August 18, 2011

Project Blue Box : Goldie Green Tocang Dah Siap


24 jam sehari ...

Aku rasakan pendek sunggoh waktu yang berputar hari ini.
Selesai sudah jahitan manik tocang di baju raye ku sempurnakan buat sahabat.
Senyum kemain panjang sampai ke cuping telinga apabila aku serahkan baju raye bersulam manik miliknya.
Dari senyuman itu, aku mampu berlapang dada. Lega, sahabat sukekannya.

Riuh kecoh sebentar bergembire dengan kurung Aidil Fitri yang telah ku siapkan.
Kakak senior datang menghampiri.
Baju kurung untuk di gayakan di hari rayanya jua dah di siapkan oleh tukang jahit dari Melaka.
Tak semena-mena ada hajat di hati kakak senior yang terpendam selama ini.
Beliau berhajat mendapatkan sentuhan manik dariku dalam diam diam rupenya.
2 pasang baju di serahkan kepada ku untuk di penuhi dengan sulaman manik di baju kurung cotton berwarna pink lembut milik beliau dan anak perempuan kesayangan.

Alhamdulillah, rezeki Allah limpahkan lagi di Ramadhan yang mulia ini.
Dalam senyum manis mensyukuri nikmat yang Allah beri...tersimpul dalam hati satu lagi harapan menggunung tinggi...
&&&&&


Sebenarnya...
Aku lelah menanti seharian di hadapan laptop semalam. Harapan yang aku sandarkan terlalu mencakar langit agaknya.
Orang tua tua pernah berpesan, usah di harap pada sesama manusia...kelak kamu kecewa.
Ah! orang tua tua banyak sangat benarnya kata katamu itu...

Hasil kerja yang ku tunggu2 sejak semalam, akhirnya..
di persembahkan ke mata dunia. Ah! tak seberapa rupe rupenya...
Aku kecewa sampai tak terkata.
Bisu seribu bahasa.

Aku luahkan pada dada buku muka.
Aku luahkan pada sahabat.
Alhamdulilah, aku ada sahabat yang memahami derita memendam dalam jiwa.

Walau apapon keadaannya...
perjalanan hidup perluku teruskan hari ni dengan semangat baru.
Aku kan optimis orangnya...



Tuesday, August 2, 2011

Project Blue Box : Goldie Green Tocang Yat




Bangun sahur 4:30 pagi.
Masak, panaskan lauk, hidangkan makanan, makan, minum , burpppppp masok waktu Imsak 5:41 pagi.
Kemas meja, kemas sinki, kemas dapur 6:00 pagi.
Solat subuh, mengaji Al Quran sikit 6:30pagi
Amik Spek, Sambung jahit manik 7:05 pagi.




sejak dah pakai spek,
dah bole jahit manik lajuuuuuuuuuuuuuuuu
Oh yea! nak jahit manik tocang ni ada pantun dia...
MULA DI ATAS JALAN,
PERGI KE HUJUNG JALAN,
MENYEBERANG JALAN,
BALIK KE PANGKAL JALAN.

Haaaa ingat lagi tak masa cikgi ajar pantun ni?..
ha? Apa dia? Ingat2 lupa?
Apa?
Lupaaaaaaaaaaaaaaa?
Babap nak?



Amik towel, siap cantek wangi nak pergi keje 8:00 pagi.


Saturday, July 30, 2011

Project Blue Box : Olive Berkilau Yat

Pagi tadi aku bergegas,
nak ke dobi ...almaklumla, seharian hujan. Aku risau baju tak sempat kering.
Isnin pulak insyaAllah dah bermulanya umat manusia berpuasa.
pastu aku plan nak beli benang, nak beli manik, nak beli macam macam lah.
Gaji dah dapat la katekan.
Lagi pun aku saje je nak prepare menyambut Ramadhan awal sikit dari biasa.
Almaklum la..1st Ramadhan ku bersama encik suami tersayang lah katakan.

Auw!
[mata kelip2 malu tapi manjew..hahahaha]

Tibe tibe...nak jadi cerita hari sabtu agaknya
kereta sport ku berhenti dengan sendirinya.
Di tepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii highway ok.
Aku jeling kiri jalan,hutan kelapa sawit.
Aku jeling kanan jalan...omakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Seram giler rasanya bile lori trailer panjang melingkau lalu di sisi keretaku.
Bergegau gegau kau.

