Tuesday, August 2, 2011

Ramadhanku Kini vs Dulu Kala

Alhamdulillah...
Sempurna sudah Ramadhan pertamaku semalam.
Menu buka puasa : Menu ala kadar.

Petang semalam, terpandang petikan kata kata seorang Doctor...katanya...

" Keutamaan berbuka bukanlah dengan menjamu nafsu makan, tetapi menjamu anak-anak yatim, para janda dan orang miskin untuk sama2 berbuka. Kebarakahan puasa tentu akan berkurangan apabila membenarkan nafsu yang dikawal pada siang hari dilepaskan di malam hari. Ambillah sekadarnya.
Peringatan untuk diri sendiri sebelum ke Bazar Ramadhan nanti..renung2kan "

heeee ...Bagus kan.
Terus cancel niat nak bershopping mata dan nafsu di bazar beli kuih muih petang semalam.Yeay!
Kepada abang2 yang meniaga kuih muih, banyak2 sabo noooo.:))

Sesi mengimbau kenangan lampau sebentar...
Masa muda muda bujang, aku duduk bujang dengan 2 orang lagi rakan di playhouse.
Biasa la kan..orang bujang...setiap kali ramadhan tibe,
aku dengan adik manis...suke betul ke pasar Ramadhan putrajaya selepas waktu kerja...memborong kuih.

Ada sekali tu, kawan baik yang bertugas di Kuala Lumpur nak berbuka bersama sama dengan kami di playhouse di SK. Aku pon apa lagi...tetamu nak datangkan. Kuih karipap kegemaran aku borong sampai sepuluh hengget.
Hamik kauuuu.
Sampai sekarang aku ingat takan lupa lupa.sampai sekarang aku dah tak beli karipap makcik tu lagi. kahkahkah.

Ada sekali tu pulak,
kawan baik aku borong makanan buahbuah jagung, ayam daging, sampai tak cukop tangan nak pegang.
Kununnya makan ramai2 tak apa beli lebih. Aku penah tanye dia" ko nak buat kenduri ke apa ni?"

Akhirnya,
bila masok waktu berbuka....seciput je masing2 menjamah rasa.
Maka terjadilah pembaziran sebab masa bulan puasa, usus perut jadi kecik eh masa bulan puasa ni...tak besor tempayah dah rupernya.Kihkih...

Bencikan pembaziran kunun kununnya,
sambil borak borak depan tv kami sumbat jugak makanan/kuih lebihan sampai habis. Nasib baik ada di kalangan sahabat sahabat aku yang milik usus perut sama macam kek lapis sarawak. Semua bende dia bole tibai selamba.
Akhirnya?
Baju raye sendat macam biasa ler.
Adeih.

Dah.
Malas dah nak imbau kenangan zaman remaja ku itew.
Sekian terima kasih.

Moga moga ketakwaan kite kepadaNYA lebih hebat tahon ini.InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment