Saturday, July 30, 2011

Project Blue Box : Olive Berkilau Yat

Pagi tadi aku bergegas,
nak ke dobi ...almaklumla, seharian hujan. Aku risau baju tak sempat kering.
Isnin pulak insyaAllah dah bermulanya umat manusia berpuasa.
pastu aku plan nak beli benang, nak beli manik, nak beli macam macam lah.
Gaji dah dapat la katekan.
Lagi pun aku saje je nak prepare menyambut Ramadhan awal sikit dari biasa.
Almaklum la..1st Ramadhan ku bersama encik suami tersayang lah katakan.

Auw!
[mata kelip2 malu tapi manjew..hahahaha]

Tibe tibe...nak jadi cerita hari sabtu agaknya
kereta sport ku berhenti dengan sendirinya.
Di tepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii highway ok.
Aku jeling kiri jalan,hutan kelapa sawit.
Aku jeling kanan jalan...omakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Seram giler rasanya bile lori trailer panjang melingkau lalu di sisi keretaku.
Bergegau gegau kau.

Pertama kali dalam hidup, encik suami dan aku bole tak perasannnnnnnnnnnnnnnnn
Minyak kereta aku habisssssssssssssssssssss.,... Lampu lip lap lip lap penunjuk minyak dah habis belip lap lip lap tapi kami bole tak perasannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Bole gitu?

Uwaaaaaaaaaaaaaaaa, perut pulak dah pedih kelaparan.
Nasib baik 500 meter dari tempat kejadian, ada telefon emergency bantuan highway berdiri gagah mintak di gunakan.
Encik suami berjalan dapatkan bantuan, tak sampai 30 minit. Geng bantuan kecemasan SKVE highway sampai.
Alhamdulillah.
Abang macho dua orang tu bawakkan minyak.
Pantas dan efisien eh dia orang ni. Aku nak bagi duit tips pon tak amik.
Baiknya manusia manusia ni.
Membantu demi keselamatan kami.
Encik suami nak masookan minyak ke tank kereta kami sendiri pon dia tak bagi...dia suh duduk dalam kawan kon yang di letakkan di tepi jalan.
Caya lah team SKVE!

Semoga Allah memberkati setiap jerih korang membantu semua pengguna jalan raya dan highway yang membunuh ini.
[ Tak ada sebuah pun kereta yang memandu melepasi kami di bawah kelajuan 90km/j ok...even kancil kecik puteh tu pun lalu selamba dengan kelajuan yang maha laju aku nampak...tak membunuh namanya? ]

Alhamdulillah, alhamdulilah.
Selamat semuanya.

Tadaaaaaaaaaaaa...project blue box ku seterusnya.
Alhamdullilah, Allah beri rezeki lagi.


Gold + green...antek tak?

Selepas breakfast terus aku ke kedai beli benang dan jarum tambahan untuk menyiapkan baju kurung hari raye olive sahabat di office.
Alhamdulillah, semuanya di permudahkan olehNYA.Manik2 yang aku cari, tak sabar sabar menerpa ke jemari ini. Ewah!
Ilham pulak datang mencurah2, tak perlu lagi aku blur2 macam masa aku jahit manik di baju kurung modern millik Wein.

Gold dan Green jadi warna pilihanku kali ini.
Zasssssssssssssssssss...aku postkan preview foto di buku muka, aku tagkan nama sahabat ku di situ.
Ada komen dari sahabat.."baju raya aku tu kan? Wahhhhhh i like i like i like i likeeeee...wat cantik2 yer li..heeeeeee"

Excited sangat nampaknya si dia. Kahkahkah


Bahagia hati ini setiap kali customer sukekan rekaan jahitan manikku.
Moto minggu ini :: Keutamaan ku adalah ANDA....amacam?

okeh nak sambung balik...


No comments:

Post a Comment