Pertama kali dalam hidup, encik suami dan aku bole tak perasannnnnnnnnnnnnnnnn
Minyak kereta aku habisssssssssssssssssssss.,... Lampu lip lap lip lap penunjuk minyak dah habis belip lap lip lap tapi kami bole tak perasannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Bole gitu?

Uwaaaaaaaaaaaaaaaa, perut pulak dah pedih kelaparan.
Nasib baik 500 meter dari tempat kejadian, ada telefon emergency bantuan highway berdiri gagah mintak di gunakan.
Encik suami berjalan dapatkan bantuan, tak sampai 30 minit. Geng bantuan kecemasan SKVE highway sampai.
Alhamdulillah.
Abang macho dua orang tu bawakkan minyak.
Pantas dan efisien eh dia orang ni. Aku nak bagi duit tips pon tak amik.
Baiknya manusia manusia ni.
Membantu demi keselamatan kami.
Encik suami nak masookan minyak ke tank kereta kami sendiri pon dia tak bagi...dia suh duduk dalam kawan kon yang di letakkan di tepi jalan.
Caya lah team SKVE!

Semoga Allah memberkati setiap jerih korang membantu semua pengguna jalan raya dan highway yang membunuh ini.
[ Tak ada sebuah pun kereta yang memandu melepasi kami di bawah kelajuan 90km/j ok...even kancil kecik puteh tu pun lalu selamba dengan kelajuan yang maha laju aku nampak...tak membunuh namanya? ]

Alhamdulillah, alhamdulilah.
Selamat semuanya.

Tadaaaaaaaaaaaa...project blue box ku seterusnya.
Alhamdullilah, Allah beri rezeki lagi.


Gold + green...antek tak?

Selepas breakfast terus aku ke kedai beli benang dan jarum tambahan untuk menyiapkan baju kurung hari raye olive sahabat di office.
Alhamdulillah, semuanya di permudahkan olehNYA.Manik2 yang aku cari, tak sabar sabar menerpa ke jemari ini. Ewah!
Ilham pulak datang mencurah2, tak perlu lagi aku blur2 macam masa aku jahit manik di baju kurung modern millik Wein.

Gold dan Green jadi warna pilihanku kali ini.
Zasssssssssssssssssss...aku postkan preview foto di buku muka, aku tagkan nama sahabat ku di situ.
Ada komen dari sahabat.."baju raya aku tu kan? Wahhhhhh i like i like i like i likeeeee...wat cantik2 yer li..heeeeeee"

Excited sangat nampaknya si dia. Kahkahkah


Bahagia hati ini setiap kali customer sukekan rekaan jahitan manikku.
Moto minggu ini :: Keutamaan ku adalah ANDA....amacam?

okeh nak sambung balik...


Sunday, July 17, 2011

Project Blue Box : Orange ceria | Baik Punya



Nak ke mana tu Lola?
Cantek kemain ko posing haa..?CAntekkah? hahahahaha
Heee...


Semalam buat pertama kali dalam sejarah hidup...
aku menghadiri jemputan majlis perkahwinan di kejiranan rumah aku.Kahkahkah..lawak je aku rasa.
Gini la kalau dah hidup kat rumah bertanah kan...jiran jemput makan, wajib hadir, berkenal kenalan. Tak gitu? ;)
[sebenornya..makan free punya pasal kan..hiks..muka tak malu betol. ]

Perghhh! perasaan yang aku rasai masa di majlis itu agak aneh.
Selama hayat di kandung badan ni, aku pergi majlis tak kenal tuan rumah pon sebab ikut arwah mak, or ikut kakak or majlis2 yang sekurang2nya ada la 1 wajah yang aku kenali contohnya, kawan punya kawan punya kawan kahwin. Haa gitu. Kire ada la yang kenal kan.

Tapi kali ni...
aku dan encik suami memang berada betul betul di dalam kenduri perkahwinan mereka yang tiada pertalian saudara/darah/kawan taulan senenek sebau bacang apatah lagi durian dengan kami.
Menerima hakikat bahawa kite manusia di muka bumi Allah ini bersaudara seagama.

