Sejak hari Rabu...
Dugaan ujian datang silih berganti.
Mungkin ramai yang melihat kami, seronok meniaga dapat duit tiap tiap hari.
Tapi
mungkin ramai juga yang TAK DAPAT melihat kami, tersedak2 masa makan nasi sebab terkejut kejut dengan berita yang kami terpaksa tempuhi.
1. stok baru yang aku tunggu tunggu, tak dapat aku genggam sebagaimana hajat di hati.
CEO " Petang ni amik, nanti hakak nak snap gambo siap siap dah boleh publish pada customer.
Sms akak bila dah sampai rumah yea.." atur cara aku berikan pada adik manis merangkap pegawai stok
Petang khamis...
"Kak, pembekal demam. Dia kata esok saje. " balas pegawai stok.
2. Jumaat...
CEO " Stok baru ko pi amik pkl bape?"
CEO 2 " Petang lepas habis kerja."
CEO " Ok, dah sampai rumah sms akak, akak pegi ambil"
CEO 2 "Kak, anak pembekal pulak demam hari ni. Dia kata minggu hadapan sahaje. " balas adik manis.
3. Jumaat , petang sikit
CEO 2 " Kak, customer kata tudung tak dapat lagi...mana copy tracking number pos laju?
CEO " Ada kat office..dalam drawer. Akak nak buat filing kunun pegi la check kat sana"
CEO 2 " dah amekkk ..patutnya sampai pada customer hari ni"
CEO " GLUP sorang sorang kat rumah sambil makan cekodok udang"
Well...
asas dalam menjalankan perniagaan...
Dalam apa apa perniagaan pon,
tak kire la..perniagaan nasi lemak bungkus ke,
perniagaan jualan langsung COACH tanpa butik ke..ehiks :))
pasti ada ribut taufan yang melanda.
Sebagai penjaja aku hanya mampu bersabar tahap dewa mengawal keterujaan dan risiko2 yang tak banyak, sedikit pasti ada melintas sekali lalu.
Dalam saat saat camni...aku setuju dengan kata kata ilmuan...
Sabarlah dalam BERSABAR.
Banyak banyakkan berdoa.
Jangan gopoh, { kadang kala apa yang kite mahu lambat dapat, kadang kala cepat , kadang kala Allah jauhkan dari sebarang kemudaratan }
Jangan sombong. { banyakkan berdoa, usahlah sekali doa sahaje...pastu apa yang kite hajati tak dapat kite sombong tak mahu lagi berdoa memohon kepadanya...mana ada ubat mujarab sekelip mata kan.....kite tetap kena sapu dua tiga kali jua...baru mujarabkan..sama lah jugak dalam berdoa... }
Alhamdulillah...
dah dekat dekat nak senja..aku terima sms dari adik manis pegawai komunikasi dan stok
pegawai komunikasi melaporkan"Kak, customer dari Perlis kata Tudung sangat BEST!!! Fabric dia pon syok...sangat suke! "
Syukur sangat ke hadrat Illahi aku di berikan peluang menikmati kegembiraan di kurniakan hari ini.
Motto minggu ini " Kepuasan pelangga adalah kepuasan JUMAA jugeeee" .
Bole gitu? :)
Hey u! jangan lupa LIKES JUMAA
No comments:
Post a Comment