Mood raye masih tebal. ...tapi hari ni nak cerita pasal hari tu.....layan eh...
Plan kemain lama tau...
dari satu kedai ke satu kedai,
dari jadi x jadi, jadi semula..macam x jadi..akhirnya...
al kisah bermula...
***
Iftar bersama geng sengal berjalan tak berapa lancar haritu...
Sebabbbbbbbbbbbb,
"sori cik..kami tak terima reservation atas nama tu hari ni" statement adik manis bertugas di FLORA.
hamik!!!
aku zanos dan suami dia dah terpacak depan FLORA...7 orang lagi dah dalam perjalanan berbuka bersama sama.Mata masih terkelip2 tak dapat terima kenyataan. Nak telan air lliur pun memang tak ada. Aku terus terkedip2 memikirkan pilihan lain yang simple dan berbaloi sebagai penganti.
Nak kata lawak jenaka, tak
Nak kata nak ngamok, pun tak
Dugaan Allah bagi di saat hujung2 Ramadhan agaknya.
Aku tenang, begitu jugak zanos dan suami.
Artist Erra Fazira & lain lain memenuhi ruangan berbuka puasa di FLORA.
Dalam memerhatikan kecantekan plastik artist masa kini...ehem...bukan di tujukan buat semua artis yea. Heee...
aku bermain dengan pelbagai teori dalam minda...entah entah dia org buat tak endah jek reservation kami sebab nak utamakan program dan shooting bersama retis yang di jalan petang itu...
Maka skrip paling mudah buat kami yang nak berbuka bersama sama rakan taulan...terkilan dik kata kata
" sori cik..kami tak ada terima reservation atas nama cik".
Sentap.
Tiada niat terlintas nak tegang urat.
Kekuatan ntah datang dari mana aku mempertahankan credit pahala puasa hari itu.
Redha saje.
Restaurant Arab al unta berdekatan jadi sasaran kami.Rakyat jelata di dalamnya berkucup kucupan sesama mereka. Siap bunyik lagi chup chup chup { Aku cuba buat kat sahabat, kena gelak dik si kembar berdarah Arab penangannya ..hahaha dah bunyik cam cencurut gatai kan...mana x kena gelak!kahkahkah }
Alhamdulilaah.harga pun sekitar persetujuan geng sengal.Al Musafir jadi pilihan muktamad kami.
Sedap jugak makan kambing ...dan kurma goreng. Tragis betol kawan aku yag bendul tu...kurma goreng wujod ke? Kahkahkah..Jadi bahan ko nakkk.
Daring gak budak dua org ni...senyum senget nak tarik perhatian sahabat2 aku yang bawak camera gedabak.
Gebu budak2 ni..dah 3 tahon duduk menetap di negara bertuahku Malaysia. Aku tak reti nak nyebut nama dia org. But budak2 ni memang sweet sangat!!!
Yang ni antara artist2 yang memenuhi ruang FLORA hari itu.
Yang ni sangat menarik perhatian sahabat2 aku..walaupon jasah duduk dalam Al Musafir, kepala tetap teleng menjeling artist2 kebangga ramai ni. Cantek manis berbadan slim memasing, tampak lebih manis kalau bertudung litup ayu di Ramadhan yang mulia.
Tak gitu?
Aku sejak dua menjak ni minat artist2 bertudung ayu jeeeeeeeeeeee...Macam sape tu..Irma ek? Haaa..comelllla minah tu.:))
No comments:
Post a Comment