Aku anggap saje makan kenduri kat umah pakcik Rani hari ni...macam kenduri pakcik sedara aku ber cousinkan Kapten la yek. Ha'aa iye...tadi ada upacara pengantin lalu bawah pedang kau.Encik suami aku suke bab bab pedang ni. Terus terasa diri dia pahlawan arab gitu katanya. Kah! Macam macam peel.
Anak perempuan pakcik sedara aku hari ni berpangkat KAPTEN. Kelas u...;)

Muka tuan rumah pun tak tahu yang mana satu sebenonya.
Sebagaimana adat istiadat majlis perkahwinan orang orang Melayu.
Tuan rumah selalunya berpakaian baju melayu sedondon sekayu dengan keluargakan.
Maka, Encik suami terjah sahaja pakcik berbaju melayu bersamping ungu.

Kire...Tuan rumah la tuh kan.. :))

Selesai encik suami perkenalkan diri...
envelope di hulur sebagai sumbangan dan tahniah.
Aku terus amik makanan nasi beriyani, acar buah, limau dan air anggur duduk diam diam layan alunan Maher Zain malaysia di dendangkan di sudut penjuru karoke di sediakan.

Kenyang perut, kami balik dengan buah tangan kuih baulu sebeg di tangan.
Tanpa membuang masa, ilham aku datang mencurah curah ...

Tadaaaaaaaaaa...


Manik hexa hitam berkilau dan gold jadi warna pilihan.
Baru la menonjollll ;)

Antek?
Kalau nak tempah bole lagi...meh anto baju meh.
Emailkan request anda di LilyJaafar@yahoo.com.
Sudi sudikan la :)

Saturday, July 16, 2011

Project Blue Box : Orange ceria | Edisi Tak berkenan di hati


Bangun subuh subuh pagi...sebaik lepas solat Subuh.
terus terkam jahitan manik di baju kurung oren Wein yang tak siap lagi.

Dalam hati,
Ada yang tak kena dengan pandangan mata kasarku.
Aku tak berkenan dengan design, gabungan color manik yang aku hasilkan malam tadi.
Ntahlah...macam ada yang tak kena lah.Hmmm....
Hati ini rasa nak remove saje separuh jahitan yang telah aku siapkan semalam.
Hati ini jugak rasa nak bukak semula semuanya, buat design baru...ikut sesedap mata aku memandangnya.

Walaupon design semalam, tak ada buat apa apa dosa kat aku.
Walaupon aku yakin insyaAllah Wein akan sukekannya.
Tapi hati aku tetap tak berkenan.
Haih! hati oh hati...kalau dah tak berkenan. Macam macam cara di buat nak puaskan hati.

Bile di renung renungkan semula...
Begitulah jugak sikap hidup manusia sesama manusia yang lain.

Tak berkenan dik hati, remove kan sahaje dari kehidupan seharian.
Tak berkenan dik hati, tak mahu kawan dah.Unfren bak kata kawan kawan kat office.
Tak berkenan dik hati, tak buat dosa apa apa pun kat diri tu, bawak diri/ jauhkan diri.

Dan ada kalanya manusia lupa,
bile kite tak berkenan kat sesuatu / seseorang.
Orang lain pun boleh tak berkenan kat kite jugak.

Orang tua tua selalu pesan ...
ko buat perangai tak elok / niat tak baik kat orang,
esok lusa orang buat balik kat kite.
Manusia mudah lupa kan.

Jadi, dalam hidup ni.
elok la kite bersederhana dalam segala hal yea adik adik.;)

Lesson no 1.
Tak usah la nak berlagak bagus/ kepala otak ko je yang betol all the time.

Lesson no 2.
Maafkan je lah apa apa pun yang menyakitkan hati ko tu...supaya hatiko tak busuk sama macam hati orang yang ko tak berkenan tu.

Lesson no 3
Teruskan hidup.
Sebaik baiknya, selalu la amik yang positif buangkan yang negative. Yang negative-negative tu..Setan belake.

Erk!
Setan rupenya yang kacau aku nak menjahit dengan aman ni! Haishhhhhhhhhhh!


Astarghfirullahalazim.
Astarghfirullahalazim.
Astarghfirullahalazim.


Project Blue Box : Orange ceria | Edisi Huru Hara




Ni no ni no ni no ni no....
sape dah lama kenal Kak lola, pasti tahu maknanya apabila siren ambulan ini berbunyiiii...Tulunnnnn.

Kes berat kes berat.

