Monday, August 8, 2011

Jalan Jalan cari tudung Raye

lebih MEMPESONA lebih BERGAYA...i memang suke LEBIH LEBIH..hahaha

Seawal pagi aku dah sampai office.
Awal ke?
Bagi aku macam biasa je.
Well, hari Isnin kan...siapa expect aku akan datang seawal hari ini.

Weeeeeeeeeeeee.

Sampai di row team aku,
aku adalah yang pertama sampai. Work station yang lain. Kosonggggggggggggggggggggg.
Mana pergi kawan kawan aku yang awal ek?
Boss wanita aku terjerit, terkejut nampak aku.

Aku lagi la terkejut! Kahkahkah...
Berkerja sepenuh jiwa dan raga hari ni.
Tengahari, eh dah nak masok pukol 1 petang.
Sahabat ajak aku jalan jalan cuci mata, carik tudung raye katanya
Destinasi kami....tak lain tak bukan Bandar Baru Bangi.

Kalau dah nama carik tudung, pastinya butik tudung yang kami tuju.
1. FAREEDA.
Pertama kali dalam sejarah hidup aku masok butik ni. Naik tangga ke atas tingkat satu kedai.
Kelihatan tukang tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan dan rekaan sempena hari raya tudung berjenama FAREEDA.Cantek2 belaka tudung dan design dari material Chiffon di butik ini. Harga pun cantek2 sangat.
Pelanggan pun agak ramai dan nampaknya happy gumbire mencube tudung2 dengan rekaan terkini.
Hari kenduri aqiqah hari tu, aku perasan anak buah aku pakai tudung FAREEDA ni. Bergaya kemain.Hatiku teruja terkinja2 nak pergi FAREEDA terus waktu itu.HEEE...
Suraiya Selendang DWI Warna menikam2 perasanku tadi...bile tengok harge, aku terkebil2 sendiri.Arghhhh...
Sahabat aku sambar sehelai.
Aku masih berkire2 dengan budget hari raye. Pasti akan ku lawati FAREEDA lagi nanti.
WINK WINK.

2. RATU.
Selepas FAREEDA kami ke RATU.
Persekitaran agak sunyi, oh ye la...aku berdua je dengan sahabat dalam butik waktu ini. Warna Olive buat sepadan dengan baju raye sahabat tak di temui di sini. Dari kaca mata aku, FAREEDA lebih banyak design tersendiri yang mencuri pandangan mataku. Kami beredar pergi.

3. PKNS.
Di hadapan bangunan PKNS ada khemah di pasang setiap kali musim hari raye hampir tibe.
Dari kuih muih,, baju raye pelbagai gaya dan material, tudung pun ada, baju kanak2 sebut saje nak apa, semuanya ada di sini. Aku perasan ada 1 khemah tudung berjenama NAJJAH.com. Macam agak familiar buat kami pekerja IT yang biasa menyelam jenama jenama tudung terkenal di layar cyber ni. Kat mana butik Najjah dik? tanye ku singkat pada si adik penjual.
"Dulu Najjah online saje kak, sekarang dah ada butik di Kota Damansara" penjelasan adik manis memuaskan hati ku. Pilihan selendag dan tudung yang mencuit hatiku dah kehabisan stok katanya. Aku hampa di situ. Kalau tak nak jugak aku rembat selai 2.


4. MARIAN.
Habis PKNS kami tawaf. Butik tudung Marian jadi destinasi aku seterusnya.
Marian jugak punya tudung dan design tersendiri. Tapi tak berapa nak tertarik menarik hati aku untuk menyambar bang selai dua buat bergaya di hari raye.

5. AINIU.
Ahaks..lain macam je nama kedai ni. AINI ke hape aku tak perasan butik bersebelahan MARIAN tadi. Tak masok pun sebab sahabat nampak deretan kain kain lebih banyak dari pada tudung dan seledang hari raye di pamerkan.


Telefon berdering la pulak semasa aku dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. Mak ai! Bio betik ko Lola woi. Hahahaha...kata shoppink kannnnnnnnnn.
Aku " hellow?'
Putus.
Bedering lagi
Aku " hellow?"
Putus.
Aku call semula " Abang ni main main missed call ke?" tanye ku pada encik suami nama tertera di hp cabuk ku.
"Abang nak makan mee kari la ari ni...nak beli apa yea" gitu jaawapan dari encik suami.

Laaa..nak makan mee kari rupernya dia. Kah! Nasib baik encik suami call, kalau tak....pasti ARIANI jadi destinasi finale kami petang tadi.
Tak sedar diri langsung kan.
Shopping hari Isnin dah sebijik gaya shopping hari minggu aku dan sahabat kerjakan.

Bak kata pepatah P ramlee ..."Kompeni tempat kamu bekerja, macam kompeni ayahanda kamu yang punya yea?"
Jom balik office. Kerja la woi.

Dalam kepala otak dah terkinja2 nak pegi butik tudung kegemaran aku Pearl Haya Gallery hujung minggu ni.

Bawak bawak Istighfar Lola di bulan mulia ni....isk isk isk.





No comments:

Post a Comment