Kes no. Satu.
Jiran Kak Lola malam ni dapat menantu...
mercun dah meletus2 tadi. Berdentam dentum kemain. Cantek warna warni bunga api. Macam raye cine..HEEE. Kak lola pun tumpang melompat2 gembire kat halaman tadi memerhati.

Lepas tu,
kompang..pong pang pong pang. Pengantin dah sampai...tapi lighting kureng, so kak Lola tak nampak wajah pengantin. Tadi nampak kad jemputan tanpa nama atas bakul, di jemput la tuh. Esok je la pegi makan tengahari. Ehiks.

Lagi? Apa masalah lagi...
karaoke belum berakhirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ni....
suara penyanyi Ayat-ayat cinta versi karoke itu bikin hati kak Lola tak keruan laaa...dendangan suara yang tak berapa agak nak sedap ni bile la nak habis.
Haish!
Kak Lola rasa nak panggil kawan Kak lola yang bersuara seketol Anuar Zain mai sini datang ganti dia nyanyi laaaaaaaaaaaaa.

Amponnnnnnnnnnn la Leha oiii!!!!
Sore ko tak sedap la lehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Dah pukol 12:16 minit malam ni....Pak leman bahagia la dapat menantu, Kak lola ni derita merana tahan telinga dengan dendangan lagu karaoke penyanyi tu.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Rasa nak lari 100 meter berpagar dah nie. Adussss. Sabo Lola sabo. :)

Dannnnnnnnnnnnnnnnnn dik kerana dendangan lagu lagu putus cinta dari kenduri kawen jiran kak lola malam ni jugak la...
Ilham design manik kak lola tak berapa nak UMPH!
Kes No.Dua.
Susah sekali nak manikkan baju kurung bercorak ek!
Pengalaman kak lola menjahit selama ni rupanya di atas kain tanpa corak. Kali ni baru kak lola perasaan, kurung modern Wein ni bercorak.
Mencabar mencabar!
rasa nak buat larian kijang dah ni, design dan kombinasi color yang kak lola cube ketengahkan pon agak tak menonjol di baju.
motif daun kiri kanan...sempena floria la kunun ni. Tapi cam tak vouge.
How ley?

Hmmm...gabra gabra..makan makan. Tarik nafas, lepassssssss. Tarik lagi lapan lagi.
ZzzzZZZZZ





Thursday, July 14, 2011

Project Blue Box : Orange ceria Wein

Ahaaa!
Apa bile gambar Blue Box sudah keluar...bermaknaaaaaaaaaaaaaa...

Kak lola sedang sibuk mengentel benang dannn dannnn..manik.
Sile amik 50 sen ni, pi Pavillion pi beli Lolipop ..hahahaha ;)

kurung modern di beli siap dari Gulatis bermaterial chiffon halus.
orange , bright color...combinasi manik apa yang menarik nak ku sulam agaknya yek...
Hmmm ilham ilhammmm datang la ilhammm


Sejak minggu lepas, Wein hantar text di communicator ku...

" Ly nak tanye...amik upah jahit manik lagi tak?" begitu ayat wein padaku.
" Nak tanye balik dulu ..sebelum jawab soalan..hihi..wein nak pakai bile?" jawapan di balas dengan soalan gak tu..garang ai kan..hahahahah
"Tak urgent pun, wein dah beli lama baju ni...dah lama nak kasi Ly jahitkan manik..tak bawak bawak je " balas Wein tanpa desakan.
" Amik " balas ku padat dan tepat.

Hiks..Aku pon tak sangka sebenarnya...dalam diam diam officemate aku yang sorang ni yakin dan percaya dengan bakat menjahit manik yang aku lakukan selama ni. Mungkin dia lihat beads work aku yang terdahulu kut.

Andai di tanyekan kepadaku..sukar tak menjahit manik?
Aku yang baru setahun jagung bergiat dalam jahit menjahit manik...jawab.
senang je kalau kite belajar ilmu menjahit dari yang arif, ada minat , ada ke sabaran dan ketekunan.

Andai di tanyekan kepadaku macam mana aku boleh yakin dan berani nak menjahit manik ni?
terus terang aku katakan dari lubuk hati yang dalam, aku yakin bahawa aku memang BOLEH menjahit manikkerana berkat sabar dan tekun yang ada dalam diri aku, aku yakin aku mampu buat jahitan manik yang baik dan kemas.

Menjahit bukan sekadar menjahit yea adik adik...
menjahit manik perlukan kesabaran ketekunan kerajinan dan minat yang mendalam selain daripada kreativity serta bakat semulajadi individu dalam diri.





tibe tibe aku terasa...
Bahang Ramadhan dan Syawal semakin hangat.
Alhamdulillah, Allah beri rezeki lagi untuk ku persembahankan di sebidang kurung orange ini.

Ilham datang la ilhamm...tak sabar rasanya nak lihat wajah senyuman manis puas hati dari tuan punya kurung :))

Friday, June 3, 2011

Project Blue Box : Hijau Salju Disaster






3 Perkara yang aku paling palingggg seram dan gementar menghadapinya tentang MANIK.

1. 3:00 pagi dik Na sms, " manik merah kat baju kakak berterabur la kak nun masa nak hang.
...Nak mintak kak nun repair sebab esok nak pakai kenuri kawen ni"

Rasa cramp semua saraf badan aku ni termasok saraf kentut.
OUCH!
2. Customer mengadap aku siapkan jahitan manik yang aku sedang repair.

3. Benang tak masok masok ke dalam jarum kau..sebab tangan dah gegarrrrrrrrrrrrrrrr.

Haihh!
Aku belajar dari kesilapan.








Wednesday, May 25, 2011

Project Blue Box : Hijau Salju Edisi II

Sudah siapppppppppppppppppp tuan! wah! macam baru lepas kilatkan but hitam perbarisan je kan..ahaks.

Sebenornyaaaaaa...baju kedua milik kakak Dik Na comel telah ku siapkan semalam.


Pintalan kasih gitu nama di beri...jejiwa sangat..kahkahkah

bermain dengan warna dan manik ada lah hobi sayeee juge

Hexa merah hati menjadi pujaan hatiku.


Kak nun pilih manik merah dan hijau buat si kakak. Tak ada la nampak boria sangat kalau kak nun jahitkan teknik yang lain skit kan.

Asas teknik pintalan...ada jarum? benang? manik? Haaa apa lagi...

Harap harap kakak Dik Na comel sukekannya.

Uik! ada tempahan untuk jahit manik di baju raye si cenonet Al meera pulak menunggu. Huhu..Alhamdulilah, rezeki datang tak putus putus sejak kahwin.

kahwin la cepat adik adik. Pasti tiada masalah kewangan lagi lepas lepas ni...Bole gitu? ;)


Sunday, May 22, 2011

Project Blue Box : Hijau Salju Edisi I

Jumaat malam, menonton Nur Kasih the movie di Midvalley.

Pagi sabtu aku dah berangan-angan design manik buat Dik Na.

Hari Ahad, jahitan manik dah siapppppppppppppppppppppp. Laju bukan? ;)


Teknik : Dedaunan...yok or jek.Hihik

16 May, Dik Na serahkan baju kurung hijau beliau dan kakak kesayangan kepadaku.

Hari ni, baju kurung hijau lumut untuk Dik Na dah ku siapkan penoh perasaan. huhu.

Gigihkan ...hujung2 minggu duduk perapkan diri dalam bilik siapkan jahitan manik buat customer comel :)).

Syabas Lily..syabassss. Rasa puashati kalau dapat penuhi hasrat customer. Baju kurung chiffon plain sekarang sudah berbling bling cantek. Ehiks. Yakin cantik bole?

Sendiri buat, sendiri design, sendiri puji cantik. Apakah? Wahahahahaha...

Walaupun hari ni terkejar sana dan sini membantu perniagaan encik suami yang sedang merangkak rangkak naik, namun aku kuatkan azam siapkan jugak baju kurung hijau buat Dik Na.

Harap harap ilham kreatif ku lahirkan di kurung hijau beliau, walaupun hanyala teknik paling simple di gunakan, mampu membuatkan Dik Na tersenyum puas hati.


Kalau Dik Na tak puas hati, aku je lah pakai baju kurung hijau nih...Bole gitu? Ahahaha...[macam muat Kak nun oiii...Hee...]

Baju Dik na dah siap aku hang kan di depan mata.2nd Project Blue Box bersambong buat kurung si kakak pulak.

Walaupun warna baju kurung hijau buat si kakak sama warna dan gaya, aku rancang nak berikan sentuhan design dan teknik berbeza daripada teknik yang ku buatkan di kurung hijau Dik Na. Kombinasi warna merah dan hijau aku pilih untuk menceriakan kurung hijau lumut buat si Kakak.

Jeng jeng jeng..tunggu saje hasilnya nanti yek.

Adik adik manis nak mintak kak nun jahit manikkan baju kurung? Boleeeeeeeeeeeeeh. Meh la hantar...tempahan masih terbuka luas. Meh meh meh..jangan malu2

Monday, May 16, 2011

Projek Blue Box : Hijau Salju kurung Dik Na


3:33pm - Tengahari tadi aku lunch lewat sangat sangat dari hari hari biasa. Eh! tengahari amende...dah masok petang kak oi.
Sebab? temankan officemate aku yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah kerja sejak tengahari tadi. Kritikal.

Cuaca agak mendung, ...sampai di kedai Wong Solo Bangi buat ke sekian kalinya....hakhakhak. Aku macam tak bosan-bosan dengan makanan dari seberang ni kan. Korang sure dah naik loya aku cite pasal Wong solo kan..muahahaha. Gasakkkkk, blog hakakkkk suke hakakkkk :))

Baru je terima order makanan kami, tup tup Dik Na comel dah sampai di sisikku dari Bangsar. Aku rasa macam sekejap saje dia memecut dari Bangsar ke Bangi. Laju mana ntah agaknya Dik Na driving tadi nak kejarkan kak nun si pejahit manik ni kan. Wahakkkkkkkkkkks.

Hasrat beliau untuk dapatkan hasil kerastangan aku menjahit dan mencantekkan baju chiffonnya dengan manik tercapai jua.


Cantek kan warna hijau lumut ni.

"Oh! Jahitkan baju kakak sekali yea kak nun" gitu pesan Dik Na. [oh, 2 pasang terusssss]
"Ina ada tengok design mana2 tak..ke nak ikut creativity kak nun je ni? tanyeku macam soalan penjahit pro kan..miahahahaha
"Tak ada plak Ina survey design kat web...ikut kreativity kak nun je lah" balas ina yakin.
"Kalau ina ada jumpa design mana mana berkenan, bagitau tau sementara kak nun tunggu mood sampai ni" tunggu mood sampai katakuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
"Ina nak pakai masa wedding makcik bulan June nanti..sempat siap kan kak nun?" tanye ina dah naik seram dengan statement aku tadi..hikhik
"InsyaAllahhhhhhhhh, kalau mood sampai...sampai kebas-kebas punggung kak nun siapkan ok" terus teranggggggggggggggg saje.

sambil menyuapkan tempe dan tahu bercicahkan kicap cili, sekali sekala menyedut Manggo jus...borak kami tak putus silih berganti.

Sedar2 jam dah mencekau 5:00pm. Bole ? Jom balik, kak nun nak carik kotak biru.

Thursday, May 12, 2011

Mari Mari Jahit Manik Meh




HEEE...buku sekolah menjahit manik pada tahun 2009...dah berabuk!!!

Adik Na comel " K.nun nak tanye...amik upah tak lagi jahit manik? if yes,
dik na nak mintak jahit...nak pakai awal June."

Kak nun " boleh, tapi kak nun jahit simple je tau...crumble2 tak berani...hiks"

Adik Na Comel " tak pe..itu yang ina nak...simple je, baju tu plain kain chiffon.
tu nk letak manik sikit. Nanti baju dah siap Ina contact yea. Thanks."

***

Hoho! pagi pagi dah terima text message berbau rezeki dari Adik Na Comel.
Alhamdulillah.

To do list.
  1. Check jarum.
  2. Check benang.
  3. Check manik.
  4. Check gunting/ blade.
  5. Check KANTA...mata dah semakin blur blur.

Mari adik manis mari...tempahan untuk jahit manik simple masih di buka....ewah!
;)
eh eh! chop..
PERINGATAN : hakak ni tukang jahit manik amatur aka basic basic aje tau,
bukan level2 professional macam artist tersohor manik abad ini BnTB yek.
Hrp maklom.
Sekian terima kasih.
Tapi jangan risau, jangan panik...[apa pasal plak nak panik hakak oiii] hakak ada 20 teknik jahitan yang akak dah tuntut dengan tekun yea adik adik...dont play play.
Mari mari mari...:))